Najib Kekal BN Hancur.

image

Malaysiakini. Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat, hanya dengan pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan dapat memastikan BN akan kekal memerintah negeri jelapang padi itu.

Beliau berkata, pengunduran Najib yang juga presiden Umno itu dilihat perlu dibuat demi memastikan Kedah terus diperintah parti pemerintah memandangkan imej parti Melayu itu kini tercalar akibat skandal ahli parlimen Pekan tersebut.

“Kalau pimpinan dapat melalui proses transformasi, apa yang diharapkan rakyat dan ahli Umno itu akan selamatkan keadaan. Saya tak kata akan terus kalah, tapi kalau ada perubahan kepimpinan parti, kalau Najib undur sebelum pilihan raya umum ke-14, peluang untuk menang masih ada.

“Tapi kalau beliau masih menerajui parti sampai pilihan raya umum ke-14, maka saya tak yakin kita boleh menang (di Kedah).

“Yang menjejaskan imej parti ialah tak lain dan tak bukan ialah presiden parti sendiri,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di ibu negara.

Selain itu, ditanya peluang dan harapan beliau terhadap Kedah dalam pilihan raya umum akan datang, Mukhriz yang juga adalah ADUN Jerlun berkata beliau berharap agar negeri itu terus diterajui oleh BN.

Bagaimanapun, sekiranya tiada sebarang perubahan terhadap pucuk pimpinan berlaku, dikhuatiri peluang untuk terus kekal tipis memandangkan rakyat kini melihat politik yang melibatkan pemimpin Kedah sebagai satu penindasan, katanya.
“Buat masa ini, saya ingat peluang untuk kekal kerajaan (Kedah) agak tipis. Bukan kerana saya tidak lagi menteri besar atau pengerusi perhubungan tetapi kerana kerakusan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan yang kini dirasai rakyat Kedah serta menganggap satu penindasan.

“Jadi atas sebab itu mereka (rakyat) rasa bahawa Umno dan BN tak layak untuk terima sokongan rakyat.

Mukhriz dipecat sebagai menteri besar Kedah pada 3 Februari lalu dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau disingkirkan selepas krisis dua minggu yang bermula apabila Bashah mengumumkan bahawa Umno Kedah tidak lagi menyokong anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Mukhriz mendakwa beliau menjadi mangsa kerana Najib tidak senang dengannya kerana lantang mengkritik 1MDB seperti bapanya, Tun Dr Mahathatir Mohamad.

Selain Mukhriz, tutut menerima nasib seupa adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana dilihat tidak sehaluan dengan Najib terutama isu melibatkan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri serta 1MDB.

Ada benarnya mengenai apa yang disuarakan oleh Mukhriz diatas. Ini kerana sejak UMNO terpalit oleh perbuatan Presiden UMNO Malaysia yang terlibat dalam skandal 1MDB. Kepercayaan rakyat terhadap UMNO semakin hari semakin hilang. Di tambah oleh sikap pemimpin yang ada di sekeliling PM Najib Razak, tidak berusaha membetulkan keadaan malah mencipta cerita yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Sekejap derma, sekejap lagi pelaburan. Hakikatnya wang berbilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi PM Najib Razak berasal dari syarikat 1MDB yang dimasukkan oleh orang kedua atau ketiga seperti mana dakwaan portal WSJ. Tapi sehingga kini WSJ tidak menerima sebarang tekanan perundangan dari kerajaan Malaysia.

Ini adalah titik hitam buat UMNO, rakyat telah hilang kepercayaan. Kesannya bukan hanya di Kedah tapi di kubo kuat BN di seluruh negara.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s