Pecat Muhyiddin, Shafie Dan Mukhriz – Mykmu

image

Menurut Mykmu Blog pro BN, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam UMNO boleh membawa kepada perpecahan parti, sama seperti krisis yang berlaku pada 1987, kata sebuah laman web pro-Umno.

“Sekiranya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz tidak dipecat dari parti, berkemungkinan insiden Team A dan Team B yang berlaku pada 1987 akan berulang sekali lagi.

Kamu orang nampak tak, attitude jentera totok UMNO, tidak matang, mengarut, tidak jelas tapi berlagak pejuang tegar. Tidak ada strategi ampuh yang mampu mereka fikirkan selain adu domba tanpa sebab yang jelas bertujuan mencetuskan perpecahan di kalangan pemimpin UMNO. Lepas itu mereka tampil dengan tulisan tulisan sampah yang  retorik, menyalahkan sebelah pihak sebagai pihak yang wajar dihukum.

Kata mereka kekalnya Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz di dalam UMNO menyebabkan UMNO berpecah kepada dua kumpulan dan kalah di PRU akan datang. Kenyataan yang kabur dari pemikiran yang mengada ada. Alahai

Selama ini pemimpin mana yang telah membantu memperkasakan UMNO hingga UMNO dilihat sebagai parti yang kekal relevan.? Yang mana satu Tengku Adnan, Nazri Aziz, Azalina Othman, Hismuddidn atau Zahid Hamidi. Sedangkan ada dikalangan mereka dimana majoriti kemenangan di setiap kali pilihanraya semakin berkurangan. Yang mana satu. Apa yang mereka telah buat.?

Berbanding Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal terutamanya berkerja keras siang dan malam. Hampir semua kampung di pedalaman pernah beliau kunjungi. Sebab itulah beliau mendapat jolokan Menteri Kampung dari khususnya marhaen Sabah dan Sarawak.

Jangan buat tidak tahu, undi kemenangan BN datang dari luar masyarakat bandar.

Begitu juga dengan Mukhriz kerana kepimpinannya Kedah balik ke pangkuan BN.

Tidak terkecuali Muhyiddin, pemimpin UMNO yang cukup berpengalaman dikenali sebagai seorang agamawan. Sudah tentu pasti telah menyumbang banyak idea kemenangan kepada BN.

Jadi kenapa pula andai Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz kekal dalam UMNO akan merosakkan UMNO.? Atau si kumpulan totok berlagak pro Najib Razak yang merosakkan UMNO. Berpolitik macam rakyat Malaysia ini bodoh bodoh belaka.

Faktor perpecahan UMNO pada tahun 1987 hingga muncul dua Team, team A dan B tidak sama dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sekarang pucuk pimpinan UMNO mengenepikan pemimpin yang menyuarakan kelemahan atau kebenaran. Bukan soal kuasa yang direbut terutamanya dari pihak Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz. Mereka hanya ingin mengubat penyakit UMNO.

Tinggal lagi ada pemimpin UMNO itu sendiri yang mengambil kesempatan bertukar karakter sebagai kaki kipas, tikam belakang dan macam macam lagi, hanya kerana jawatan dan habuan. Kesannya UMNO dilihat tidak lagi relevan untuk diberikan sokongan. (kena ada perubahan yang drastik)

Benarlah dakwaan beberapa pihak, jentera rasmi maya UMNO sikit pun tidak membantu UMNO. Menambah rosak adalah. Kerna itulah artikel mereka tidak mendapat peduli. Bikin habis wang rakyat buat pembayar upah.

Kihampau Tohoh

Najib Kekal BN Hancur.

image

Malaysiakini. Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat, hanya dengan pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan dapat memastikan BN akan kekal memerintah negeri jelapang padi itu.

Beliau berkata, pengunduran Najib yang juga presiden Umno itu dilihat perlu dibuat demi memastikan Kedah terus diperintah parti pemerintah memandangkan imej parti Melayu itu kini tercalar akibat skandal ahli parlimen Pekan tersebut.

“Kalau pimpinan dapat melalui proses transformasi, apa yang diharapkan rakyat dan ahli Umno itu akan selamatkan keadaan. Saya tak kata akan terus kalah, tapi kalau ada perubahan kepimpinan parti, kalau Najib undur sebelum pilihan raya umum ke-14, peluang untuk menang masih ada.

“Tapi kalau beliau masih menerajui parti sampai pilihan raya umum ke-14, maka saya tak yakin kita boleh menang (di Kedah).

