Taktik Kotor UMNO Mempertahankan Kemenangan Pilihanraya  

Admin tertarik dengan penjelasan ini kerana ia luar dari pemahaman admin dan mungkin juga pembaca. Sebelum ini admin berpendapat yang dimaksudkan dengan sistem yang dimanipulasi ialah
hanya menjurus kepada akta semata-mata dimana akta itu dimanipulasi hingga masyarakat tidak tahu bagaimana prosesnya tapi dalam diam ia sudah terjadi dan tampak benar berdasarkan perlembagaan yang telah terlebih dahulu digubal.

Seperti contoh, imuniti pada agensi dan pemimpin pemimpin kerajaan. Dimana kesalahan mereka dilindungi dan tidak ada pihak boleh mendakwa mereka. Kecuali bila kesalahan itu melibatkan musuh mereka.

Berbeza dengan apa yang digambarkan berdasarkan gambar rajah ini, menunjukkan bagaimana sistem diperlakukan secara halus. Kawasan mengundi yang dikuasai oleh parti bukan kerajaan atau pembangkang dipecahkan menjadi blok blok kecil. Menyebabkan kekuatan pembangkang berkurangan dengan demikian UMNO mudah mendapat kemenangan, memandangkan kemenangan kerusi di Malaysia menggunapakai kiraan yang dipanggil First Past The Post dan bukannya Proposal Representation seperti di negara negara maju. 

Seperti juga halnya dengan taktik mengkaji persempadanan semula dengan menambah DUN atau Parlimen di daerah daerah yang telah dikenal pasti, tujuannya untuk mengukuhkan kemenangan UMNO. Hemmm

Nampak tak tipu muslihat UMNO, cukup licik demi kuasa yang perlu dipertahankan. Pada mereka taktik ini bukannya satu penipuan tapi sebahagian daripada usaha memperkasa SPR atau demokrasi, kepala otak. Hemmm

UMNO sedar, mereka tidaklah kuat mana sebab itulah mereka terpaksa mencari jalan supaya penipuan boleh dilakukan. Dek kerana itu kita rakyat Malaysia kena sedar dan bangkit dengan menyokong parti parti bukan kerajaan supaya tidak ada lagi kawasan yang boleh dimanipulasi atau diputihkan.

Tapi kalau selepas itu pun UMNO tetap mendapat kemenangan, bolehlah rakyat Malaysia keluar dengan beraninya di tengah jalan bagi menuntut keadilan. 

#politikbolos #sabahubah

Saiful Tidak Sudah Menjadi Barua UMNO? 

Berhubung apa yang dipanggil warkah subuh coretan Saiful bekas pembantu Anwar Ibrahim. Sebelum didakwa sebagai mangsa liwat.

Saiful mencoret dengan nada sinis memperlekeh kerjasama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan politik PKR aka Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukum di penjara Sungai Buloh. Sebab kerjasama itu antara lain akan berusaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim lebih awal.

Tapi ditentang oleh Saiful, sebab kononnya hanya akan merosakkan perjuangan suci PPBM/Bersatu, memandangkan Anwar Ibrahim terkait dengan tuduhan liwat yang menyebabkan dia dipenjara.

Maka itulah menurut Saiful, biarlah Anwar Ibrahim menjalani hukumannya. Tunggu saja saatnya, malah kalau dia berkelakuan baik Anwar akan dibebaskan lebih awal.

Pada admin, menghalang kerjasama hanya kerana sejarah lampau adalah pendapat yang tidak tepat atau matang. Kerjasama yang cuba dimeterai hanyalah usaha bagi mencari sesuatu yang lebih baik, pada masa yang sama sudah tentu terpaksa mengorbankan yang lain. Apa yang penting ialah kemenangan selepas itu yakni kebaikan atau manfaat dari kerjasama tadi. Ini yang menjadi keutamaan dalam negara yang tidak stabil. 

Yang mana negara akan berhadapan dengan kemungkinan yang lebih buruk, kalau ekonomi yang sedang tenat ini terus dibiarkan. Ia berlaku kerna pentadbir terlibat dengan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka.

