Salleh Dan MIC Ketandusan Idea – WSJย 

Merujuk kandungan terbaru Blog Menteri Komunikasi Malaysia seperti mana laporan portal Malaysiakini dan Sinarharian. Kenyataan Menteri itu sangat segar, tidak pernah dinyatakan oleh mana mana makhluk di dunia ini. Iya lah sangat. (admin menyakat kenyataan Menteri berkenaan sebab dia cakap WSJ ketandusan idea atau tidak segar idea)

Admin tidak mahu menyentuh kenyataan nakal Salleh Said yang meminta supaya WSJ bersedia dengan calon mereka untuk turut bertanding di pilihanraya yang akan datang. Kerna kenyataan seumpama ini berbunyi kebudak budakan walaupun disengajakan.

Tapi apa yang diterbalikkan oleh Menteri Komunikasi, berhubung dakwaan konsisten WSJ keatas PM Najib Razak yang dianggap dikitar semula.

Kawan kawan WSJ tidak pernah ketandusan berita. Setiap hari portal yang tersohor itu memuatkan berita semasa yang berlaku di seluruh dunia.

Yang menjadi masalah kepada WSJ, apabila dakwaan rasmi mereka keatas PM Najib Razak dianggap fitnah. Walhal DOJ atau FBI mengambil perhatian penuh. Hasilnya Jho Low dan anak tiri PM Najib Razak berjaya diheret ke muka pengadilan Amerika untuk dibicarakan.

Malah baru baru ini WSJ tampil dengan dakwaan terbaru mereka. Didapati isteri Perdana Menteri Malaysia telah berbelanja sakan. Usd6 juta untuk pakaian, kasut dan barangan dalam tempoh tujuh tahun, berdasarkan dokumen yang ada kaitannya dengan 1mdb.

Jadi tentang mana WSJ kehabisan modal berita?

Sebagai portal antarabangsa, mereka tidak mahu berita yang mereka sebarkan dianggap fitnah atau tin kosong, nanti menjejaskan kredibilit. Prinsip kewartawanan seperti ini perlu diketahui oleh Salleh. Jangan macam ahli politik dari MIC, S Vell Paari menyamakan WSJ dengan kumpulan pengganas hanya kerana portal itu mendedahkan penyelewengan di dalam 1mdb yang melibatkan PM Najib Razak dan isterinya. Sedangkan lama sebelum rakyat Malaysia mengenali WSJ, telah ada portal atau Blog dari dalam dan luar negara yakni Sarawak Report dan Edge Daily yang melaporkan salahguna kuasa di dalam 1mdb dimana selepas itu berlaku krisis dalaman dikalangan pemimpin pemimpin utama UMNO. Tapi tidak kita mendengar suara suara sumbang kalau dua sumber berita itu adalah kumpulan pengganas.

Hakikatnya Kementerian Komunikasi dan macai macainya yang ketandusan idea bukannya WSJ atau saja rakyat Malaysia. ๐Ÿ˜‰

Advertisements

Pendaftaran Terbuka Menjadi Ahli PPBM/Bersatu

Hari ini pendapatan terbuka menjadi ahli parti PPBM atau Bersatu telah dibuka secara rasminya seperti ketetapan dibawah. Terlakarlah selepas ini babak  PPBM di dalam mencorakkan politik Malaysia. 
Selamat menjadi ahli PPBM aka Bersatu. 

*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA *(PPBM/PR/003/16)*

1. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara โ€˜walk-inโ€™ boleh hadir sepertimana ketetapan di bawah :-

Alamat :

*Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.*

GPS Location : 3.149168,101.652041
(Atas Restoran Chef & Brew)

Masa :

*11.00 pagi โ€“ 4.00 petang*
*(Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)*

2. Untuk makluman, Yuran-yuran Keahlian adalah seperti berikut :-

*Yuran Pendaftaran โ€“ RM2.00*

*Ahli Biasa โ€“ RM2.00 setahun*
*Ahli Biasa Seumur Hidup โ€“ RM100.00*

*Ahli Bersekutu โ€“ RM2.00 setahun*
*Ahli Bersekutu Seumur Hidup โ€“ RM100.00*

*Kad Keahlian โ€“ RM10.00 (Opsyenal)*

3. Sila bawa salinan kad pengenalan.

4. Nama-nama Penyelaras Pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan *DALAM MASA TERDEKAT*. Bagi penduduk di luar Lembah Kelang yang ingin mendaftar boleh berhubung dengan Penyelaras Pendaftaran Negeri masing-masing.

5. Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.

Sekian. Terima kasih.

Masalah Air Macam Di Negara Miskin Yang Baru Merdekaย 

Ini mungkin tidak ada kebenarannya sebab berlaku di daerah yang diperintah oleh BN, apa lagi Ybnya bertaraf Menteri penuh. ๐Ÿ˜‰

Sebelum ini protes yang sama berlaku di Kampung Pirasan, Kota Belud. Terkini di Kuala Penyu, Sabah. Walaubagaimana pun sehingga hari ini protes tinggal protes, belum pun ada jalan penyelesaiannya. Cerita kosong adalah.

Itulah jangan hanya sibuk mempertahankan UMNO. Sedang keperluan asas pengundi atau komuniti setempat belum berjaya disediakan. Walhal Sabah adalah simpanan tetap BN sejak sekian lama. Bikin lucu kan, lucu pada pandangan masyarakat dan sepatutnya mengaibkan mana mana Yb DUN dimana kawasan mereka ada masalah seperti ini.

Sekarang orang Sabah kena berfikir dua kali, sama ada ingin meneruskan sokongan pada UMNO/BN atau beralih kepada parti parti tempatan atau saja mana mana parti bukan kerajaan dari Semenanjung. Kerana persoalan yang melibatkan keperluan asas seperti ini, tidak sepatutnya berlaku, memandangkan Sabah adalah antara negeri yang paling kaya di Malaysia dan selama ini anda adalah pengundi totok UMNO atau BN.

Harus sedar, ertinya sokongan kemenangan yang kamu berikan selama ini hanya menguntungkan kumpulan tertentu yang terdiri dari kroni kroni BN. Kamu masyarakat marhaen atau bawah, nah ini yang kamu dapat anda diurus macam lembu peliharaan.

Jangan sampai kesulitan yang admin angkat seperti ini, hanya akan menguntungkan penyokong penyokong hipokrit UMNO. Andai anda tidak mengambil keputusan untuk menolak UMNO di PRU yang akan datang. Ini kerana kalau selepas ini masalah air seperti ini diselesaikan melalui perlaksanaan projek projek mega, sudah tentu kontraktornya terdiri daripada kroni dan anda tidak ubah seperti ayam kampung yang hanya diberi makan dedak. Adapun punca kepada kesulitan rakyat yakni pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab terus berkuasa. Jadi sampai bila anda perlu menggonggong supaya hak diletakkan pada tempatnya?

#politikbolos #sabahubah

Cabar UMNO Bukan Hanya Menterinya – MCA

Menarik juga cabaran Setiausaha Agung MCA Leong Kim Soon tu ya.

MCA mencabar pemimpin samseng tahi kucing, Nazri Aziz supaya pada PRU yang datang bertanding atas tiket Bebas. Mahu ditengok sejauh mana karisma kepimpinannya, adakah selama ini bergantung pada kepimpinannya atau menumpang tuah UMNO yang berjaya memanipulasi akal fikir orang Melayu. Dan kalau pun tersungkur pintu BN sentiasa terbuka untuk pemimpin seperti dia.

Sebelum ini telah berlaku pergeseran diantara MCA dan pemimpin UMNO, Nazri Aziz. Dimana Nazri Aziz menidakkan kemampuan MCA sebagai kompenan BN. Maksudnya kalau pun MCA tidak lagi bersama UMNO, ia tidak merugikan UMNO. Bagi menyahut kenyataan keras sebelum ini dari Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker yang mendakwa UMNO hanyalah jaguh kampung yang tidak mementingkan pengundi atau masyarakat bandar. Menyebabkan BN atau MCA terus dilupakan.

