Muhyiddin Yassin Perlu Restu Dari Tokoh Pembangkang. 

Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mendapat restu daripada tiga tokoh pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sebelum layak dilantik mengetuai mereka.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, persetujuan tiga tokoh tersebut penting dalam menentukan pola sokongan daripada parti-parti komponen pembangkang itu sendiri.

“Masalah yang ada hari ini, pembangkang sendiri terbahagi kepada dua kelompok. Jadi beliau (Muhyiddin) memerlukan kerjasama daripada kombinasi parti yang ada untuk memegang jawatan tersebut.

“Persoalannya, sejauh mana beliau (Muhyiddin) akan mendapat kerjasama daripada wakil pembangkang memandangkan percakaran yang berlaku dalam blok pembangkang masih belum selesai sehingga kini,” katanya, semalam.

Menurut Shukri, kapasiti Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri juga tidak dilihat sebagai satu kelebihan untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Masih ramai pemimpin atau veteran pembangkang yang lebih arif mengenai perjuangan pembangkang untuk diletakkan di posisi tersebut,” katanya.

Sumber Sinar Harian. 

Ada juga benarnya kenyataan pensyarah kanan diatas tapi dari  sudut  perjuangan, harus selepas ini  pemimpin atau tokoh tokoh pembangkang bersikap terbuka. Kenal pasti kelemahan diri, berdekad mereka menjadi pembangkang tapi tidak berjaya menawan Putrajaya. Walaupun undi hantu di momokkan sebagai puncanya tapi barang diingat undi hantu juga ada jalan penyelesaiannya andai pihak pembangkang mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat dengan adanya Muhyiddin Yassin. 

Kehadiran Muhyiddin Yassin di pihak parti bukan kerajaan aka pembangkang merupakan satu kelebihan malah rahmat kepada pihak pembangkang. Ini kerana masyarakat yang selama ini menyokong UMNO akan mengikut jejak beliau, mengubah angin sokongan kepada parti parti pembangkang. 

Kita berharap, agar Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu akan diberikan laluan yang mudah sebagai pemimpin utama pembangkang. 

Dan kita percaya, rakyat Malaysia khususnya pengundi atas pagar mereka sudah matang di dalam  menilai pergolakan politik. Adakalanya ketokohan semata-mata bukannya kriteria  yang menjadi keutamaan di dalam usaha mencari kebenaran. Tapi kesungguhan dan pengalaman pengalaman satu satu pemimpin yang mampu membawa perubahan. 


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s