Salleh Dan MIC Ketandusan Idea – WSJ 

Merujuk kandungan terbaru Blog Menteri Komunikasi Malaysia seperti mana laporan portal Malaysiakini dan Sinarharian. Kenyataan Menteri itu sangat segar, tidak pernah dinyatakan oleh mana mana makhluk di dunia ini. Iya lah sangat. (admin menyakat kenyataan Menteri berkenaan sebab dia cakap WSJ ketandusan idea atau tidak segar idea)

Admin tidak mahu menyentuh kenyataan nakal Salleh Said yang meminta supaya WSJ bersedia dengan calon mereka untuk turut bertanding di pilihanraya yang akan datang. Kerna kenyataan seumpama ini berbunyi kebudak budakan walaupun disengajakan.

Tapi apa yang diterbalikkan oleh Menteri Komunikasi, berhubung dakwaan konsisten WSJ keatas PM Najib Razak yang dianggap dikitar semula.

Kawan kawan WSJ tidak pernah ketandusan berita. Setiap hari portal yang tersohor itu memuatkan berita semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Yang menjadi masalah kepada WSJ, apabila dakwaan rasmi mereka keatas PM Najib Razak dianggap fitnah. Walhal DOJ atau FBI mengambil perhatian penuh. Hasilnya Jho Low dan anak tiri PM Najib Razak berjaya diheret ke muka pengadilan Amerika untuk dibicarakan.

Malah baru baru ini WSJ tampil dengan dakwaan terbaru mereka. Didapati isteri Perdana Menteri Malaysia telah berbelanja sakan. Usd6 juta untuk pakaian, kasut dan barangan dalam tempoh tujuh tahun, berdasarkan dokumen yang ada kaitannya dengan 1mdb.

Jadi tentang mana WSJ kehabisan modal berita?

Sebagai portal antarabangsa, mereka tidak mahu berita yang mereka sebarkan dianggap fitnah atau tin kosong, nanti menjejaskan kredibilit. Prinsip kewartawanan seperti ini perlu diketahui oleh Salleh. Jangan macam ahli politik dari MIC, S Vell Paari menyamakan WSJ dengan kumpulan pengganas hanya kerana portal itu mendedahkan penyelewengan di dalam 1mdb yang melibatkan PM Najib Razak dan isterinya. Sedangkan lama sebelum rakyat Malaysia mengenali WSJ, telah ada portal atau Blog dari dalam dan luar negara yakni Sarawak Report dan Edge Daily yang melaporkan salahguna kuasa di dalam 1mdb dimana selepas itu berlaku krisis dalaman dikalangan pemimpin pemimpin utama UMNO. Tapi tidak kita mendengar suara suara sumbang kalau dua sumber berita itu adalah kumpulan pengganas.

Hakikatnya Kementerian Komunikasi dan macai macainya yang ketandusan idea bukannya WSJ atau saja rakyat Malaysia. 😉

Leave a comment