Parti Bersatu/PPBM Semakin Mendapat Tempat 

Sejak parti Bersatu atau PPBM yang diluluskan pada 08hb September 2016 sekaligus dilancarkan, Parti ini telah berjaya mengubah landskap politik Malaysia khususnya keatas UMNO.

Kalau kita perhatikan terutamanya di Facebook bermacam cerita yang kita dengar sama ada dalam bentuk tulisan atau dalam bentuk gambar yang menceritakan perkembangan semasa Bersatu terutamanya semasa aktiviti pendaftaran ahli baru.

Ahli baru terdiri dari pelbagai lapisan, tidak kira tua atau muda walaupun dulunya adalah penyokong setia UMNO. Ini perkembangan yang amat memberangsangkan.

Jadi jangan main main oh. Walaupun sebelum ini ada kita mendengar suara sumbang dari kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang memperlekeh kewibawaan Bersatu yang dijangka tidak akan mampu bertahan. Berdasarkan pengalaman terdahulu semasa awal kebangkitan Semangat 46 dan PKR yang lebih ganas tapi akhirnya tersungkur di kaki UMNO. Hemmm

Hakikatnya dulu lain sekarang lain, ini bukan lagi soal siapa kuat atau lemah yakni parti Bersatu atau UMNO. Tapi onah yang telah dilakukan oleh UMNO sejak sekian lama menjadi pemerintah hingga menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia, termasuklah masyarakat dari luar bandar yang menjadi tunjang kekuatan UMNO.

Di bawah ini admin paparkan antara gambar yang dimuat naik oleh rakan rakan yang juga jentera Bersatu di laman Facebook mereka.

Disini juga admin linkkan pautan website Bersatu untuk pendaftaran, seperti dibawah :-

Website Bersatu Pendaftaran Ahli 

PM Malaysia Americanophobia

Sejak DOJ (badan keadilan Amerika) mengisytiharkan penemuan yang membabitkan  PM Najib di dalam kasus aktiviti penggubalan wang haram di negara itu hingga Jho Low dan Reza terdakwa dan kini sedang dalam proses kehakiman.

Sejak dari itulah pergerakan Perdana Menteri, Najib Razak selaku Ketua Negara tampak terbatas. Tidak lagi hadir dipersidangan besar dunia, apa lagi kalau lokasinya di Amerika. 

Ini kita perasan, sejak tempat PM Najib Razak (Malaysia) sebagai pengerusi mesyuarat WMD (isu percambahan senjata api) pada bulan Ogos yang lepas di PBB digantikan oleh Timbalannya, Zahid Hamidi. Kenapa TPM Zahid Bukannya PM Najib Razak

Yang juga menjadi tanda tanya pada masyarakat ialah kenapakah PM Najib Razak tidak menziarahi kuburan Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang disemadikan di California, Amerika walaupun berpeluang. Apa lagi sebelum itu beliau beriya iya ingin membawa balik jenazah Allahyarham ke tanah air. Kerana secara kebetulannya persidangan terbesar PBB yang melibatkan 193 negara termasuklah Malaysia sedang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Tapi tidak dihadiri oleh PM Najib Razak walaupun pada lazimnya sebagai Ketua Negara beliaulah yang sepatutnya pergi. Bukannya Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebab persidangan yang dikenali sebagai UN General Assembly itu cukup penting yang akan membincangkan isu-isu antarabangsa, meliputi keamanan dan keselamatan.

Adakah Perdana Menteri Malaysia sedang dalam Americanophobia kerana ada perkara yang amat ditakuti?

Taktik Kotor UMNO Mempertahankan Kemenangan Pilihanraya  

Admin tertarik dengan penjelasan ini kerana ia luar dari pemahaman admin dan mungkin juga pembaca. Sebelum ini admin berpendapat yang dimaksudkan dengan sistem yang dimanipulasi ialah
hanya menjurus kepada akta semata-mata dimana akta itu dimanipulasi hingga masyarakat tidak tahu bagaimana prosesnya tapi dalam diam ia sudah terjadi dan tampak benar berdasarkan perlembagaan yang telah terlebih dahulu digubal.

Seperti contoh, imuniti pada agensi dan pemimpin pemimpin kerajaan. Dimana kesalahan mereka dilindungi dan tidak ada pihak boleh mendakwa mereka. Kecuali bila kesalahan itu melibatkan musuh mereka.

Berbeza dengan apa yang digambarkan berdasarkan gambar rajah ini, menunjukkan bagaimana sistem diperlakukan secara halus. Kawasan mengundi yang dikuasai oleh parti bukan kerajaan atau pembangkang dipecahkan menjadi blok blok kecil. Menyebabkan kekuatan pembangkang berkurangan dengan demikian UMNO mudah mendapat kemenangan, memandangkan kemenangan kerusi di Malaysia menggunapakai kiraan yang dipanggil First Past The Post dan bukannya Proposal Representation seperti di negara negara maju. 

