Mengaitkan MO1 Dengan Agung Adalah Pemimpin Yang Tidak Berkredibiliti – MP Langkawi. 

Ekoran laporan polis oleh beberapa pihak terhadap MP Langkawi, Nawawi sebab mengaitkan skandal 1mdb dengan Raja Raja Melayu aka Agung. 

MP Langkawi melalui status Facebooknya berpendapat yang dimaksudkan oleh DOJ sebagai MO1 ialah Agung dan bukannya PM Najib Razak. Memandangkan Agung adalah Ketua Negara.

Dengan itu dia mencabar pihak yang membuat laporan Polis dan pihak yang membuat memorandum dimana memorandum itu mengesa supaya Nawawi diambil tindakan yang tegas termasuklah menarik balik gelaran Datuknya. Agar bersemuka dengannya.

Ini bukan soal debat atau berani kah tidak. Tapi sikap seorang pemimpin yang jelek.

Setengah pemimpin UMNO suka berpendapat, tidak bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah. Kenyataan ini kadang kadang boleh pakai.

Tapi lain pula dengan MP Langkawi ni, kerana keinginan membodek PM Najib Razak sanggup dia libatkan Raja Raja Melayu sebagai turut menyalahgunakan kuasa atau memakan hak rakyat. Ini tidak betul, menunjukkan ciri ciri pemimpin UMNO yang tidak berkredibiliti dan bertanggungjawab.

Maka benarlah kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, oleh kerana itu sebaiknya UMNO di kuburkan pada PRU yang akan datang. UMNO tidak lagi menghormati sistem, melanggar hak rakyat dan sebagainya.

#politikbolos #sabahubah

UMNO Baru Sedar Diri. Hemmm

JELI: Bukan UMNO yang dibenci rakyat sebaliknya tingkah laku sesetengah pemimpin di dalam parti Melayu itu yang tidak disukai rakyat.

Menurut Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tingkah laku sesetengah pemimpin di semua peringkat tidak disukai rakyat, sehingga terpalit pada parti.

‎“Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan atas, kita kena jaga tingkah laku kita.

Sumber Astroawani.

UMNO baru sedar diri. Tapi adakah pemimpin pemimpin yang dimaksudkan oleh TPM Zahid itu akan selepas ini mengubah sikap atau akan meninggalkan UMNO? Sudah tentu tidak, kalau sudah sikap yang jelek menjadi darah daging, apapun yang dibuat tidak akan mengubah sikap mereka. Malah berlakon sebagai orang baik pun tidak akan bertahan. Akhirnya tembelang sebenar mereka akan kenampakan.

Walaupun sudah berkali kali, UMNO diberikan peluang tapi masih tidak berubah. 

Kawan kawan tahukah, pada PRU13 yang lepas. PM Najib Razak pernah merayu sujud pada rakyat Malaysia agar sekali lagi UMNO diberikan kepercayaan sebagai parti pemerintah, memandangkan beliau baru sepenggal menjadi  Perdana Menteri Malaysia. 

Dengan demikian, beliau berjanji akan buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Tapi rupanya tipu, malah beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia terpalit dengan skandal  1mdb. Wang rakyat dibelanjakan sesuka hati, bukan makan juta tapi bilion. 

PM Najib Razak juga pernah berjanji akan meremajakan UMNO ketika berucap di perhimpunan  agung UMNO yang ke 67 dimana tidak lama selepas  itu UMNO berhadapan dengan proses  pilihanraya yang ke 13. 

Tapi apa yang berlaku pada hari ini, tidak pun politik UMNO nampak remaja semakin kuku besi adalah. Presiden UMNO tidak lagi boleh di kritik walaupun pada perkara yang benar.  Sesiapa yang mengkritiknya akan dipinggirkan. Seperti nasib yang ditanggung oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal. 

Pokoknya UMNO sudah tidak sudah relevan untuk diberikan sokongan. Semakin lama makin teruk. 
#politikbolos #sabahubah

Muhyiddin Yassin Perlu Restu Dari Tokoh Pembangkang. 

Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, persetujuan tiga tokoh tersebut penting dalam menentukan pola sokongan daripada parti-parti komponen pembangkang itu sendiri.

“Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.

“Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini,” katanya, semalam.

Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut,” katanya.

Sumber Sinar Harian. 

Ada juga benarnya kenyataan pensyarah kanan diatas tapi dari  sudut  perjuangan, harus selepas ini  pemimpin atau tokoh tokoh pembangkang bersikap terbuka. Kenal pasti kelemahan diri, berdekad mereka menjadi pembangkang tapi tidak berjaya menawan Putrajaya. Walaupun undi hantu di momokkan sebagai puncanya tapi barang diingat undi hantu juga ada jalan penyelesaiannya andai pihak pembangkang mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat dengan adanya Muhyiddin Yassin. 

Kehadiran Muhyiddin Yassin di pihak parti bukan kerajaan aka pembangkang merupakan satu kelebihan malah rahmat kepada pihak pembangkang. Ini kerana masyarakat yang selama ini menyokong UMNO akan mengikut jejak beliau, mengubah angin sokongan kepada parti parti pembangkang. 

Kita berharap, agar Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu akan diberikan laluan yang mudah sebagai pemimpin utama pembangkang. 

Dan kita percaya, rakyat Malaysia khususnya pengundi atas pagar mereka sudah matang di dalam  menilai pergolakan politik. Adakalanya ketokohan semata-mata bukannya kriteria  yang menjadi keutamaan di dalam usaha mencari kebenaran. Tapi kesungguhan dan pengalaman pengalaman satu satu pemimpin yang mampu membawa perubahan. 


Sarawak Batal Permit Pekerja Petronas Dari Luar Sarawak. 

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mempertahankan pendirian akan membatalkan permit kerja petugas Petronas dari luar negeri ini sekiranya arahan moratorium yang dilaksanakan pada masa ini gagal.
Beliau berkata, anak-anak Sarawak sendiri akan mengambil alih tugas itu jika Petronas masih berdegil dengan memberhentikan anak Sarawak yang menjadi kakitangan syarikat itu dan menggantikannya dengan petugas dari luar Sarawak.

“Sekarang kita sedang membekukan permit kakitangan Petronas dari luar Sarawak dan kita sentiasa mahukan rakyat Sarawak diberikan keutamaan. Dan jika anda gagal berbuat demikian, kami akan bekukan permit kerja anda (Petronas).

“Langkah seterusnya, kalau itu juga tidak berhasil, kita akan membatalkan permit kerja yang telah diberikan dan menggantikannya dengan rakyat negeri (Sarawak) kita sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Anak-Anak Sarawak bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Baharu, malam kelmarin.

“Kita tidak akan melaksanakannya semua sekali, tetapi ia adalah secara berperingkat-peringkat dan selain itu, kita tetap mahukan royalti Sarawak dinaikkan dari lima peratus kepada lebih dari lima peratus,” tegasnya.

Ketika ini kebanyakan sumber petroleum dan gas Petronas di negara datangnya dari Sarawak, terutamanya dari Miri dan Bintulu.

Difahamkan, kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani akan mengadakan pertemuan bersama Petronas bagi membincangkan amalan pengambilan dan pemberhentian kakitangan Petronas dari Sarawak.

Perkara tersebut timbul berikutan tindakan syarikat minyak dan gas utama itu sebelum ini memberhentikan sekurang-kurangnya 13 pekerja anak Sarawak ekoran penstrukturan semula syarikat tersebut, sekali gus memaksa Adenan untuk melaksanakan arahan moratorium terhadap permit kerja warga Petronas dari luar Sarawak serta-merta.

Adenan berada di Johor bagi merasmikan penutupan Bengkel ‘High Performance Team’ penjawat kanan kerajaan negeri Sarawak

Sumber klexpreess.

