Taktik Kotor UMNO Mempertahankan Kemenangan Pilihanraya  

Admin tertarik dengan penjelasan ini kerana ia luar dari pemahaman admin dan mungkin juga pembaca. Sebelum ini admin berpendapat yang dimaksudkan dengan sistem yang dimanipulasi ialah
hanya menjurus kepada akta semata-mata dimana akta itu dimanipulasi hingga masyarakat tidak tahu bagaimana prosesnya tapi dalam diam ia sudah terjadi dan tampak benar berdasarkan perlembagaan yang telah terlebih dahulu digubal.

Seperti contoh, imuniti pada agensi dan pemimpin pemimpin kerajaan. Dimana kesalahan mereka dilindungi dan tidak ada pihak boleh mendakwa mereka. Kecuali bila kesalahan itu melibatkan musuh mereka.

Berbeza dengan apa yang digambarkan berdasarkan gambar rajah ini, menunjukkan bagaimana sistem diperlakukan secara halus. Kawasan mengundi yang dikuasai oleh parti bukan kerajaan atau pembangkang dipecahkan menjadi blok blok kecil. Menyebabkan kekuatan pembangkang berkurangan dengan demikian UMNO mudah mendapat kemenangan, memandangkan kemenangan kerusi di Malaysia menggunapakai kiraan yang dipanggil First Past The Post dan bukannya Proposal Representation seperti di negara negara maju. 

Seperti juga halnya dengan taktik mengkaji persempadanan semula dengan menambah DUN atau Parlimen di daerah daerah yang telah dikenal pasti, tujuannya untuk mengukuhkan kemenangan UMNO. Hemmm

Nampak tak tipu muslihat UMNO, cukup licik demi kuasa yang perlu dipertahankan. Pada mereka taktik ini bukannya satu penipuan tapi sebahagian daripada usaha memperkasa SPR atau demokrasi, kepala otak. Hemmm

UMNO sedar, mereka tidaklah kuat mana sebab itulah mereka terpaksa mencari jalan supaya penipuan boleh dilakukan. Dek kerana itu kita rakyat Malaysia kena sedar dan bangkit dengan menyokong parti parti bukan kerajaan supaya tidak ada lagi kawasan yang boleh dimanipulasi atau diputihkan.

Tapi kalau selepas itu pun UMNO tetap mendapat kemenangan, bolehlah rakyat Malaysia keluar dengan beraninya di tengah jalan bagi menuntut keadilan. 

#politikbolos #sabahubah

Ucapan Kemerdekaan Malaysia, PM Najib Razak Macam Di Bilik Darjah 

PM Najib Razak berucap dari Bintulu sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tapi intipati ucapannya macam kita berada di bilik darjah sekolah rendah.

PM Najib Razak menebalkan mukanya bila bercakap soal perpaduan di hadapan masyarakat Sarawak. Hakikatnya dia tahu berdekad masyarakat Sarawak hidup rukun damai walaupun hidup dalam pelbagai suku kaum. Bukan macam slogan 1Malaysia, semakin hari semakin memecah belahkan perpaduan kaum kerana terlalu mementingkan politik.

PM Najib Razak juga menyentuh soal keselamatan orang Sarawak sebelum dan selepas merdeka. Tapi dia lupa insiden penculikan di perairan Sabah hingga melibatkan orang Sarawak sebagai tebusan. Menunjukkan dia gagal menjaga keselamatan masyarakat Sabah dan Sarawak. 😉

Dan yang menggelikan hati, apa bila dia bercakap soal pembangunan dan kewangan, kononnya selama ini dana yang digunakan untuk membangun negeri negeri, khususnya Sarawak datang dari kemurahan hati Federal. Macam saja orang tidak tahu, bukannya Federal ada sumber alam yang banyak seperti mana Sarawak dan Sabah.

PM Najib Razak ni memang dari spesis yang tidak tebal muka ya?

Kita mohon pada Ketua Menteri Sarawak supaya selepas ini agar lebih lantang mengkritik pentadbiran PM Najib Razak khususnya dari konteks kepentingan masyarakat Sarawak dan hubungannya dengan perjanjian 1963. Memandangkan dalam ucapan PM tadi, tampak tidak membesarkan Datuk Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak. Mungkin marah pada Adenan Satem sebab lantang mempersoal kepentingan orang Sarawak.

