Ucapan Kemerdekaan Malaysia, PM Najib Razak Macam Di Bilik Darjah 

PM Najib Razak berucap dari Bintulu sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tapi intipati ucapannya macam kita berada di bilik darjah sekolah rendah.

PM Najib Razak menebalkan mukanya bila bercakap soal perpaduan di hadapan masyarakat Sarawak. Hakikatnya dia tahu berdekad masyarakat Sarawak hidup rukun damai walaupun hidup dalam pelbagai suku kaum. Bukan macam slogan 1Malaysia, semakin hari semakin memecah belahkan perpaduan kaum kerana terlalu mementingkan politik.

PM Najib Razak juga menyentuh soal keselamatan orang Sarawak sebelum dan selepas merdeka. Tapi dia lupa insiden penculikan di perairan Sabah hingga melibatkan orang Sarawak sebagai tebusan. Menunjukkan dia gagal menjaga keselamatan masyarakat Sabah dan Sarawak. 😉

Dan yang menggelikan hati, apa bila dia bercakap soal pembangunan dan kewangan, kononnya selama ini dana yang digunakan untuk membangun negeri negeri, khususnya Sarawak datang dari kemurahan hati Federal. Macam saja orang tidak tahu, bukannya Federal ada sumber alam yang banyak seperti mana Sarawak dan Sabah.

PM Najib Razak ni memang dari spesis yang tidak tebal muka ya?

Kita mohon pada Ketua Menteri Sarawak supaya selepas ini agar lebih lantang mengkritik pentadbiran PM Najib Razak khususnya dari konteks kepentingan masyarakat Sarawak dan hubungannya dengan perjanjian 1963. Memandangkan dalam ucapan PM tadi, tampak tidak membesarkan Datuk Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak. Mungkin marah pada Adenan Satem sebab lantang mempersoal kepentingan orang Sarawak.

Bukan macam Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Lihat saja kenyataan Ketua Menteri Sabah bila diminta mengulas perihal keberadaan Sabah di dalam Malaysia. Asyik asyik bercakap soal pembangunan, seolah olah sangat berpuas hati, tidak pun menyentuh perjanjian 1963. Berbanding Ketua Menteri Sarawak, bercakap soal pembangunan tapi tetap mempersoal perlaksanaan perjanjian 1963 yang belum dipenuhi.

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Adenan Satem Bosan Pada Birokrasi Federal – Pendidikan 

KUCHING: “Saya sudah bosan dan saya tidak boleh hendak bertolak ansur lagi.

“Kalau 10 atau 20 tahun saya boleh terima tetapi ini sudah setengah abad. Dan ini melampau!”.

Nampak jelas bangsa Sarawak sudah bosan dengan birokrasi Federal.

Katanya lagi, beliau sudah bosan memohon peruntukan Kerajaan Pusat, kerana sekolah-sekolah di negeri ini telah berada dalam situasi yang daif dan miskin terlalu lama.

“Kita hanya mahu mereka membina sekolah standard.

“Saya sudah penat merayu agar mereka memberikan kita sekolah yang lebih baik,” keluhnya sewaktu melancarkan penerbitan kamus Iban-Bahasa Inggeris oleh Yayasan Budaya Dayak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Adenan berkata, dalam konteks hari ini masih ada sekolah yang terhumban ke dalam sungai, bahkan masih ada yang tiada bekalan air bersih dan tiada bekalan elektrik.

“Ini amat mengecewakan,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, masa untuk bertolak ansur sudah tamat dan Sarawak perlu bertegas dalam perkara ini.

Berdasarkan rekod Jabatan Pelajaran Negeri, Sarawak memiliki lebih 470,000 pelajar dan lebih 42,000 guru, dengan lebih separuh daripadanya berada di kawasan luar bandar.

Menurut Adenan lagi, beliau berusaha untuk mengubah beberapa aspek dasar pendidikan agar lebih sesuai dan memenuhi cita rasa Sarawak.

“Antaranya termasuklah meningkatkan jumlah guru asal Sarawak dan memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris.

“Kita tidak boleh hanya mengikut apa yang ditentukan kepada kita oleh Kuala Lumpur.

“Keseragaman tidak bermakna perpaduan.Kepelbagaian juga boleh bermakna (perpaduan) kerana kami menghargai cara masing-masing.

Sumber Sarawakvoice

Admin amat tertarik dengan falsafah Adenan Satem, selain ketegasan dalam menjaga baik kebajikan masyarakat Sarawak :-

Keseragaman tidak bermakna perpaduan.Kepelbagaian juga boleh bermakna (perpaduan) kerana kami menghargai cara masing-masing.