Memang kerajaan negeri boleh mengambil alih perniagaan Petronas, seperti yang disuarakan oleh Datuk Shafie Apdal.

Bukan pula bermakna dengan ini kerajaan negeri bersikap autonomi tapi apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan masyarakat negeri itu sendiri.

Tidak ada maknanya negeri terkenal kaya raya tapi majoriti masyarakatnya masih berada di takuk kemiskinan. Seperti mana Sabah.

Kawan kawan yakinlah apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satin tidak akan mampu dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Ini kerana Datuk Musa Aman tidak akan berani menongak arus, kerana selama ini sikap membodeklah yang telah mempertahankan kedudukannya. Memberikan rumah mewah dan wang berguni guni pada isteri MO1 itu perkara yang biasa.

Dan apa yang dilakukan oleh Datuk Anifah Aman melalui kumpulan My Sabah bagi menuntut perjanjian 1963 hanyalah retorik selain untuk menutup mulut bekas Peguam Negara, Datuk Gani Patail dari terus membicarakan skandal 1mdb?

#politikbolos #sabahubah

Tukar Balik Dari Ekuiti Kepada Royalti – Petronas 

Tidak pula admin sangka, rupanya Brother Jamawi kurang arif bab royalti ni. Kurang mampu membezakan antara ekuiti dan royalti yang selama ini dibayar oleh Petronas pada pemerintah negeri Sabah berdasarkan persetujuan awal.

Seolah olah dengan kenyataan Brother Jamawi diatas kerajaan negeri Sabah telah berpuashati melalui pegangan ekuiti sebanyak 30% berbanding royalti 5%.

Sebelum Datuk Harris Salleh akur bagi menandatangani royalti 5%. Banyak peristiwa pelik yang telah berlaku hingga terpaksa mengorbankan jiwa Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Tun Fuad Stephen yang terlibat dalam insiden double six. Seminggu selepas insiden itu, barulah Datuk Harris Salleh bersetuju menandatangani perjanjian royalti minyak 5% dengan Petronas. Ini kerana menurut Datuk Harris Salleh, daripada tidak ada langsung lebih baik akur dengan pemberian 5% walaupun tidak berpatutan. Apa lagi pada masa yang sama Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang melibatkan sempadan pemilikan laut atau kawasan minyak terus dipertahankan oleh Federal sekaligus kekal menjadi milik mereka. 

Sekaligus menolak dakwaan kononnya adanya  penurunan kuasa dari Federal kepada kerajaan negeri Sabah seperti yang ditulis oleh Brother Jamawi diatas. 

Membuat orang Sabah menjadi pengemis terhormat di bumi sendiri sehinggalah ke hari ini. Luar biasa, permainan UMNO ni, sungguh bermentalitikan penjajah.

Dalam bahasa ekonomi, ekuiti bermaksud sesuatu yang anda laburkan dan akan berlaku perubahan atau dipanggil pemegang saham, yang mungkin untung atau rugi. Manakala royalti adalah hak negeri keatas galiannya. 

Bererti persetujuan yang ditandatangani oleh Datuk Harris Salleh dimana Sabah menerima royalti 5% telah ditukar kepada bentuk saham. Tapi admin tidak pasti sejak dari tahun berapa ia diperkenalkan.

Membawa maksud lain, hak orang Sabah keatas sumber minyak akan terus dinafikan melalui agensi Petronas. Seolah olah negeri Sabah sebuah syarikat atau pelabur asing yang melabur di Malaysia. Bahasa kasarnya, mencuri barang milik sendiri)

Isunya mampukah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman membetulkan keadaan ini, yakni menukar balik ekuiti kepada royalti walaupun mungkin dia sendiri yang meluluskannya sebelum menjelangnya PRU yang ke 14 dan kemana sudah dana dari royalti atau ekuiti selama ini telah dibelanjakan?