“Yang menjejaskan imej parti ialah tak lain dan tak bukan ialah presiden parti sendiri,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di ibu negara.

Selain itu, ditanya peluang dan harapan beliau terhadap Kedah dalam pilihan raya umum akan datang, Mukhriz yang juga adalah ADUN Jerlun berkata beliau berharap agar negeri itu terus diterajui oleh BN.

Bagaimanapun, sekiranya tiada sebarang perubahan terhadap pucuk pimpinan berlaku, dikhuatiri peluang untuk terus kekal tipis memandangkan rakyat kini melihat politik yang melibatkan pemimpin Kedah sebagai satu penindasan, katanya.
“Buat masa ini, saya ingat peluang untuk kekal kerajaan (Kedah) agak tipis. Bukan kerana saya tidak lagi menteri besar atau pengerusi perhubungan tetapi kerana kerakusan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan yang kini dirasai rakyat Kedah serta menganggap satu penindasan.

“Jadi atas sebab itu mereka (rakyat) rasa bahawa Umno dan BN tak layak untuk terima sokongan rakyat.

Mukhriz dipecat sebagai menteri besar Kedah pada 3 Februari lalu dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau disingkirkan selepas krisis dua minggu yang bermula apabila Bashah mengumumkan bahawa Umno Kedah tidak lagi menyokong anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz mendakwa beliau menjadi mangsa kerana Najib tidak senang dengannya kerana lantang mengkritik 1MDB seperti bapanya, Tun Dr Mahathatir Mohamad.

Selain Mukhriz, tutut menerima nasib seupa adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana dilihat tidak sehaluan dengan Najib terutama isu melibatkan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri serta 1MDB.

Ada benarnya mengenai apa yang disuarakan oleh Mukhriz diatas. Ini kerana sejak UMNO terpalit oleh perbuatan Presiden UMNO Malaysia yang terlibat dalam skandal 1MDB. Kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin hari semakin hilang. Di tambah oleh sikap pemimpin yang ada di sekeliling PM Najib Razak, tidak berusaha membetulkan keadaan malah mencipta cerita yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Sekejap derma, sekejap lagi pelaburan. Hakikatnya wang berbilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi PM Najib Razak berasal dari syarikat 1MDB yang dimasukkan oleh orang kedua atau ketiga seperti mana dakwaan portal WSJ. Tapi sehingga kini WSJ tidak menerima sebarang tekanan perundangan dari kerajaan Malaysia.

Ini adalah titik hitam buat UMNO, rakyat telah hilang kepercayaan. Kesannya bukan hanya di Kedah tapi di kubo kuat BN di seluruh negara.

Kihampau Tohoh

Masej Untuk Orang Johor, Kedah Dan Sabah – UMNO

image

Kata Anuar Musa, UMNO bersedia menghadapi PRU tanpa Muhyiddin.

Dan pastinya akan mencapai kemenangan.

Juga ada maksud yang tersirat, Muhyiddin Yassin bukan lagi calon BN di PRU yang akan datang.?

Juga, kalau mengikut kenyataan terbaru Nazri Aziz, MT. Seolah olah semua MT sependapat agar keahlian UMNO Muhyiddin, Shafie, Dr M dan Mukhriz dilucutkan.

Hebat politik UMNO, parti yang tidak ada disiplin. Cakap bergegar bab perlembagaan tapi cukup setakat itu. Macam undang undang rimba.

Kini pilihan ada di tangan ahli UMNO khususnya UMNO Johor dan Kedah. Tapi sebelum membuat ketetapan untuk meninggalkan UMNO. Buat sesuatu yang menggemparkan negara sekaligus mematangkan rakyat Malaysia.

Bangkitlah beramai ramai suarakan ketidakpuasan hati anda terhadap pentadbiran UMNO yang semakin menjengkelkan. Berteriak lah, bahwa UMNO bukan milik individu tapi milik semua masyarakat ramai dan ahli UMNO. Seperti halnya soal ke pertanggungjawaban keatas
masa depan negara, nasib negara ini tidak hanya terletak pada seorang individu atau satu satu parti tapi keseluruhannya rakyat Malaysia tidak mengira fahaman agama dan politik. Malah kalau diperhalusi ada ramai dari kalangan rakyat biasa yang lebih berhak terlibat dalam menentukan masa depan negara berbanding segelintir pemimpin UMNO terutamanya pemimpin “muda” . Entah dari mana asas perjuangan mereka, selain mulanya mengambil kesempatan yang berselindung di atas nama perjuangan UMNO. Tiba tiba terlibat menentukan nasib pemimpin atau negara.?