Tapi sayang Federal atau UMNO tidak mendalami  konsep ini dengan baik. Nah sekarang untuk mempertahankan sebuah kemenangan ia memerlukan perbelanjaan yang sangat mahal.

Lain cerita, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, kenapa berdiam, sistem pendidikan negeri Sabah sudah berada di tahap yang paling yang boleh dibanggakan kah? 

Sepatutnya Ketua Menteri, Musa Aman menyimpan rasa malu pada rakan sejawatannya. Bukannya membodek sepanjang penggal. Nah jangan pula kata Adenan Satem tidak menghormati Ketua ya. Anda silap.

Kalau admin tidak salah, Federal sebelum ini pernah berjanji melalui RMK10 akan menyelesaikan semua masalah pendidikan yang dihadapi oleh negeri Sarawak. Tapi sehingga hari ini Federal hanya berjaya menyelesaikan beberapa perkara kecil.

Orang Sabah Mahu Royalti Bukannya Pengarah Petronas – Najib Razak (Musa Aman) 

Sejak kerajaan tempatan Sarawak dibawah kepimpinan Adenan Satem disanjung kerana memperjuangkan hak rakyatnya keatas Petronas. Di susuli suara lantang mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Shafie Apdal terhadap royalti minyak. Seperti yang kita ketahui, kalau Petronas enggan memberikan royalti 40% maka biarlah orang Sabah pula yang mengambil alih perniagaan Petronas.

Maka barulah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman menyibukkan diri walaupun dalam kerangka politik semata-mata. Ibarat budak kecil yang sedang menangis kuat tapi terdiam selepas menerima sebiji gula gula. Murahan 😉

Apa yang dikehendaki oleh rakyat Sabah ialah tuntunan berupa royalti 40% bukannya jawatan dalam Petronas. Jawatan sebagai ahli lembaga atau pengarah Petronas hanya menguntungkan satu pihak, apa lagi individu itu sudah tentu dari kalangan kroni. Dimana ia tidak menguntungkan masyarakat Sabah secara keseluruhannya.

Apa, Musa Aman ingat orang Sabah ni bodoh bodoh kah. Alahai

Merujuk pada perkembangan yang berlaku pada hari ini, sempena lawatan PM Najib Razak ke Kudat, Sabah. Petronas melalui PM Najib Razak aka MO1 telah menawarkan jawatan sebagai ahli lembaga atau pengarah Petronas kepada setiausaha kewangan negeri Sabah. Dan perkembangan ini dianggap sangat murni oleh Musa Aman. Hemmm

Untuk makluman kawan kawan, admin ini pernah menghadiri satu mesyuarat atau perjumpaan bersama MTEM sekitar tahun 2013 yang diadakan di Kota Kinabalu. Agenda mesyuarat berkisar soal kepentingan masyarakat Sabah dalam perniagaan Petronas, khususnya dalam bidang keusahawanan.

Selain membincangkan agenda mesyuarat. Pengerusi mesyuarat juga bercerita mengenai kegagalan Musa Aman dalam menjaga kepentingan orang Sabah di dalam Petronas.

Kawan kawan tahukah, selama ini sememangnya MTEM ada mendesak Musa Aman agar melantik seorang ahli lembaga Petronas dari kalangan orang Sabah. Memandangkan Petronas Sabah antara penyumbang terbesar kepada Petronas itu sendiri. Tapi Musa Aman pada ketika itu tidak mengambil peduli. Menurut pengerusi yang hanya difikirkan oleh Musa Aman ialah peluang mendapatkan projek di dalam Petronas. Hello kawan, bukan admin yang cakap tapi pengerusi Mesyuarat. Demi Allah, nanti admin sertakan gambar admin sebagai bukti semasa admin menghadiri mesyuarat berkenaan, itupun kalau ada yang tidak percaya. Tapi percayalah, admin tidak mahu dituduh sebagai menunjuk nunjuk.

Makanya admin cukup pelik, hanya selepas Adenan Satem dan Shafie Apdal bercakap soal Petronas, barulah Musa Aman menyibukkan diri. Cukup cukuplah, orang Sabah sudah masak dengan permainan politik seperti ini. Bererti selepas ini semakin rakus lah kroni Musa membolot semua peluang yang ada dalam Petronas.

#politikbolos #sabahubah

Sarawak Batal Permit Pekerja Petronas Dari Luar Sarawak. 