Admin percaya, semua kebenaran diatas timbul akibat kenyataan sebelum ini oleh mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, Shafie Apdal berkaitan pengambilan alihan Petronas jika Petronas tidak sanggup memberikan royalti 40% pada negeri Sabah dan beberapa perkara yang berkaitan.

#politikbolos #sabahubah 

Sarawak Tahan Pemberian Permit Pekerja – Petronas 

Sarawak Menahan Pemberian Permit Pada Pekerja Petronas Yang Berasal Dari Luar Sarawak.

Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.

Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

“Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci daripada Petronas mengenai jumlah anak Sarawak yang bekerja dengan syarikat minyak berkenaan di negeri itu.

Langkah itu berikutan aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Sumber Malaysiakini (isi penting).

Kita nampak sekarang sejauh mana pemimpin pemimpin Sarawak memperjuangkan nasib masyarakatnya aka Sarawakian.

Menyekat pemberian permit kerja luar dari negeri Sarawak antara cara yang mereka nampak dan berkesan. Walaupun pada hakikatnya Sarawak diperintah oleh BN aka bertuankan UMNO.

Keberanian ini didorong oleh kerana Sarawak diperintah oleh totally parti tempatan Sarawak. Nah senario ini yang kita kehendaki supaya pentadbiran kerajaan negeri Sabah diperintah oleh parti tempatan, seperti mana gagasan Datuk Shafie Apdal selepas keluar daripada UMNO. Keatas pemilikan Petronas. Dimana kalau Federal tidak sanggup memberikan royalti 40%, Sabah yang ambil alih perniagaan Petronas selepas itu kita berikan Federal (mereka)  40%, bakinya orang Sabah yang punya. Ini antara azam Datuk Shafie Apdal, selain pemberian tanah secara adil kepada masyarakat Sabah.

Kerana itu kita mohon pada semua lapisan masyarakat Sabah, agar pada kali ini menyokong penuh kepimpinan Datuk Shafie Apdal, berikan beliau kepercayaan tanpa berbelah bahagi, supaya pembelaan dapat direalisasikan keatas semua lapisan masyarakat Sabah. In Shaa Allah.

Bukan pula bererti selepas ini nanti kerajaan Sabah menolak kerjasama dengan Federal. Hanya pada bidang tertentu yang  menyentuh kepentingan masyarakat Sabah.

#politikbolos #sabahubah

Adakah Tuntutan M63 Anifah Aman Hanya Retorik? 

Berkenaan tuntutan perjanjian 1963 yang diketuai oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman.

Telah berlangsung beberapa siri mesyuarat selepas membentuk jawatankuasa perlaksana yang diadakan seperti keterangan dibawah klik link,

Mesyuarat My Sabah 

Beberapa individu yang cukup dikenali telah dilantik sebagai pergerak utama selepas ini mereka dikenali sebagai kumpulan My Sabah bagi menuntut apa yang terkandung di dalam M63 (perjanjian 1963) supaya dikaji semula dan kesinambungan RCI serta tuntunan royalti minyak sebanyak 40%. 

Mereka terdiri Presiden STAR Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee serta Tuan Ansari Abdullah. Selain sudah tentu pengerusi My Sabah Datuk Anifah Aman. 

Sekali dengar macam seronok, ada sinar baru. Dua kali dengar sebaliknya, penuh retorik, menimbulkan persoalan. 

Sejauh mana tuntutan mereka mampu direalisasikan, walhal admin dikhabarkan. Datuk Anifah Aman tidak pernah membawa usul (gerakan ini) ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman bagi mendapatkan restu. Sekaligus boleh lah dianggap sebahagian dari langkah awal sebelum akhirnyamendapat kelulusan dari dua pihak, negeri dan Federal.

Atau adakah tuntutan ini hanyalah retorik politik semata-mata bagi mengaburi mata hati masyarakat Sabah sekaligus bertujuan untuk melindungi politik keluarga Aman. Sebab sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka andai BN Sabah lingkup di PRU yang akan datang? 