Admin tidak nafikan salah tetap salah tapi jangan lupa Allah itu mahu pengampun dan penyayang. Apa lagi untuk mengeluarkan Anwar lebih awal melalui proses yang dibenarkan mengikut perlembagaan adalah tindakan yang benar.

Tapi kenapa pula menjadi masalah kepada Saiful, apa sebenarnya muslihat politik disebalik coretan itu ya?

Saiful ni tidak jemu jemu menjadi barua UMNO. Hemmm

Politik adalah politik lah, jangan bercakap sebagai orang alim tapi pada masa yang sama memihak pihak yang membuat kemaslahatan yang akan menjejaskan semua lapisan.

#politikbolos 

Baju UMNO dan BN Di Bakar

Benarlah bekas ahli UMNO tidak lagi boleh menerima perjuangan UMNO/BN. Bukan hanya dari konteks perjuangan tapi apa apa barang yang dilekatkan lambang UMNO atau BN akan dibakar hangus.

Kekecewaan yang tidak lagi boleh dibendung. Apa yang jadi jadilah, kenapa tidak kalau selama ini mereka seolah olah hanya menjadi hamba kepada pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab. Lain yang berjuang lain yang diutamakan. Macam haram

Bermati matian memastikan kemenangan UMNO secara umumnya tapi sampai satu titik bila berlaku sedikit perbezaan terus pemimpin yang mereka sokong dibuang begitu saja. Tanpa proses pengadilan yang benar. Presiden UMNO lupa, kenapa UMNO mampu bertahan sehingga hari ini.

Sebelum ini admin membawakan berita mengenai kad keahlian UMNO yang digunting sejurus parti PPBM aka Bersatu diluluskan. Kejadian berlaku di Parlimen Kulai, Johor. Tapi tidak cukup dengan itu, kali ini baju UMNO/BN pula yang menjadi mangsa.

Mungkin kawan kawan tahu kejadian seumpama ini tidak hanya berlaku di Parlimen Kulai tapi di beberapa tempat di seluruh negara. Ada yang membakar buku perlembagaan UMNO, tidak kurang juga yang menterbalikkan bendera BN.

Perjuangan baru bermula, apa yang penting pada perjuangan ini ialah mesti cakap serupa bikin. Jangan cakap di depan lain di belakang lain atau cakap sekadar untuk menunjuk nunjuk supaya dibilang hebat atau kononnya penyokong tegar walhal parasit.

Tiru macam bro yang gunting dan bakar baju tu. 😉

Selamat tinggal UMNO!

Puad Zarkashi Reka Cerita Dongeng – Bersatu

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, menggariskan tiga sebab kenapa kononnya Bersatu susah mendapat kemenangan atau sambutan pertama, kerana parti itu tidak disertai oleh tokoh yang berpengaruh, bukan macam parti semangat 46 sewaktu dilancarkan. Kedua, kononnya matlamat penubuhan Bersatu tidak jelas hanya untuk menjatuhkan PM Najib Razak. Ketiga, tidak mungkin Bersatu mampu menarik ahli UMNO bagi menyertai mereka.

Maka itu Bersatu tidak akan mampu menyaingi UMNO. Itu kata pemimpin UMNO yang sudah tentu bertujuan untuk memenangkan partinya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Totally bertentangan, nah sekarang admin kontrakan tiga alasan diatas ya menyebabkan pendapat Ketua Pengarah Jasa diatas bolehlah ditafsirkan sebagai cerita dongeng. 😉

1. Sejak UMNO baru ditubuhkan tidak ada tokoh yang berjaya dilahirkan oleh Malaysia selain Dr M. Kini Dr M adalah seorang tokoh negarawan dan pengasas Bersatu.

2. Idea menubuhkan Bersatu tercetus selepas UMNO tidak lagi berada diatas landasan kebenaran. Dimana pemimpin nombor satu UMNO terpalit dengan skandal penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Cuba pada peringkat awal PM Najib Razak berhemah dalam menangani soalan yang dibangkitkan berkaitan 1MDB oleh Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Bersatu tidak akan ditubuhkan.