Hakikatnya apa yang dinyatakannya oleh Ti Lian Ker memang ada kebenarannya dan harus diakui oleh MCA. Tanpa undi masyarakat luar bandar sudah lama BN menjadi pembangkang. Peliknya walaupun masyarakat luar adalah penentu kepada kemenangan BN tapi pada realitinya masyarakat luar bandar masih jauh ketinggalan berbanding masyarakat bandar.

Pun begitu setiap tahun peruntukan perbelanjaan untuk luar bandar agak siput berbanding kawasan bandar. Pelik bukan, sama ada UMNO atau masyarakat luar bandar ni, mereka sedar mereka siapa tapi cukup setakat itu. Ngam jugalah MCA bercakap pasal ini, biar orang kampung sedar diri.

Lain kali bukan hanya tubuh Menteri itu yang kamu cabar tapi organisasi UMNO itu sendiri. Cabar UMNO supaya bertanding dengan menggunakan lambang UMNO dan bukannya BN (dacing). Kita tengok boleh bertahan kah tidak. ๐Ÿ˜‰

#politikbolos

Jalan Bengkok Diatas Jambatan Yang Lurus – 1MDB (Husni)ย 

Kawan kawan tahukah menurut bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah. Ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat.

Kerajaan Malaysia terpaksa membayar bunga hutang sebanyak RM2.7 bilion setahun berasaskan jumlah hutang terkumpul 1MDB yang mencecah RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu.

Akibat perkara yang tidak masuk akal inilah, setahun selepas itu Ahmad Husni Hanadzlah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua dan semua jawatan di dalam UMNO. Dan kalau kita hayati penyebab dan keluhannya sebelum meletakkan jawatan dimana seolah olah tidak ada tempat di dunia ini untuk melaksanakan kerja dengan jujur. Dengan kata lain syarikat 1mdb yang diselia dibawah Kementerian Kewangan sarat dengan arahan salahguna kuasa. Seolah olah anda berjalan bengkok diatas jambatan yang yang lurus, bila bila masa anda terjatuh ke dalam gaung.

Dan Kawan kawan, kalau kita hubung kaitkan hutang berbilion ini dengan anda sebagai rakyat Malaysia. Sebenarnya hutang itu adalah hutang anda dan anda sama sekali tidak boleh mengelak. Bagaimana mungkin anda boleh lari sedangkan bayi dalam kandungan pun, tidak terkecuali dari hutang ini.

Cara bagaimana pemerintah mengutip hutang itu daripada anda ialah melalui perlaksanaan GST, penarikan balik subsidi dan melalui jabatan jabatan kerajaan yang memperkenalkan pengurusan yang berbayar dan banyak lagi.

Dan kawan kawan tahukah perkara yang tersirat disebalik cadangan terbaru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Noh Omar. Bahawa mana mana pihak yang berminat dan berkemampuan memberi pinjaman perumahan kepada rakyat Malaysia maka mereka boleh membuat permohonan. Menunjukkan ekonomi Malaysia sedang gawat akibat bebanan hutang 1MDB dan hutang tertentu. Yang mana sebahagian kutipan dari semua sumber asas negara digunakan untuk membayar bunga hutang 1MDB, bakinya barulah digunakan untuk menjalankan operasi pentadbiran negara. Kerana itulah tauke tauke Kaya diundang sebagai alternatif kepada keluhan rakyat.

Kawan kawan, hutang RM42 bilion ini datang pinjaman 1mdb. Belum lagi hutang tertentu yang terpaksa dibuat bagi menampung plan pembangunan dan operasi. Dan kalau hutang hutang itu dijumlahkan, hutang negara telah mencecah lebih dari RM656 bilion.

Soalnya, bila agaknya hutang sebanyak ini akan berjaya dilangsaikan, sedangkan negara hanya bergantung pada sumber asas yang sedia ada? Kalau menjual sebahagian khazanah negara mungkin ada cerita.