Berikan juga kefahaman, andai skandal sebesar 1MDB meletup di ambang PRU13, nescaya BN yang ada sekarang bertukar berstatus menjadi pembangkang yang sangat lemah (lihat Selangor tidak berkutip). Kerna itulah jangan senang senang menafikan kewujudan pemimpin UMNO yang terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan usaha keras mereka, tidak ada tu pusat pentadbiran Putrajaya yang terkenal seantaro dunia walaupun sarat dengan banyak dakwaan yang tidak menyenangkan. Begitu juga dengan polisi untuk kebaikan rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan pada waktu itu.

Ingatkan juga sanjungan yang diterima oleh UMNO sebagai parti yang berjasa kepada orang Melayu hingga menjadi senjata politik, kononnya Melayu tanpa UMNO akan binasa. Berpunca dari usaha keras kepimpinan yang terdahulu. Kalau di Sabah, Shafie Apdal antara individu yang yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah.

Perdana Menteri yang ada sekarang hanyalah meneruskan legacy kepimpinan UMNO, berbeza dengan Dr M menjadi master minds keatas pembangunan negara sekaligus menjadikan UMNO cukup dihargai.

Najib Razak sebagai Perdana Menteri belum lagi mencapai kejayaan yang mengharumkan nama UMNO, jauh sekali mengangkat tinggi nama Malaysia. Malah krisis yang terjadi ini berpunca dari kredibiliti Perdana Menteri yang dipersoalkan.

Jadi jangan suka suka terutamanya Setiausaha Agung UMNO dan ahli Majlis Tertinggi membuat keputusan yang menafikan jasa orang lain. Kurang bertamadun namanya.

Ingat balik kronologi pengorbanan Dr M, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz sebelum dan selepas disingkirkan dari politik UMNO, apa yang mereka mahu selamatkan dan diselamatkan daripada siapa.?

Orang Johor ada telur .?

Orang Kedah ada telur.?

Orang Sabah ada telur.?

(Orang Malaysia ada berani)

Jangan perjuangkan orang yang tidak menghargai perjuangan.

Kihampau Tohoh

Hidupkan Demokrasi Malaysia.

image

Apa pun kenyataan bagi menyokong atau merasionalkan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO Malaysia dari Muhyiddin Yassin adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab melanggar prinsip demokrasi. Untuk sekalian kalinya menghina kebijaksaan rakyat Malaysia.

Pendapat yang totally skema dan poyo. Sengaja menghukum di tengah tengah kejadian, umpama individu yang tidak berpendidikan atau buta huruf. Cakap, cakap dan cakap kewarasan akal atau ilmu ditutup dengan pakaian yang mahal dan “pangkat”. Peliknya individu yang agak berpendidikan boleh terpikat dengan mereka. Begitu mudah.?

Penghukuman Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz tidak melalui proses akal yang benar. Mereka mengkritik kegiatan yang tidak sihat di dalam UMNO yang sudah tentu akan merosakkan negara dan UMNO itu sendiri. Tapi dibelit sebagai pesalah politik.

Ahli UMNO di seluruh Malaysia tidak boleh membiarkan ketololan ini meresap dalam kitaran kehidupan generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan negara, hentikan. Titik

Dipersilakan hadir di perhimpunan 27hb, sebagai simbol kepada keterbukaan didalam sistem demokrasi dan simbolik kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia yang selama ini bertanggungjawab keatas kemenangan UMNO dimana mana PRU. Tuntut balik hak anda sebagai pejuang kemenangan. Berdiri, bersorak lah alah alah reformasi.

Hidup demokrasi, hidup rakyat Malaysia.

Kihampau Tohoh

Keahlian UMNO Muhyiddin Dilucutkan Gara² Penjenayah.

image

Tiga pemimpin UMNO menyokong gesaan Nazri Aziz, agar Muhyiddin Yassin berhenti mengkritik pedas Najib atau keahlian UMNOnya dilucutkan.

Mereka ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karprawi, bekas menteri kabinet, Hassan Malek dan Menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan.

Sebelum ahli UMNO di seluruh negara akur macam lembu yang di cucuk hidung menyetujui desakan tolol diatas. Cuba ingat balik, pihak atau kumpulan individu mana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB oleh Muhyiddin Yassin.? Bukannya kerusi Presiden UMNO Malaysia, tapi tubuh badan Najib Razak dan mereka yang bersekongkol yang kebetulan menyandang jawatan Presiden UMNO Malaysia.