Bukan macam Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Lihat saja kenyataan Ketua Menteri Sabah bila diminta mengulas perihal keberadaan Sabah di dalam Malaysia. Asyik asyik bercakap soal pembangunan, seolah olah sangat berpuas hati, tidak pun menyentuh perjanjian 1963. Berbanding Ketua Menteri Sarawak, bercakap soal pembangunan tapi tetap mempersoal perlaksanaan perjanjian 1963 yang belum dipenuhi.

#politikbolos #sabahubah

Dr M telah menghadap Agong – Deklarasi Rakyat 

Dikhabarkan kelmarin Dr M telah menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan memorandum deklarasi rakyat.

Umum tahu tujuan memorandum deklarasi rakyat adalah untuk mendesak PM Najib Razak supaya berundur secara terhormat akibat keterlibatannya dalan aktiviti penyelewengan di dalam 1mdb.

Kita juga tahu majoriti rakyat Malaysia berpendapat PM Najib Razak sah terpalit dengan skandal 1mdb. Tapi bagaimana pula andai Agong mendapati PM Najib Razak tidak terlibat dan tidak perlu berundur. Apa yang rakyat Malaysia boleh buat?

Makanya Sabah tidak ada Sultan, sebab Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Tinggal lagi sayang seribu kali sayang orang Sabah tidak mampu melihatnya dari kotak politik, yang hanya ditahu ialah UMNO sebagai sistem. Sedangkan UMNO sendiri terpaksa “mengelirukan” Agong (sistem) demi survival politik mereka. Nah apa lagi anda yang dikategorikan dalam kelas kedua atau ketiga. Kesian

Jangan pula SOSMAkan saya, kritikan ini bukan ditujukan pada Agong pun tapi rakyat Malaysia umumnya dan khususnya masyarakat Sabah. Biar mereka sedar dimana hak mereka. 😎 

Pendaftaran Terbuka Menjadi Ahli PPBM/Bersatu

Hari ini pendapatan terbuka menjadi ahli parti PPBM atau Bersatu telah dibuka secara rasminya seperti ketetapan dibawah. Terlakarlah selepas ini babak  PPBM di dalam mencorakkan politik Malaysia. 
Selamat menjadi ahli PPBM aka Bersatu. 

*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA *(PPBM/PR/003/16)*

1. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara ‘walk-in’ boleh hadir sepertimana ketetapan di bawah :-

Alamat :

*Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.*

GPS Location : 3.149168,101.652041
(Atas Restoran Chef & Brew)

Masa :

*11.00 pagi – 4.00 petang*
*(Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)*

2. Untuk makluman, Yuran-yuran Keahlian adalah seperti berikut :-

*Yuran Pendaftaran – RM2.00*

*Ahli Biasa – RM2.00 setahun*
*Ahli Biasa Seumur Hidup – RM100.00*

*Ahli Bersekutu – RM2.00 setahun*
*Ahli Bersekutu Seumur Hidup – RM100.00*

*Kad Keahlian – RM10.00 (Opsyenal)*

3. Sila bawa salinan kad pengenalan.

4. Nama-nama Penyelaras Pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan *DALAM MASA TERDEKAT*. Bagi penduduk di luar Lembah Kelang yang ingin mendaftar boleh berhubung dengan Penyelaras Pendaftaran Negeri masing-masing.

5. Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.

Sekian. Terima kasih.

Masalah Air Macam Di Negara Miskin Yang Baru Merdeka 

Ini mungkin tidak ada kebenarannya sebab berlaku di daerah yang diperintah oleh BN, apa lagi Ybnya bertaraf Menteri penuh. 😉

Sebelum ini protes yang sama berlaku di Kampung Pirasan, Kota Belud. Terkini di Kuala Penyu, Sabah. Walaubagaimana pun sehingga hari ini protes tinggal protes, belum pun ada jalan penyelesaiannya. Cerita kosong adalah.

Itulah jangan hanya sibuk mempertahankan UMNO. Sedang keperluan asas pengundi atau komuniti setempat belum berjaya disediakan. Walhal Sabah adalah simpanan tetap BN sejak sekian lama. Bikin lucu kan, lucu pada pandangan masyarakat dan sepatutnya mengaibkan mana mana Yb DUN dimana kawasan mereka ada masalah seperti ini.