Terlalu banyak aset yang perlu diselamatkan, terlalu banyak dokumen yang perlu dirahsiakan dan banyak lagi. Andai tidak boleh saja berhadapan dengan tindakan undang-undang. 

Admin ulang adakah gerakan ini telah mendapat restu daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan adakah dengan itu Datuk Musa Aman sanggup menentang Federal.

Atau ini hanyalah retorik politik keluarga Aman.

Mohon pencerahan?

Selain itu kita mohon jasa baik Datuk Jaujan Sambakong Yb DUN Sulabayan agar bertanya. Sejauh  mana persoalan ini berada dalam pengetahuan ahli ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. 

#politikbolos #sabahubah

Sabahan vs Parti UMNO 


Pada tahun 1962 Lord Cobbold  ada memberi amaran yang cukup jelas. Sekiranya ada tindakan PENGAMBILALIHAN ( Takeover) Borneo (Sabah dan Sarawak) oleh Malaya (Semenanjung) maka Rancangan pembentukan Malaysia itu sendiri akan terbatal. 

Terbukti hari ini apa yang dimaksudkan oleh Lord Cobbold sudah pun terjadi dimana lebih 50% kerusi di Dewan undangan negeri dikuasai oleh UMNO. Perkara ini pada hakikatnya dalam pengetahuan masyarakat Sabah sejak sekian lama, malah ada dikalangan mereka yang berpendapat ia merupakan penjajahan keatas bangsa Sabah melalui demokratik ciptaan UMNO. 

“Dendam” orang Sabah sudah lama terpendam, sudah bernanah pun. Ditambah adanya Datuk Shafie Apdal kini bersama mereka, memangkinkan kesungguhan masyarakat Sabah untuk melepaskan diri dari belenggu penjajahan UMNO. Apa lagi Datuk Joseph Pairin Kitingan dalam diam tidak lagi menyokong BN, Sabah for Sabahan, katanya. 

Orang Sabah kata, ini kalilah. Apa pun yang dijual oleh Melayu UMNO mereka akan layan. Alang alang kata mereka, daripada atuk hingga ke bapa  UMNO hanya memperalatkan kesetiaan  mereka yang untung itu mereka yang baru datang dalam politik UMNO. Ini kerana UMNO adalah parti yang tidak reti di untung. 
Kalau berani berhadapan dengan halangan kata orang Sabah, tahan juga. Ini tidak, asyik asyik laporan Polis walaupun bercanggah dari konteks politik. 

Era ini adalah “perang” di antara orang Sabah melawan parti UMNO yang mereka telah anggap penjajah secara terang. 
Mohon pencerahan? Untuk makluman tidak salah di sisi undang undang kalau satu satu masyarakat itu melawan parti atau organisasi politik. 

#politikbolos #sabahubah

Tawfiq Tidak Bertanggungjawab – Sabah For Sabahan. 

Mana mana pemimpin Sabah seperti Datuk Tawfiq Titingan yang tidak berani malah memesongkan fakta slogan Sabah For Sabahan sedangkan ia tidak bahaya berbanding propaganda UMNO yang dipanggil Ketuanan Melayu hingga telah mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan kaum Cina, India dan Bumiputera. Maka mereka tidak layak diangkat sebagai pemimpin orang Sabah. Ingat itu!

Slogan Sabah for Sabahan, bukannya agenda membawa Sabah keluar dari Malaysia atau akan mencetuskan sentimen yang akan menggugat keharmonian rakyat khususnya di antara masyarakat Sabah dan Semenanjung seperti yang didakwa oleh Datuk Tawfiq Yb DUN Apas dan beberapa lagi pemimpin BN. Tapi merupakan tuntutan dalaman agar hak orang Sabah diletakkan pada tempatnya yang merangkumi semua segi seperti keistimewaan yang di kecapi oleh masyarakat Melayu, Semenanjung. Lengkap dengan prasarana walaupun mereka diperintah oleh Parti bukan kerajaan (pembangkang).