Barang diingat Najib dan jawatan Presiden UMNO adalah dua entiti yang jauh berbeza, kerna Najib tanpa UMNO bukannya siapa siapa dan UMNO tanpa rakyat Malaysia tidak ada harga. Kesimpulannya UMNO bukannya milik peribadi tapi milik ahli dan rakyat keseluruhannya yang pro UMNO. Siapapun dari mereka tidak mengira sama ada berjawatan atau tidak mereka berhak mengkritik UMNO, apa lagi kritikan itu khusus pada pemimpin yang akan merosakkan parti. Pada masa yang sama pentadbir atau pemimpin UMNO tidak boleh menghalang mereka, siapa pun dia.

Menganggap teguran sebagai satu kesalahan adalah pendapat mereka yang tidak bertamadun. Tamak tidak bertanggungjawab.

Najib yang duduk di kerusi Presiden UMNO telah dikaitkan dengan penyelewengan dana rakyat menerusi penubuhan 1MDB oleh portal antarabangsa WSJ seperti mana kritikan Muhyiddin Yassin . Tapi sehingga kini tidak WSJ menerima sebarang ancaman perundangan dari pentadbiran 1MDB (bukan UMNO yang tidak berkaitan)

Bererti teguran Muhyiddin Yassin ada kebenarannya dan teguran itu tidak boleh dianggap sebagai satu penderhakaan kepada UMNO, kerna teguran itu ditujukan khusus pada sekumpulan penjenayah yang berselindung di sebalik 1MDB bukannya UMNO.

Tidak logik tu, gara gara kegiatan sekumpulan penjenayah yang berselindung di sebalik 1MDB keahlian UMNO Muhyiddin Yassin pula yang dilucutkan.

Sepatutnya memandangkan UMNO telah lama menjadi parti yang memerintah, sewajarnya lah kematangannya turut bertambah. Ini tidak malah berundur ke belakang. Bertindak atas kehendak individu bukannya untuk mengekalkan keutuhan parti.

(Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, berdasarkan apa yang dibualkan oleh masyarakat politik)

Kihampau Tohoh

Kepada Jentera Tolol UMNO. (Tidak Semua Tapi Ada)

Kepada jentera rasmi tolol UMNO. (tidak semua tapi ada)

image

Dulu Anwar di cop sebagai pemimpin yang membawa malapetaka oleh itulah wajar Anwar dipenjarakan. (malapetaka pada UMNO)

Sekarang Anwar meringkuk dalam penjara. Adakah malapetaka yang dimaksudkan telah pergi bersama Anwar.?
Admin nampak tiada kebaikan selepas itu. Malah  Malaysia semakin terpalit dengan banyak malapetaka.(kerana UMNO itu sendiri)

Politik UMNO lemah bukan kerna kekuatan lawan. Tapi sikap ahli politik UMNO yang tidak matang, tolol, tamak dan lupa diri sampai sanggup menyusahkan orang lain.

Lagi memelikkan, orang lain yang berusaha mempertahankan UMNO, orang lain pula yang diberikan kuasa atau tanggungjawab menerajui UMNO sebagai jentera parti. Seperti contoh jentera maya UMNO, kebanyakan dari mereka berkarier di negeri pembangkang. Sedangkan sehingga kini politik Selangor dan Pulau Pinang, mereka tidak mampu gugat. Sudah lah begitu, dana yang disalurkan oleh PM Najib Razak bagi mengurus jentera maya UMNO, pula di rompak Macam manalah rakyat  percaya dengan apa yang mereka tulis. Termuntah adalah.

Carilah lah yang lain, ada ramai lagi di Selangor tu. Mereka terbuka dan agak bijaksana.

Sama juga halnya dengan apa yang berlaku pada Mukhriz dan jawatan Menteri Besarnya. Beliau yang bertanggungjawab memenangkan BN, tapi tidak pun sampai sepenggal. Beliau digugurkan diganti dengan orang lain yang tidak diminati ramai.

Lepas itu UMNO pusat mendesak agar rakyat bersatu padu mempertahankan UMNO. Bikin lucu.Hanya yang bongok yang percaya dengan mereka.

Pandai tak boleh diikuti, bodoh tak boleh diajar.