Seperti juga halnya dengan taktik mengkaji persempadanan semula dengan menambah DUN atau Parlimen di daerah daerah yang telah dikenal pasti, tujuannya untuk mengukuhkan kemenangan UMNO. Hemmm

Nampak tak tipu muslihat UMNO, cukup licik demi kuasa yang perlu dipertahankan. Pada mereka taktik ini bukannya satu penipuan tapi sebahagian daripada usaha memperkasa SPR atau demokrasi, kepala otak. Hemmm

UMNO sedar, mereka tidaklah kuat mana sebab itulah mereka terpaksa mencari jalan supaya penipuan boleh dilakukan. Dek kerana itu kita rakyat Malaysia kena sedar dan bangkit dengan menyokong parti parti bukan kerajaan supaya tidak ada lagi kawasan yang boleh dimanipulasi atau diputihkan.

Tapi kalau selepas itu pun UMNO tetap mendapat kemenangan, bolehlah rakyat Malaysia keluar dengan beraninya di tengah jalan bagi menuntut keadilan. 

#politikbolos #sabahubah

Ucapan Kemerdekaan Malaysia, PM Najib Razak Macam Di Bilik Darjah 

PM Najib Razak berucap dari Bintulu sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tapi intipati ucapannya macam kita berada di bilik darjah sekolah rendah.

PM Najib Razak menebalkan mukanya bila bercakap soal perpaduan di hadapan masyarakat Sarawak. Hakikatnya dia tahu berdekad masyarakat Sarawak hidup rukun damai walaupun hidup dalam pelbagai suku kaum. Bukan macam slogan 1Malaysia, semakin hari semakin memecah belahkan perpaduan kaum kerana terlalu mementingkan politik.

PM Najib Razak juga menyentuh soal keselamatan orang Sarawak sebelum dan selepas merdeka. Tapi dia lupa insiden penculikan di perairan Sabah hingga melibatkan orang Sarawak sebagai tebusan. Menunjukkan dia gagal menjaga keselamatan masyarakat Sabah dan Sarawak. 😉

Dan yang menggelikan hati, apa bila dia bercakap soal pembangunan dan kewangan, kononnya selama ini dana yang digunakan untuk membangun negeri negeri, khususnya Sarawak datang dari kemurahan hati Federal. Macam saja orang tidak tahu, bukannya Federal ada sumber alam yang banyak seperti mana Sarawak dan Sabah.

PM Najib Razak ni memang dari spesis yang tidak tebal muka ya?

Kita mohon pada Ketua Menteri Sarawak supaya selepas ini agar lebih lantang mengkritik pentadbiran PM Najib Razak khususnya dari konteks kepentingan masyarakat Sarawak dan hubungannya dengan perjanjian 1963. Memandangkan dalam ucapan PM tadi, tampak tidak membesarkan Datuk Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak. Mungkin marah pada Adenan Satem sebab lantang mempersoal kepentingan orang Sarawak.

Bukan macam Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Lihat saja kenyataan Ketua Menteri Sabah bila diminta mengulas perihal keberadaan Sabah di dalam Malaysia. Asyik asyik bercakap soal pembangunan, seolah olah sangat berpuas hati, tidak pun menyentuh perjanjian 1963. Berbanding Ketua Menteri Sarawak, bercakap soal pembangunan tapi tetap mempersoal perlaksanaan perjanjian 1963 yang belum dipenuhi.

#politikbolos #sabahubah

Dr M telah menghadap Agong – Deklarasi Rakyat 

Dikhabarkan kelmarin Dr M telah menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan memorandum deklarasi rakyat.

Umum tahu tujuan memorandum deklarasi rakyat adalah untuk mendesak PM Najib Razak supaya berundur secara terhormat akibat keterlibatannya dalan aktiviti penyelewengan di dalam 1mdb.

Kita juga tahu majoriti rakyat Malaysia berpendapat PM Najib Razak sah terpalit dengan skandal 1mdb. Tapi bagaimana pula andai Agong mendapati PM Najib Razak tidak terlibat dan tidak perlu berundur. Apa yang rakyat Malaysia boleh buat?

Makanya Sabah tidak ada Sultan, sebab Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Tinggal lagi sayang seribu kali sayang orang Sabah tidak mampu melihatnya dari kotak politik, yang hanya ditahu ialah UMNO sebagai sistem. Sedangkan UMNO sendiri terpaksa “mengelirukan” Agong (sistem) demi survival politik mereka. Nah apa lagi anda yang dikategorikan dalam kelas kedua atau ketiga. Kesian

Jangan pula SOSMAkan saya, kritikan ini bukan ditujukan pada Agong pun tapi rakyat Malaysia umumnya dan khususnya masyarakat Sabah. Biar mereka sedar dimana hak mereka. 😎 

Salleh Dan MIC Ketandusan Idea – WSJ 

Merujuk kandungan terbaru Blog Menteri Komunikasi Malaysia seperti mana laporan portal Malaysiakini dan Sinarharian. Kenyataan Menteri itu sangat segar, tidak pernah dinyatakan oleh mana mana makhluk di dunia ini. Iya lah sangat. (admin menyakat kenyataan Menteri berkenaan sebab dia cakap WSJ ketandusan idea atau tidak segar idea)

Admin tidak mahu menyentuh kenyataan nakal Salleh Said yang meminta supaya WSJ bersedia dengan calon mereka untuk turut bertanding di pilihanraya yang akan datang. Kerna kenyataan seumpama ini berbunyi kebudak budakan walaupun disengajakan.