3. Selepas Dr M mengisytiharkan tidak lagi bersama UMNO, disusuli Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, UMNO mula berpecah. Kita mendengar berita sekumpulan ahli UMNO keluar parti, mereka dari Sabah, Kedah dan Johor yang turut mengikut jejak pemimpin mereka. Tapi tidak kita mendengar khabar yang sebaliknya dimana ahli dari mana mana ahli parti bukan kerajaan aka pembangkang yang keluar untuk menyertai UMNO. Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah Jasa Malaysia. Janganlah kamu hipokrit, tidak Anuar Musa sibuk datang ke Sabah semata-mata untuk memujuk, ahli UMNO yang keluar meninggalkan UMNO sebab tertarik dengan politik Shafie Apdal atau parti bukan kerajaan.

#politikbolos #sabahubah

Bodek Maut Salleh Said Bakal Memusnahkan UMNO

Salleh Said pandai pandai membuat kesimpulan sebagai ciuman maut pada Anwar. Apa bila Dr M datang ke Mahkamah semasa Anwar Ibrahim memfailkan permohonan membatalkan atau mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016. Dr M dan Anwar Sahabat Seperjuangan

Mengikut kesimpulan Salleh Said berkaitan peristiwa ini, ialah ia tidak ubah seperti yang berlaku pada tahun 1998 sebelum Mahathir memusnahkan Anwar.

“Ciuman Mahathir adalah ciuman maut,” katanya dalam blognya.

Tapi dia tidak tahu, selepas ini rakyat sudah boleh membuat kesimpulan mudah terhadap UMNO dan diri Salleh Said itu sendiri, terutamanya dari kalangan penyokong PKR.

Betapa UMNO sememangnya tidak ada guna atau terlebih sekular, lebih mengutamakan politik berbanding apa yang dianjurkan oleh agama, Islam menganjurkan persaudaraan.

Pada UMNO bila sudah bermusuh, maka selamanya akan bermusuhan. Kerjasama selepas itu hanyalah muslihat semata-mata, seperti yang mereka lakukan terhadap PAS menyebabkan PAS hilang kepercayaan sehingga ke hari ini.

Sebab itulah kita jangan hairan, bila selama ini UMNO mengenepikan kebajikan masyarakat walaupun selepas mendapat undi rakyat. Kerana pemimpin pemimpin UMNO ada kesanggupan yang negatif.

Seperti dakwaan DAP sepatutnya UMNO malu sebagai parti yang mewakili bangsa Melayu sebab majoriti Melayu kekal hidup dalam kemiskinan. Ini disebabkan oleh sikap UMNO terhadap politik itu sendiri lebih kepada permusuhan dan tamak, menghalalkan kejahatan, walaupun sudah berada di hujung senja.

Hakikat disebalik kenyataan Salleh Said ini ialah mereka atau UMNO tidak mahu pembangkang mendapat tambahan kekuatan yang akan mampu mengalahkan mereka di PRU akan datang. Menyebabkan satu persatu dari mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan kerana terlibat dengan banyak penyalahgunaan kuasa.

Jadi pada masyarakat jangan lagi dengar kenyataan politik dari pemimpin pemimpin UMNO, teruskan saja menyokong pihak lawan aka mana mana parti bukan kerajaan. Kebobrokan yang dihasilkan oleh UMNO harus dihentikan. UMNO terlalu lupa diri, mentaliti mereka sama seperti komunis. Kejam (tidak semua tapi sangat ada)

Pada satu hal, kenapa pula Salleh Said yang menyibuk ni ya. Sedangkan kerjasama ini tidak pun melibatkan UMNO. Sungguh, dia punya bodek akan tentu memusnahkan UMNO. 😉

#politikbolos #sabahubah

Kini Dr M dan Anwar Adalah Sahabat Seperjuangan

Bila Dr M dan Anwar sehaluan. Maka penyokong masing masing kenalah juga turut sehaluan.

