Masej Untuk Orang Johor, Kedah Dan Sabah – UMNO

image

Kata Anuar Musa, UMNO bersedia menghadapi PRU tanpa Muhyiddin.

Dan pastinya akan mencapai kemenangan.

Juga ada maksud yang tersirat, Muhyiddin Yassin bukan lagi calon BN di PRU yang akan datang.?

Juga, kalau mengikut kenyataan terbaru Nazri Aziz, MT. Seolah olah semua MT sependapat agar keahlian UMNO Muhyiddin, Shafie, Dr M dan Mukhriz dilucutkan.

Hebat politik UMNO, parti yang tidak ada disiplin. Cakap bergegar bab perlembagaan tapi cukup setakat itu. Macam undang undang rimba.

Kini pilihan ada di tangan ahli UMNO khususnya UMNO Johor dan Kedah. Tapi sebelum membuat ketetapan untuk meninggalkan UMNO. Buat sesuatu yang menggemparkan negara sekaligus mematangkan rakyat Malaysia.

Bangkitlah beramai ramai suarakan ketidakpuasan hati anda terhadap pentadbiran UMNO yang semakin menjengkelkan. Berteriak lah, bahwa UMNO bukan milik individu tapi milik semua masyarakat ramai dan ahli UMNO. Seperti halnya soal ke pertanggungjawaban keatas
masa depan negara, nasib negara ini tidak hanya terletak pada seorang individu atau satu satu parti tapi keseluruhannya rakyat Malaysia tidak mengira fahaman agama dan politik. Malah kalau diperhalusi ada ramai dari kalangan rakyat biasa yang lebih berhak terlibat dalam menentukan masa depan negara berbanding segelintir pemimpin UMNO terutamanya pemimpin “muda” . Entah dari mana asas perjuangan mereka, selain mulanya mengambil kesempatan yang berselindung di atas nama perjuangan UMNO. Tiba tiba terlibat menentukan nasib pemimpin atau negara.?

Berikan juga kefahaman, andai skandal sebesar 1MDB meletup di ambang PRU13, nescaya BN yang ada sekarang bertukar berstatus menjadi pembangkang yang sangat lemah (lihat Selangor tidak berkutip). Kerna itulah jangan senang senang menafikan kewujudan pemimpin UMNO yang terdahulu. Tanpa kebijaksanaan dan usaha keras mereka, tidak ada tu pusat pentadbiran Putrajaya yang terkenal seantaro dunia walaupun sarat dengan banyak dakwaan yang tidak menyenangkan. Begitu juga dengan polisi untuk kebaikan rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan pada waktu itu.

Ingatkan juga sanjungan yang diterima oleh UMNO sebagai parti yang berjasa kepada orang Melayu hingga menjadi senjata politik, kononnya Melayu tanpa UMNO akan binasa. Berpunca dari usaha keras kepimpinan yang terdahulu. Kalau di Sabah, Shafie Apdal antara individu yang yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah.

Perdana Menteri yang ada sekarang hanyalah meneruskan legacy kepimpinan UMNO, berbeza dengan Dr M menjadi master minds keatas pembangunan negara sekaligus menjadikan UMNO cukup dihargai.

Najib Razak sebagai Perdana Menteri belum lagi mencapai kejayaan yang mengharumkan nama UMNO, jauh sekali mengangkat tinggi nama Malaysia. Malah krisis yang terjadi ini berpunca dari kredibiliti Perdana Menteri yang dipersoalkan.

Jadi jangan suka suka terutamanya Setiausaha Agung UMNO dan ahli Majlis Tertinggi membuat keputusan yang menafikan jasa orang lain. Kurang bertamadun namanya.

Ingat balik kronologi pengorbanan Dr M, Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz sebelum dan selepas disingkirkan dari politik UMNO, apa yang mereka mahu selamatkan dan diselamatkan daripada siapa.?

Orang Johor ada telur .?

Orang Kedah ada telur.?

Orang Sabah ada telur.?

(Orang Malaysia ada berani)

Jangan perjuangkan orang yang tidak menghargai perjuangan.

Kihampau Tohoh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s