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mempertahankan pendirian akan membatalkan permit kerja petugas Petronas dari luar negeri ini sekiranya arahan moratorium yang dilaksanakan pada masa ini gagal.
Beliau berkata, anak-anak Sarawak sendiri akan mengambil alih tugas itu jika Petronas masih berdegil dengan memberhentikan anak Sarawak yang menjadi kakitangan syarikat itu dan menggantikannya dengan petugas dari luar Sarawak.

“Sekarang kita sedang membekukan permit kakitangan Petronas dari luar Sarawak dan kita sentiasa mahukan rakyat Sarawak diberikan keutamaan. Dan jika anda gagal berbuat demikian, kami akan bekukan permit kerja anda (Petronas).

“Langkah seterusnya, kalau itu juga tidak berhasil, kita akan membatalkan permit kerja yang telah diberikan dan menggantikannya dengan rakyat negeri (Sarawak) kita sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Anak-Anak Sarawak bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Baharu, malam kelmarin.

“Kita tidak akan melaksanakannya semua sekali, tetapi ia adalah secara berperingkat-peringkat dan selain itu, kita tetap mahukan royalti Sarawak dinaikkan dari lima peratus kepada lebih dari lima peratus,” tegasnya.

Ketika ini kebanyakan sumber petroleum dan gas Petronas di negara datangnya dari Sarawak, terutamanya dari Miri dan Bintulu.

Difahamkan, kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani akan mengadakan pertemuan bersama Petronas bagi membincangkan amalan pengambilan dan pemberhentian kakitangan Petronas dari Sarawak.

Perkara tersebut timbul berikutan tindakan syarikat minyak dan gas utama itu sebelum ini memberhentikan sekurang-kurangnya 13 pekerja anak Sarawak ekoran penstrukturan semula syarikat tersebut, sekali gus memaksa Adenan untuk melaksanakan arahan moratorium terhadap permit kerja warga Petronas dari luar Sarawak serta-merta.

Adenan berada di Johor bagi merasmikan penutupan Bengkel ‘High Performance Team’ penjawat kanan kerajaan negeri Sarawak

Sumber klexpreess.

Memang kerajaan negeri boleh mengambil alih perniagaan Petronas, seperti yang disuarakan oleh Datuk Shafie Apdal.

Bukan pula bermakna dengan ini kerajaan negeri bersikap autonomi tapi apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan masyarakat negeri itu sendiri.

Tidak ada maknanya negeri terkenal kaya raya tapi majoriti masyarakatnya masih berada di takuk kemiskinan. Seperti mana Sabah.

Kawan kawan yakinlah apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satin tidak akan mampu dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Ini kerana Datuk Musa Aman tidak akan berani menongak arus, kerana selama ini sikap membodeklah yang telah mempertahankan kedudukannya. Memberikan rumah mewah dan wang berguni guni pada isteri MO1 itu perkara yang biasa.

Dan apa yang dilakukan oleh Datuk Anifah Aman melalui kumpulan My Sabah bagi menuntut perjanjian 1963 hanyalah retorik selain untuk menutup mulut bekas Peguam Negara, Datuk Gani Patail dari terus membicarakan skandal 1mdb?

#politikbolos #sabahubah

Sarawak Tahan Pemberian Permit Pekerja – Petronas 

Sarawak Menahan Pemberian Permit Pada Pekerja Petronas Yang Berasal Dari Luar Sarawak.

Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.

Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

“Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci daripada Petronas mengenai jumlah anak Sarawak yang bekerja dengan syarikat minyak berkenaan di negeri itu.

Langkah itu berikutan aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Sumber Malaysiakini (isi penting).

Kita nampak sekarang sejauh mana pemimpin pemimpin Sarawak memperjuangkan nasib masyarakatnya aka Sarawakian.

Menyekat pemberian permit kerja luar dari negeri Sarawak antara cara yang mereka nampak dan berkesan. Walaupun pada hakikatnya Sarawak diperintah oleh BN aka bertuankan UMNO.

Keberanian ini didorong oleh kerana Sarawak diperintah oleh totally parti tempatan Sarawak. Nah senario ini yang kita kehendaki supaya pentadbiran kerajaan negeri Sabah diperintah oleh parti tempatan, seperti mana gagasan Datuk Shafie Apdal selepas keluar daripada UMNO. Keatas pemilikan Petronas. Dimana kalau Federal tidak sanggup memberikan royalti 40%, Sabah yang ambil alih perniagaan Petronas selepas itu kita berikan Federal (mereka)  40%, bakinya orang Sabah yang punya. Ini antara azam Datuk Shafie Apdal, selain pemberian tanah secara adil kepada masyarakat Sabah.

