Salleh Said Tidak Layak Diangkat Lebih Tinggi

image

Bila Salleh Said menyalahkan Dr M menyebabkan wawasan 2020 tidak tercapai. Baca petikan penuh dibawah :-

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad cuba meletakkan kesalahan beliau ke atas ‘bahu orang lain’ bagi menampakkan bahawa beliau tidak gagal terutama dalam Wawasan 2020.

Menerusi entri terbaharu di Blognya, Salleh berkata Mahathir sebelum ini yang mengatakan Malaysia tidak lagi dikagumi seperti mana sebelum ini dan ketika itu tiada siapa yang ragu dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

Salleh berkata, kesilapan itu dilakukan oleh Mahathir sendiri sejak dari awal pelaksanaan wawasan itu lagi kerana beliau gagal mengambil kira krisis kewangan apabila mencetuskan idea itu, sambil menambah, kesilapan itu membuatkan rancangan itu kini mustahil direalisasikan.
“Dr Mahathir tidak mengambil kira kemungkinan itu pada masa itu dan sedekad kemudian pada 1997, ia berlaku sekali lagi.

“Rancangan itu dicadangkan untuk satu keadaan yang ideal, tetapi 1986 dan 1997 membuktikan, tidak ada situasi yang boleh dikatakan keadaan yang ideal.

“Jadi, Wawasan 2020 tidak lagi mungkin terjadi. Jadi, dia mahu mencari seseorang untuk dipersalahkan, daripada menerima hakikat dia yang salah dan rancangannya itu tidak benar-benar boleh dilaksanakan,” katanya.
Mahathir sebelum ini pernah beberapa kali menyebut tentang kemungkinan Malaysia gagal merealisasikan Wawasan 2020, antaranya kerana kelemahan kepimpinan selain tidak meletakkan keutamaan wawasan itu pada tempatnya.

Ini menunjukkan Salleh Said bukannya pemimpin politik yang boleh di angkat ke tingkat yang lebih tinggi.

Itulah hasilnya pemimpin yang muncul dengan cara yang mudah, tidak akan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan yang sudah tentu sarat dengan pelbagai dugaan.

Bagi menafikan dakwaan terhadap pihaknya, mereka akan merujuk catatan lama. Menyebabkan perbezaan yang sepatutnya menguntungkan rakyat tidak berlaku. Tidak ada nilai tambah.

Pemimpin seperti ini akan menafikan dakwaan tanpa memikirkan ke logikannya. Hanya kerana mereka berada diatas landasan yang tidak sama semata-mata.

Mereka lupa, pada saat itu sebenarnya mereka sedang mengenepikan kepentingan rakyat.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s