Jangan lagi bersimpang giur. Belajarlah dari sejarah lalu, hakikatnya sejak daripada dulu UMNO tidaklah kuat mana tapi kelemahan pihak lawan, penyokong masing-masing mahu dianggap hero walaupun sebenarnya kurang. Selain sebab tertentu yang tidak perlu admin sebutkan. Apa yang penting pada kali ini, kamu bersetuju saja asal isu itu berkaitan UMNO. 😉

Hari ini adalah detik bersejarah bagi rakyat Malaysia. Apa bila dua pemimpin yang sebelum ini kita ketahui saling bermusuhan kini bersatu atas nama perjuangan. Perjuangan menolak UMNO, seperti mana bidalan penyokong tegar PKR, Asal Bukan UMNO (ABU). Percayalah dengan perkembangan ini parti parti bukan kerajaan akan terus mendapat sambutan sekaligus meninggalkan UMNO di belakang. 😉

Peristiwa yang admin maksudkan ialah apabila Dr M datang ke Mahkamah bagi menunjukkan sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Di bawah ini admin selitkan kenyataan menarik dari pemimpin veteran UMNO, berhubung peristiwa yang bersejarah ini,

Tan Sri Sanusi Junid:
Alhamdulillah. Allahuakbar. Saya paling gembira apabila mengetahui Tun Dr. Mahathir bersalaman erat mesra dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim waktu bertemu di mahkamah pada hari ini. Saya kenal Anwar sejak tahun 1961 waktu di MCKK. Beliau ditingkatan satu dan saya ditingkatan 5. Berbagai pengalaman bersama dan yang bebeza telah kami berdua lalui. Kami sama2 membina Badan Revolusi Ugama dan Maramunjangan waktu di MCKK; kemudiannya terlibat dalam penubuhan Yayasan Anda Akademik dan Percetakan, penubuhan Koperasi Shamelin Berhad dan ABIM. Saya menyeru kepada semua kenalan, kawan dan sahabat, yang pernah berkaitan atau berhubungan dengan semua organisasi2 ini supaya mengenepikan semua perasaan, emosi dan sentimen untuk bersama-sama menentang kemungkaran yang sedang melanda negara masakini. Sama2 kita jayakan reformasi dalam berbagai bidang demi mencari keredaan Allah swt. Kita bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk dariNYA.

1.2 Juta Tempat Mengundi Dipindahkan Tanpa Pengetahuan Pemilih – SPR

Hal yang menakutkan dalam sistem demokrasi dan ditakuti oleh ramai masyarakat politik, kini sudah menjadi kenyataan yang admin panggil sebagai perhambaan dalam sistem  demokrasi.

Iya lah, siang malam anda bercakap soal  politik. Tapi ibaratnya anda menyiram air diatas daun keladi, yang akhirnya rakyat Malaysia tidak ada hak menentukan parti mana yang layak menjadi pemerintah.

Pemimpin PKR, Nurul Izah kata, secara keseluruhannya seramai 1.2 juta pemilih atau pengundi dimana kawasan mengundi mereka telah dipindahkan oleh SPR tanpa kerelaan pemilih.

Lagi sadis, tempat mengundi baharu berada diluar DUN atau Parlimen. Ini merupakan penganiayaan dalam sistem demokrasi. Tidak keterlaluan kalau kita katakan ia merupakan pelanggaran hak asasi manusia dari konteks politik.

Padan pun selama ini segala kritikan pedas terhadap pemimpin pemimpin UMNO, mereka hanya buat bodoh. Rupanya sedang dalam proses merompak undi rakyat. Hemmm

Nampak sangat UMNO sudah kehabisan modal politik dan menyedari mereka tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyat Malaysia. Dimana tidak lama lagi akan ditalkinkan. Tapi itupun masih lagi bersikap angkuh, menyakat persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat. Macam mereka yang berada di pihak yang benar. 😛

Kawan kawan, selepas ini ambil lebih perhatian, kerap kerap lah membuat semakan tempat mengundi anda dan keluarga terdekat.