Kerana itu kita mohon pada semua lapisan masyarakat Sabah, agar pada kali ini menyokong penuh kepimpinan Datuk Shafie Apdal, berikan beliau kepercayaan tanpa berbelah bahagi, supaya pembelaan dapat direalisasikan keatas semua lapisan masyarakat Sabah. In Shaa Allah.

Bukan pula bererti selepas ini nanti kerajaan Sabah menolak kerjasama dengan Federal. Hanya pada bidang tertentu yang  menyentuh kepentingan masyarakat Sabah.

#politikbolos #sabahubah

UMNO Tetap Angkuh Walaupun Selepas Ketiadaan Shafie. 



Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, apa yang pasti UMNO terus kuat dan kukuh kerana kekuatan akar umbinya selama ini. Walaupun tanpa Datuk Seri Shafie Apdal. 

Kenapa Exco berkenaan berani berpendapat sedemikian?. Sebab mereka lupa yang UMNO di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor adalah  pembangkang. Keyakinan mereka semakin bertambah selepas UMNO mendapat kemenangan di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun dengan undi pos dan politik wang. 😉
Selain itu besar kemungkinannya mereka  berpendapat, orang Sabah akan mati kebuluran tanpa UMNO. Maka itu mereka berkeyakinan yang  UMNO di negeri Sabah akan terus diberikan sokongan. Tapi mereka lupa yang  UMNO tidak ada di bumi Kenyalang malah di haramkan. Adakah dengan itu orang Sarawak mati kebuluran?. 

Sekarang, masyarakat Sabah harus membuktikannya bahwa tanpa UMNO Sabah maju jaya. 

Musa Gagal Memenuhi Aspirasi Sabahan Berbanding Adenan, Sarawakian.

image

Ketua Menteri Sarawak tidaklah terlalu hebat. Hanya mendapat tambahan kehebatan selepas menerima desakan dari masyarakatnya. Masyarakat Sarawak mempolitikkan isu yang dekat dengan diri mereka yakni perjanjian Malaysia 1963, disana ada tuntutan royalti minyak dan beberapa lagi. Memaksa Adenan Satin bersikap kritikal terhadap kepimpinan PM Najib Razak.

Siapa yang untung.?

Oleh itulah slogan Sarawak for Sarawakians menjadi antara slogan BN di PRU DUN 2016 didalam usaha mengekalkan kemenangan. Sedangkan sebelum ini, Hismuddidn ada menegaskan bahawa penggunaan perkataan atau panggilan Sabahan dan Sarawakian berupa sentimen yang akan menjejaskan keharmonian bangsa atau kaum di Malaysia, jadi tidak digalakkan.

Kamu orang nampak tak kuatnya “suara” rakyat.?

Bukan macam di Sabah, pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sarat dengan kaki bodek. Bertepatan dengan sikap sebahagian masyarakat Sabah itu sendiri seolah olah tidak ada “mulut” dan “telinga”. Menjadikan mereka boneka berharga kepada pemimpin pemimpin dan kroni kroni yang tidak bertanggungjawab.

Tidak ada tuntutan yang serius dari pentadbiran Musa berkaitan dengan perjanjian 1963. Selain kemiskinan yang tidak berjaya ditangani dengan baik. Tidak terkecuali hak memiliki tanah adat yang dinafikan dan banyak lagi.

Akibatnya kelemahan pentadbiran Musa telah menjadi modal politik BN di bumi Kenyalang. Hemmm

image

Paling malang undi kemenangan masyarakat Sabah telah menguntungkan CyberTrooper Tiong yang hanya tahu mengambil kesempatan. Dimana kewujudan mereka sikit pun tidak menguntungkan BN tapi mendapat banyak imbuhan. Masyarakat politik Sabah apa yang kamu dapat.? 😉

Siapa yang rugi.?

Ada benarnya dakwaan setengah pihak bahawa pentadbiran Musa Aman telah gagal dalam memenuhi aspirasi orang Sabah. Walaupun telah diberikan peluang yang begitu lama. Malah ada yang berpendapat, walaupun selepas ini Musa meniru kepimpinan Adenan Satin. Tapi sudah terlambat.? Ini kerana totally Musa gagal menyelami kehendak masyarakat Sabah sedangkan sejak dari dulu masyarakat Sabah banyak bercakap pasal perjanjian 20 perkara. Berbanding Adenan Satin baru dua tahun tapi berani menyahut kehendak masyarakat politiknya yang menggesa agar perkara yang terkandung dalam perjanjian 1963 supaya dipatuhi.

Passt, masa ini politik Musa sedang berusaha merangka satu gerakan sulit, bertujuan menarik balik kepercayaan orang Sabah dibawah parti???. Tapi dijangka tidak akan menerima sambutan.