Pecat Muhyiddin, Shafie Dan Mukhriz – Mykmu

image

Menurut Mykmu Blog pro BN, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam UMNO boleh membawa kepada perpecahan parti, sama seperti krisis yang berlaku pada 1987, kata sebuah laman web pro-Umno.

“Sekiranya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz tidak dipecat dari parti, berkemungkinan insiden Team A dan Team B yang berlaku pada 1987 akan berulang sekali lagi.

Kamu orang nampak tak, attitude jentera totok UMNO, tidak matang, mengarut, tidak jelas tapi berlagak pejuang tegar. Tidak ada strategi ampuh yang mampu mereka fikirkan selain adu domba tanpa sebab yang jelas bertujuan mencetuskan perpecahan di kalangan pemimpin UMNO. Lepas itu mereka tampil dengan tulisan tulisan sampah yang  retorik, menyalahkan sebelah pihak sebagai pihak yang wajar dihukum.

Kata mereka kekalnya Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz di dalam UMNO menyebabkan UMNO berpecah kepada dua kumpulan dan kalah di PRU akan datang. Kenyataan yang kabur dari pemikiran yang mengada ada. Alahai

Selama ini pemimpin mana yang telah membantu memperkasakan UMNO hingga UMNO dilihat sebagai parti yang kekal relevan.? Yang mana satu Tengku Adnan, Nazri Aziz, Azalina Othman, Hismuddidn atau Zahid Hamidi. Sedangkan ada dikalangan mereka dimana majoriti kemenangan di setiap kali pilihanraya semakin berkurangan. Yang mana satu. Apa yang mereka telah buat.?

Berbanding Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal terutamanya berkerja keras siang dan malam. Hampir semua kampung di pedalaman pernah beliau kunjungi. Sebab itulah beliau mendapat jolokan Menteri Kampung dari khususnya marhaen Sabah dan Sarawak.

Jangan buat tidak tahu, undi kemenangan BN datang dari luar masyarakat bandar.

Begitu juga dengan Mukhriz kerana kepimpinannya Kedah balik ke pangkuan BN.

Tidak terkecuali Muhyiddin, pemimpin UMNO yang cukup berpengalaman dikenali sebagai seorang agamawan. Sudah tentu pasti telah menyumbang banyak idea kemenangan kepada BN.

Jadi kenapa pula andai Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz kekal dalam UMNO akan merosakkan UMNO.? Atau si kumpulan totok berlagak pro Najib Razak yang merosakkan UMNO. Berpolitik macam rakyat Malaysia ini bodoh bodoh belaka.

Faktor perpecahan UMNO pada tahun 1987 hingga muncul dua Team, team A dan B tidak sama dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sekarang pucuk pimpinan UMNO mengenepikan pemimpin yang menyuarakan kelemahan atau kebenaran. Bukan soal kuasa yang direbut terutamanya dari pihak Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz. Mereka hanya ingin mengubat penyakit UMNO.

Tinggal lagi ada pemimpin UMNO itu sendiri yang mengambil kesempatan bertukar karakter sebagai kaki kipas, tikam belakang dan macam macam lagi, hanya kerana jawatan dan habuan. Kesannya UMNO dilihat tidak lagi relevan untuk diberikan sokongan. (kena ada perubahan yang drastik)

Benarlah dakwaan beberapa pihak, jentera rasmi maya UMNO sikit pun tidak membantu UMNO. Menambah rosak adalah. Kerna itulah artikel mereka tidak mendapat peduli. Bikin habis wang rakyat buat pembayar upah.

Kihampau Tohoh

Leave a comment