Bukan sekadar retorik seperti yang ada sekarang, kononnya Bumiputera Sabah ada keistimewaan tapi pada hakikatnya habuk pun tidak ada. Apa yang sepatutnya menjadi milik mereka pula dirampas oleh pemimpin pemimpin BN dan kroni mereka. Bukan itu saja, malah status sebagai Bumiputera boleh dijual beli.

Seperti contoh, ada berapa ribu ekar tanah dan laut yang menjadi milik pemimpin pemimpin BN yang dimiliki secara tidak “sah” dan berapa ribu pula orang Sabah yang dihalau dari tanah atau kediaman mereka hanya kerana mereka tidak memiliki dokumen pemilikan yang sah kerana permohonan telah dimanipulasi oleh Jabatan dengan kerjasama pemimpin pemimpin tempatan BN?

Sebab itulah kenapa orang Sabah perlu bangkit melalui slogan Sabah For Sabahan supaya tidak lagi mudah diperkotak katikkan. Bukannya menuntut autonomi total atau sengaja ingin menjejaskan hubungan kaum, seperti yang didakwa oleh Datuk Tawfiq. 

Sabah maju tanpa UMNO 😎

UMNOexit.

Memang Benar Shafie Pejuang Pertama UMNO Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal ketika memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, pada tahun 1992

KENINGAU: UMNO Sabah membidas dakwaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengaku dirinya pejuang pertama UMNO di negeri ini selepas pembubaran Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada 1990.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin, berkata dakwaan itu tidak benar dan dibuat untuk mengelirukan rakyat serta menimbulkan kebencian terhadap UMNO dan pemimpinnya.

“Kawan dari Semporna (Mohd Shafie) mendakwa beliau pejuang UMNO yang pertama di negeri ini. Itu tidak betul, bukan dia yang pertama memperjuangkan UMNO di Sabah. “Semua pemimpin UMNO Sabah yang ada sekarang, termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, saya dan yang lain berjuang dalam UMNO sejak dari USNO.

Sumber suarasabah. 

Hujah kosong dari Setiausaha politik BN Sabah. Bila beliau mempersoal balik kebenaran yang ada pada Datuk Shafie Apdal sebagai pemimpin ulung Sabah yang memperjuangkan UMNO sehingga UMNO berjaya bertapak di bumi Sabah. Tapi itulah dasar parti yang tidak reti di untung. 

Jangan lagi cerita bab sejarah silam USNO, sebab USNO sebelum kedatangan UMNO adalah pembangkang. Isunya siapa yang berjuang melalui tiket UMNO selepas USNO? 

Pada tahun 1991 UMNO masuk ke Sabah dan pada 1992 Datuk Shafie Apdal telah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, sekaligus pada tahun 1993 beliau bertanding untuk tiket Exco dan pada tahun 2013 beliau menyandang jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia sehinggalah beliau sengaja dipinggirkan. 

Nampak tak perjalanan seorang ahli politik yang benar benar berjuang untuk rakyat.  Orang Sabah pertama yang memegang jawatan tertinggi Pemuda Negeri Sabah. Waktu itu Datuk Yahya Hussin dan Datuk Musa Aman sedang duduk sebagai apa? 

Kalau memang perjuangan sebelum kehadiran UMNO  dijadikan modal politik, siapa lagi yang lebih ulung atau layak diangkat selain  Tun Mustapha, bapa kemerdekaan Sabah berbanding Datuk Yahya Hussin. 

Mungkin benar Datuk Yahya Hussin dan kawan kawannya adalah pejuang tapi macam juga mereka mereka yang terlolong tidak tentu pasal tu. Tidak ada jawatan yang mampu mengembangkan UMNO di negeri Sabah. Hanya selepas UMNO konsisten barulah mereka bersikap macam orang yang bertanggungjawab keatas perjuangan UMNO. 😎 

Sabah maju tanpa UMNO 

UMNOexit