Nasihat Untuk UMNO – UNESCO 

Ini sedikit nasihat untuk UMNO……..

Jalin Luin

Kalau terlalu mengkritik nanti dianggap admin ni serba tidak kena atau semua salah kecuali admin. 😉

Jadi beginilah, bagi mengurangkan beban UMNO atau PM Najib Razak. Tidak usahlah Pejabat Perdana Menteri (PMO)dan Bloggers pro UMNO mencampuri sebarang kerja peribadi atau kerja “rasmi” Datin Rosmah Mansor. Biarlah dia tanggung sendiri.

Bukan hanya berhubung anugerah dari UNESCO yang ditarik balik itu, dimana pihak PMO yang pula yang melebih lebih. Tapi pada perkara sebelum sebelum ini hingga mengjengkelkan masyarakat politik yang sebelum ini memihak UMNO.

Cuba lihat, adakah patut Bloggers pro UMNO mencadangkan tindakan yang tidak masuk akal. Kononnya akibat tindakan UNESCO yang membatalkan pemberian anugerah kepada Datin Rosmah Mansor maka ada baiknya kerajaan Malaysia memutuskan kerjasama dengan UNESCO. Masalah peribadi menjadi masalah negara dimana selepas itu rakyat yang tanggung. Logik kah?

Pada masa yang sama, mereka mempersoal kredibiliti UNESCO yang mengiyakan soalan dari WSJ dan New York Times berhubung sumber dana yang…

View original post 87 more words

Advertisements

Selamat Tinggal UMNO 

Sejurus parti Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat kelulusan dari ROS walaupun bersyarat dimana akronim Bersatu tidak boleh digunakan tapi PPBM. Entah atas alasan logik apa, admin pun tidak tahu.

Seorang kawan maya yang juga ahli UMNO dari Kulai, Johor telah membuat keputusan tegar untuk meninggalkan UMNO sekaligus mengisytiharkan dirinya akan menyertai PPBM aka Bersatu. Sebagai simbolik pada keputusannya itu beliau telah menggunting kad keahlian UMNOnya. Seperti diatas.

Sempat admin melontarkan komen bahawa tindakannya itu adalah Bravo. 😉

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Adalah dengan ini saya menggumumkan saya bukan lagi Ahli UMNO yg bernombor keahlian 02767092 yang menjadi Ahli sejak 9.1.1998.

Ketegasan UMNO dan Perjuangan STAR Serta SAPP Adalah Palsu. 

Entri asal ini bertarikh 08hb July 2016 . Tapi entry ini mampu menjawab kenyataan terbaru Anifah Aman yang mempertahankan kerjasamanya dengan pemimpin pemimpin pembangkang, berhubung tuntutan perjanjian Malaysia, 1963. Dimana dalam masa yang sama Datuk Shafie Apdal merujuk pada tindakan yang dikenakan oleh UMNO ke atas Muhyiddin Yassin selepas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang sewaktu menandatangani deklarasi rakyat. Berbanding Anifah Aman walaupun jelas duduk satu meja dengan pembangkang.

Anifah Aman pada kenyataan terbarunya berpolemik, kononnya kerjasama itu untuk kepentingan masyarakat Sabah. Tapi kalau benar itu untuk kepentingan masyarakat Sabah kenapa tidak diusulkan di sidang DUN bagi mendapatkan restu? Baik kita lupakan saja persoalan ini, terlalu retorik.

Anifah Aman kena faham, persoalannya sekarang ialah bukan lagi soal matlamat atau tujuan tapi kerjasama dengan pembangkang itu sendiri, yang sebelum ini amat ditegah oleh UMNO. Tapi membisu bila dirinya yang melakukannya, kenapa?

Mengenai penafian Datuk Anifah Aman, kononnya Datuk Shafie Apdal telah menghina masyarakat Kimanis khususnya dan umumnya Sabah. Sebab hanya mengemukakan permohonan projek sebanyak RM 500 ribu, ini nanti kita ulas tapi itupun kita tengok keadaan. 😉

#politikbolos #sabahubah

Neo Kihampau Tohoh

Gambar yang membawa seribu makna pada politik UMNO yang sebelum ini banyak bertegas soal kesetiaan pada parti, jika tidak mereka akan dituduh sebagai penderhaka UMNO.

Lihat apa yang menimpa Datuk Seri Shafie Apdal, mantan Naib Presiden UMNO Malaysia. Di dakwa bersekongkol dengan pembangkang hanya kerana beliau tidak lagi sehaluan dengan Presiden UMNO Malaysia, Najib Razak yang terpalit dengan banyak skandal penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi?.

Dek kerana itu, satu demi satu pengaruh Datuk Seri Shafie Apdal di dalam UMNO cuba dihapuskan sehinggalah Datuk Seri Shafie mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO selepas keahlian UMNOnya digantung. Tanpa melalui proses keadilan yang tertulis dalam perlembagaan UMNO.

Tapi bagaimana pula dengan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman seperti mana gambar. Jelas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang STAR, Dr Jeffrey Kitingan bagi membincangkan kononnya 20 perkara yang mendapat sokongan daripada SAPP, Yong Teck Lee.

Tidakkah perbuatan itu mampu memperkasakan politik pembangkang dimana mereka mendapat kekebalan…

View original post 137 more words

Hutang Negara Bertambah Rakyat Yang Bayar.

image

Andai tuntutan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dimiliki oleh Abu Dhabi melalui Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London berjaya, maka pemerintah Malaysia akan dibebani oleh kewangan sebanyak RM 26.7 bilion atau AS$6.5 bilion!