Jadi dimasa yang akan datang, bagaimana agaknya nasib diri dan anak cucu kita ya?

Syor Minta Menteri Pertahanan Malaysia Meletakkan Jawatan – Penculikan


Berbalik pada insiden penculikan yang berlaku pada malam semalam yakni pada  11hb September 2016 sekitar jam 10.40pm di perairan Pom Pom, Semporna.

Insiden kali ini melibatkan tiga korban terdiri dari juragan, mekanik dan krew kapal ikan aka kulibu.

Sedihnya semasa kejadian, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Hissamuddin sedang berada di Tawau, Sabah bagi merasmikan mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Tawau/Kalabakan 2016. 

Isunya sejak Datuk Hissamuddin memegang portfolio Kementerian Pertahanan sudah berlaku beberapa  insiden penculikan khususnya di pantai timur Sabah. Walaupun tidak lama sebelum kejadian ini mereka telah memperkenalkan pelbagai jalan penyelesaian. Tapi masih menemui jalan buntu. 

Ironinya kalau senario seperti ini berlaku di negara negara maju seperti Jepun dan Korea sudah lama Menteri yang terbabit meletakkan jawatan. Masih ingat lagi tak, berita tragedi feri persiaran yang terlanggar terumbu karang hingga mengorbankan 300 mangsa dan beberapa lagi yang hilang. Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won secara rela meletakkan jawatan. Katanya, “Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini”

Tapi di Malaysia, masih ada peluang bagi menghalang insiden penculikan dari berulang tapi masih gagal malah terus diberikan kepercayaan. ๐Ÿ˜‰ 

Baik, kalau tidak mampu menghentikan kekalutan ini walaupun selepas  berbelanja ratusan juta melalui Esscom, maka ada baiknya Menteri Pertahanan Malaysia meletakkan jawatan. Kalau tidak sanggup, mari kita balik ke era pemerintahan British dimana setiap Kampung dibekalkan senjata api yang diselia oleh Ketua Kampung yang berkelayakan. Kalau tidak boleh juga menerima dua cadangan diatas apa kata bubarkan saja Parlimen dan DUN dan adakan pilihanraya umum, kita cari parti yang lebih layak menjadi pemerintah. 

Sabah ni cukup malang, dua portfolio yang bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat Sabah telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Seorang Menteri Pertahanan Malaysia,  seorang lagi Ketua Menteri Sabah, selaku Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Oleh itu bukan saja Menteri Pertahanan yang wajar meletakkan jawatan secara rela tapi juga Ketua Menteri Sabah. Apa macam? 

Insiden Culik Terbaru Di Pom Pom, Semporna.ย 

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi.

“Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya.- Bernama

Sudah berulang kali kejadian seperti ini berlaku dalam masa yang sama kita, secara peribadinya admin menyeru pada masyarakat Sabah, agar ada pihak yang wajar dipertanggungjawabkan ekoran ketidakhormian di negeri Sabah. Khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Di Sabah individu yang layak dipertanggungjawabkan ialah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yakni Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Bukan bermakna dengan ini kita membenci keperibadian Musa Aman tapi apa yang berlaku hingga menyulitkan masyarakat harus dicari jalan penyelesaiannya. Bukan lain yang gatal lain yang digaru. Hemmm

Nah tengok sekarang, apa yang berlaku. Jangan malah mengundang kejadian yang tidak diingini, ini kerana kalau orang sudah kelaparan mereka sanggup berbuat apa saja. Maksud admin jalan penyelesaian yang diperkenalkan oleh Esscom dan Ketua Menteri Sabah tu, adakah patut penggunaan enjin pam bot diharamkan pada nelayan yang rata ratanya miskin. Lepas itu kawasan atau laut yang dibenarkan pada nelayan bagi mencari sesuap nasi pula dibataskan. Jadi kalau nelayan itu tidak berkeupayaan, mereka nanti makan apa?

Itulah lain kali, biar cerdik. Letakkan Tuhan di hadapan sebelum membuat keputusan.