Kihampau Tohoh

Kali Kedua Bendera BN Diterbalikkan – Baling, Kedah.

image

image

Apa cerita UMNO Kedah ni. Sebelum ini kita digemparkan dengan berita atau bendera BN yang sengaja di terbalikkan, kejadian itu berlaku di daerah Kodiang.

Bendera BN Diterbalikkan, Kodiang

Terbaru cerita yang sama tapi kali ini berlaku di Parlimen Baling, MP Abdul Azeez Abdul Rahim. Bendera BN sengaja diterbalikkan.

Menterbalikkan bendera BN secara sengaja, adalah simbolik kepada kehancuran UMNO di negeri Kedah.

Apa cerita Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, merangkap Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO. Macam mana ni, bagaimana mungkin masyarakat luar tertarik dengan UMNO, sedang komuniti sendiri telah hilang kepercayaan.?

image

Kihampau Tohoh

Intipati Ucapan Terbaru Ku Li

Admin tertarik dengan apa yang diungkapkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah@Ku Li di satu majlis politik yang berlangsung di taman Tun Dr Ismail pada 8hb februari 2016.

Senario inilah yang difikirkan dan dirasa oleh majoriti rakyat Malaysia. Orang luar memanggilnya  sebagai Real Politic. Bukan auta yang kerap di canang oleh segelintir jentera tolol politik UMNO dalam usaha  menutup kelemahan hasil ciptaan segelintir pemimpin pemimpin UMNO. Tidak terkecuali sikap bengap  masyarakat turut menyumbang kepada kebobrokan politik semasa yang kian meruncing.

image
Gambar Hiasan

Intipati ucapan beliau :-

1. Rakyat seharusnya dipersalahkan kerana memilih wakil rakyat (wr) yg pengecut. wr berani buat apa pun kerana dia tahu apa pun rakyat pilih mereka.

2. Ada yg berpandangan majlis raja2 patut berbuat sesuatu kerana wakil rakyat tak boleh diharapkan

3. MAS telah hentikan 6000 pekerja

4. Petronas dah beri notis untuk tamatkan 5000 pekerja

5. Bilangan yg pergi belajar on their own expenses balik tak ada kerja

6. Kerajaan nak bawa masuk 1.5 million dari bangladesh. Ini krn ada ada org proposer kepada kerajaan. Buat duit. Nak beri kerja apa kepad mereka tak tahulah

7. Polis tak beritahu peratus jenayah. Sebenarnya ramai dan bertambah kerana tak ada kerja. Kerajaan tak put efforts to create jobs

8. Rasuah berleluasa. Nak tukar geran tanah pun rasuah. Saya boleh hurai satu persatu.

9. PM mesti dipilih directly oleh rakyat. Apa yg ditakuti by 2035 kerana melayu adalah 82% penduduk msia.

10. Undang2 korupsi…the enforcement must be total. Adik kita ke abg kita ke kalau salah kena diambil tindakan

11. Zaman ayah saya dulu pegawai2 kerajaan kena tunjuk kepadanya apa yg dibelanjakannya setiap bulan. Itu transparensi.

12. Jumlah pendatang seperti bangladesh, indon, burma, nepal dll lebih ramai daripada cina. Dan mereka ini tak akan balik lg apa lagi mereka dah kahwin dengan rakyat kita. Mereka ini sebenarnya menimbulkan masalah.

13. Problem kita ialah cash is king. Mereka ini marah kpd kita yg mengkritik mereka kerana kita dianggap nak sekat rezeki mereka. Ini masalahnya mereka tak lihat mereka salah

14. Cadangan saya wakil rakyat dipilih di peringkat negeri dan bukan atas nama parti. Katakan di kelantan diperuntukkan 20 kerusi dan ada terdapat 100 calon. Siapa yg jumlah votes nya top 20 merekalah wakil rakyat lebih ramai dari cina msia.

15. Umno elders tak give up tentang ttpa ini..tapi wakil rakyat umno dipaksa ikut whip. Kjaan berunding secara sulit lepas itu paksa wakil rakyat paksa. Amerika dll itu teritory mereka kita tak mampu masuk/tembusi. Kita fokus di Asean cukuplah. Tengok keadaan di timur tengah mereka got embroiled in american sphere of influence mereka dah tak boleh keluar lagi.