Ertinya ekonomi Malaysia akan berada dalam situasi yang amat kritikal. Akibat bebanan hutang yang melampau dan ini akan menambah beban rakyat Malaysia yang sebelum ini disusahkan oleh GST.

Mahu tidak mahu rakyatlah yang akan bertanggungjawab bagi melunaskannya. Kalau bukan rakyat, siapa lagi.?
Jangan pula berlagak menunjuk temberang, kononnya tidak terlibat ya. Hemmm

Teringat cerita negara Greek. Mulanya ramainya yang kurang mempercayainya. Malah sempat menjadi modal politik menyebabkan pembangkang menjadi pemerintah tapi sayang pembangkang sendiri tidak berjaya memulihkan ekonomi yang semakin tenat. Setelah nyata, barulah rakyatnya terhegeh hegeh di tengah jalan, tersungkur layu di depan mesin ATM. Menangis macam budak hingusan. Terpaksa meminta bantuan dana dari kesatuan Eropah.

Tapi itulah, kerana ramai yang dunguk melihat parti UMNO melebihi masa depan negara hanya kerna mereka berkepentingan maka terpaksa kita turut bersikap “pandai” seperti mereka. Alahai

Apa lagi admin sedar dan tahu, pemerintah ini tidak akan mengakui kesalahan mereka, walau apapun yang terjadi. Kuasa tetap dipertahankan.

Walaubagaimanapun kalau krisis ini nyata telah melanda negara maka pada ketika itu harus ada pihak atau kumpulan besar yang mesti dipertanggungjawabkan. Jangan lagi bagi muka pada mereka, kerna mereka jelas adalah manusia manusia tidak bertanggungjawab, tidak memahami fungsi politik dalam erti kata yang sebenarnya.

Herdik mereka, sepuas yang mungkin. Apa lagi negara ini bukan milik mana mana pemimpin. Walaupun ada pihak yang mendakwa wang negara bukannya wang rakyat.

Ambil mu…….

Dr M Ambil Tindakan Mahkamah Keatas PM Najib Razak – 2.6

image

Hari ini 23hb Mach, Dr M telah mengambil tindakan mahkamah atau writ saman dan penyataan tuntutan terhad PM Najib Razak berkaitan dakwaan 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Walaupun sebelum ini Peguam Negara, Apandi telah memutuskan bahwa skandal dana 2.6 bilion bukannya satu jenayah tapi merupakan pemberian atau derma dari pihak luar oleh itu siasatan ke atas PM Najib Razak berkaitan 2.6 bilion di tutup atau dihentikan.

Minggu lepas, Majlis Peguam Negara menerusi ahlinya telah membuat undian usul agar Peguam Negara, Apandi dipecat dan telah mendapat kelulusan/kemenangan.

Di dalam Mahkamah nanti, terpaksalah PM Najib Razak  membuktikan secara detail dan benar dari mana datangnya dana 2.6 bilion dan apa yang berlaku pada dana berkenaan.

Pastinya perkembangan ini akan turut menarik perhatian portal antarabangsa WSJ. WSJ antara portal yang bertanggungjawab mendedahkan skandal 1MDB aka 2.6 bilion. Ertinya PM Najib Razak akan berhadapan dengan dua tekanan dari pihak Mahkamah dan WSJ.

Kita tunggu dan lihat apa kesannya tindakan ini terhadap Presiden UMNO Malaysia.

Kihampau Tohoh

Lebih Sebilion Masuk Akaun PM Najib Razak – WSJ

image

Tahu apa cerita terbaru dari WSJ berkenaan 1MDB.?

Menurut WSJ berdasarkan penemuan hasil siasatan antarabangsa. Mendapati sudah lebih dari USD 1 bilion dana dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak dan beratus juta USD lagi telah dikenal pasti.

Dapatan siasatan antarabangsa ini bertentangan dengan keputusan AG Apandi yang menutup kertas penyiasatan terhadap wang yang berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak, sebagai tidak ada unsur unsur penyelewengan sebab dana berkenaan berupa derma dari timur tengah.

Padan pun sebelum ini  Dr mencabar agar AG Apandi mengangkat sumpah mubahalah bagi membuktikan AG Apandi tidak tahu cerita sebenar berkaitan dana yang di masukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak dan merupakan derma dari keluarga di Raja Arab Saudi, Turki Bin Abdullah seperti yang dia ketahui.

Pada masa yang sama Dr M sendiri sanggup tampil mengangkat sumpah mubahalah kalau diminta untuk berbuat demikian. Bagi mengesahkan bahawa dakwaannya keatas akaun peribadi PM Najib Razak adalah benar, sama seperti yang dilaporkan oleh portal WSJ.

image

Sekarang ada tiga persoalan yang menjadi tanda tanya.

1. KENAPA WSJ TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG UNDANG.?

Adakah kerana Freedom of Speech yang diamalkan di Amerika seperti mana pendapat individu yang berkepentingan sebagai jentera tolol pro BN.

Memang budaya Freedom of Speech diamalkan di negara berkenaan. Tapi tidak bererti walaupun kenyataan itu berbau fitnah, pemfitnah (slanderer)tidak boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

Mereka ingat untuk apa, Mahkamah Sivil bersepah di bumi Amerika tu. Hemmm, pendapat tolol tidak masuk akal. 😕

2. KENAPA AG APANDI TIDAK BERANI MENYAHUT CABARAN Dr M.?

3. DAN KENAPA Dr M TIDAK DICABAR BALIK.?

Kihampau Tohoh