Tapi apa yang diterbalikkan oleh Menteri Komunikasi, berhubung dakwaan konsisten WSJ keatas PM Najib Razak yang dianggap dikitar semula.

Kawan kawan WSJ tidak pernah ketandusan berita. Setiap hari portal yang tersohor itu memuatkan berita semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Yang menjadi masalah kepada WSJ, apabila dakwaan rasmi mereka keatas PM Najib Razak dianggap fitnah. Walhal DOJ atau FBI mengambil perhatian penuh. Hasilnya Jho Low dan anak tiri PM Najib Razak berjaya diheret ke muka pengadilan Amerika untuk dibicarakan.

Malah baru baru ini WSJ tampil dengan dakwaan terbaru mereka. Didapati isteri Perdana Menteri Malaysia telah berbelanja sakan. Usd6 juta untuk pakaian, kasut dan barangan dalam tempoh tujuh tahun, berdasarkan dokumen yang ada kaitannya dengan 1mdb.

Jadi tentang mana WSJ kehabisan modal berita?

Sebagai portal antarabangsa, mereka tidak mahu berita yang mereka sebarkan dianggap fitnah atau tin kosong, nanti menjejaskan kredibilit. Prinsip kewartawanan seperti ini perlu diketahui oleh Salleh. Jangan macam ahli politik dari MIC, S Vell Paari menyamakan WSJ dengan kumpulan pengganas hanya kerana portal itu mendedahkan penyelewengan di dalam 1mdb yang melibatkan PM Najib Razak dan isterinya. Sedangkan lama sebelum rakyat Malaysia mengenali WSJ, telah ada portal atau Blog dari dalam dan luar negara yakni Sarawak Report dan Edge Daily yang melaporkan salahguna kuasa di dalam 1mdb dimana selepas itu berlaku krisis dalaman dikalangan pemimpin pemimpin utama UMNO. Tapi tidak kita mendengar suara suara sumbang kalau dua sumber berita itu adalah kumpulan pengganas.

Hakikatnya Kementerian Komunikasi dan macai macainya yang ketandusan idea bukannya WSJ atau saja rakyat Malaysia. 😉

Masalah Air Macam Di Negara Miskin Yang Baru Merdeka 

Ini mungkin tidak ada kebenarannya sebab berlaku di daerah yang diperintah oleh BN, apa lagi Ybnya bertaraf Menteri penuh. 😉

Sebelum ini protes yang sama berlaku di Kampung Pirasan, Kota Belud. Terkini di Kuala Penyu, Sabah. Walaubagaimana pun sehingga hari ini protes tinggal protes, belum pun ada jalan penyelesaiannya. Cerita kosong adalah.

Itulah jangan hanya sibuk mempertahankan UMNO. Sedang keperluan asas pengundi atau komuniti setempat belum berjaya disediakan. Walhal Sabah adalah simpanan tetap BN sejak sekian lama. Bikin lucu kan, lucu pada pandangan masyarakat dan sepatutnya mengaibkan mana mana Yb DUN dimana kawasan mereka ada masalah seperti ini.

Sekarang orang Sabah kena berfikir dua kali, sama ada ingin meneruskan sokongan pada UMNO/BN atau beralih kepada parti parti tempatan atau saja mana mana parti bukan kerajaan dari Semenanjung. Kerana persoalan yang melibatkan keperluan asas seperti ini, tidak sepatutnya berlaku, memandangkan Sabah adalah antara negeri yang paling kaya di Malaysia dan selama ini anda adalah pengundi totok UMNO atau BN.

Harus sedar, ertinya sokongan kemenangan yang kamu berikan selama ini hanya menguntungkan kumpulan tertentu yang terdiri dari kroni kroni BN. Kamu masyarakat marhaen atau bawah, nah ini yang kamu dapat anda diurus macam lembu peliharaan.

Jangan sampai kesulitan yang admin angkat seperti ini, hanya akan menguntungkan penyokong penyokong hipokrit UMNO. Andai anda tidak mengambil keputusan untuk menolak UMNO di PRU yang akan datang. Ini kerana kalau selepas ini masalah air seperti ini diselesaikan melalui perlaksanaan projek projek mega, sudah tentu kontraktornya terdiri daripada kroni dan anda tidak ubah seperti ayam kampung yang hanya diberi makan dedak. Adapun punca kepada kesulitan rakyat yakni pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab terus berkuasa. Jadi sampai bila anda perlu menggonggong supaya hak diletakkan pada tempatnya?

#politikbolos #sabahubah