16. Tppa – Amerika nak buka sayap menguasai dunia. Kita terpaksa ubah perlembagaan semata2 utk ikut amerika. Kita bukan highly industrislised country yg memungkinkan export products kita. Obama kata rakyat amerika dpt create banyak pekerjaan dan untuk mempastikan American values dikena kepadabnegara2 lain. Kenapa kita nak jadi talibarut Amerika. Kita boleh negotiate dengan Amerika at par. Ini syarikat2 besar (yg ada di Msia sekalipun) bila tak puas hati dengan dasar2 kita mereka boleh sue kita di luar negara bukan di Msia sebab mereka tak percaya kepada Msian court. Saya tanya mustapha mohd dia pun ternganga tak boleh jawab.

17. Di korea bila tak bersetuju dengan kerajaan mereka buat mcm2. Civil disobedience dibuat oleh gandhi hingga british tunduk kepada rakyat india. Kerajaan diktator korea pun kalah kerana rakyatnya bertindak.

18. Rakyat boleh bertindak pergi jumpa tuanku raja2

19. Cuba boikot secara sistematik. Kerana negara kita terancam. Tapi buat secara professional dan legal. Bukan nak overthrow kerajaan tetapi luahkan kekecewaan dengan teratur.
Saya sanggup pikul amanah dan akan lakukan apa yg saya boleh buat.

20. I m not sure whether petronas can survive in the long run. Lingkup rasanya tidak tapi amat terjejas dengan kejatuhan harga minyak. Explaination yg diberi ttg pasaran/harga minyak cukup detail dan menarik sekali. It is not straight forward. Banyak sangat players yg terlibat. Raja saudi sekarang nak ajar American players berhubung dengan shale oil yg dikeluarkan on big scale. Tapi cost mengeluarkan shale oil cukup tinggi sejauh mana they can sustain apabila harga cost yg tinggi. Saudi nak ajar company2 ini.

#BeraniKeranaBenar
#SelamatkanMalaysia
#BangkitLawan
#GKCM
#BlueeOocean

Kihampau Tohoh

Salleh Said Tidak Layak Diangkat Lebih Tinggi

image

Bila Salleh Said menyalahkan Dr M menyebabkan wawasan 2020 tidak tercapai. Baca petikan penuh dibawah :-

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cuba meletakkan kesalahan beliau ke atas ‘bahu orang lain’ bagi menampakkan bahawa beliau tidak gagal terutama dalam Wawasan 2020.

Menerusi entri terbaharu di Blognya, Salleh berkata Mahathir sebelum ini yang mengatakan Malaysia tidak lagi dikagumi seperti mana sebelum ini dan ketika itu tiada siapa yang ragu dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Salleh berkata, kesilapan itu dilakukan oleh Mahathir sendiri sejak dari awal pelaksanaan wawasan itu lagi kerana beliau gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu, sambil menambah, kesilapan itu membuatkan rancangan itu kini mustahil direalisasikan.
“Dr Mahathir tidak mengambil kira kemungkinan itu pada masa itu dan sedekad kemudian pada 1997, ia berlaku sekali lagi.

“Rancangan itu dicadangkan untuk satu keadaan yang ideal, tetapi 1986 dan 1997 membuktikan, tidak ada situasi yang boleh dikatakan keadaan yang ideal.

“Jadi, Wawasan 2020 tidak lagi mungkin terjadi. Jadi, dia mahu mencari seseorang untuk dipersalahkan, daripada menerima hakikat dia yang salah dan rancangannya itu tidak benar-benar boleh dilaksanakan,” katanya.
Mahathir sebelum ini pernah beberapa kali menyebut tentang kemungkinan Malaysia gagal merealisasikan Wawasan 2020, antaranya kerana kelemahan kepimpinan selain tidak meletakkan keutamaan wawasan itu pada tempatnya.

Ini menunjukkan Salleh Said bukannya pemimpin politik yang boleh di angkat ke tingkat yang lebih tinggi.

Itulah hasilnya pemimpin yang muncul dengan cara yang mudah, tidak akan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan yang sudah tentu sarat dengan pelbagai dugaan.

Bagi menafikan dakwaan terhadap pihaknya, mereka akan merujuk catatan lama. Menyebabkan perbezaan yang sepatutnya menguntungkan rakyat tidak berlaku. Tidak ada nilai tambah.

Pemimpin seperti ini akan menafikan dakwaan tanpa memikirkan ke logikannya. Hanya kerana mereka berada diatas landasan yang tidak sama semata-mata.

Mereka lupa, pada saat itu sebenarnya mereka sedang mengenepikan kepentingan rakyat.

Kihampau Tohoh