Sekarang orang Sabah kena berfikir dua kali, sama ada ingin meneruskan sokongan pada UMNO/BN atau beralih kepada parti parti tempatan atau saja mana mana parti bukan kerajaan dari Semenanjung. Kerana persoalan yang melibatkan keperluan asas seperti ini, tidak sepatutnya berlaku, memandangkan Sabah adalah antara negeri yang paling kaya di Malaysia dan selama ini anda adalah pengundi totok UMNO atau BN.

Harus sedar, ertinya sokongan kemenangan yang kamu berikan selama ini hanya menguntungkan kumpulan tertentu yang terdiri dari kroni kroni BN. Kamu masyarakat marhaen atau bawah, nah ini yang kamu dapat anda diurus macam lembu peliharaan.

Jangan sampai kesulitan yang admin angkat seperti ini, hanya akan menguntungkan penyokong penyokong hipokrit UMNO. Andai anda tidak mengambil keputusan untuk menolak UMNO di PRU yang akan datang. Ini kerana kalau selepas ini masalah air seperti ini diselesaikan melalui perlaksanaan projek projek mega, sudah tentu kontraktornya terdiri daripada kroni dan anda tidak ubah seperti ayam kampung yang hanya diberi makan dedak. Adapun punca kepada kesulitan rakyat yakni pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab terus berkuasa. Jadi sampai bila anda perlu menggonggong supaya hak diletakkan pada tempatnya?

#politikbolos #sabahubah

Syor Minta Menteri Pertahanan Malaysia Meletakkan Jawatan – Penculikan


Berbalik pada insiden penculikan yang berlaku pada malam semalam yakni pada  11hb September 2016 sekitar jam 10.40pm di perairan Pom Pom, Semporna.

Insiden kali ini melibatkan tiga korban terdiri dari juragan, mekanik dan krew kapal ikan aka kulibu.

Sedihnya semasa kejadian, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Hissamuddin sedang berada di Tawau, Sabah bagi merasmikan mesyuarat persidangan perwakilan UMNO Tawau/Kalabakan 2016. 

Isunya sejak Datuk Hissamuddin memegang portfolio Kementerian Pertahanan sudah berlaku beberapa  insiden penculikan khususnya di pantai timur Sabah. Walaupun tidak lama sebelum kejadian ini mereka telah memperkenalkan pelbagai jalan penyelesaian. Tapi masih menemui jalan buntu. 

Ironinya kalau senario seperti ini berlaku di negara negara maju seperti Jepun dan Korea sudah lama Menteri yang terbabit meletakkan jawatan. Masih ingat lagi tak, berita tragedi feri persiaran yang terlanggar terumbu karang hingga mengorbankan 300 mangsa dan beberapa lagi yang hilang. Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won secara rela meletakkan jawatan. Katanya, “Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini”

Tapi di Malaysia, masih ada peluang bagi menghalang insiden penculikan dari berulang tapi masih gagal malah terus diberikan kepercayaan. 😉 

Baik, kalau tidak mampu menghentikan kekalutan ini walaupun selepas  berbelanja ratusan juta melalui Esscom, maka ada baiknya Menteri Pertahanan Malaysia meletakkan jawatan. Kalau tidak sanggup, mari kita balik ke era pemerintahan British dimana setiap Kampung dibekalkan senjata api yang diselia oleh Ketua Kampung yang berkelayakan. Kalau tidak boleh juga menerima dua cadangan diatas apa kata bubarkan saja Parlimen dan DUN dan adakan pilihanraya umum, kita cari parti yang lebih layak menjadi pemerintah. 

Sabah ni cukup malang, dua portfolio yang bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat Sabah telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Seorang Menteri Pertahanan Malaysia,  seorang lagi Ketua Menteri Sabah, selaku Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah. Oleh itu bukan saja Menteri Pertahanan yang wajar meletakkan jawatan secara rela tapi juga Ketua Menteri Sabah. Apa macam? 

Insiden Culik Terbaru Di Pom Pom, Semporna. 

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna malam tadi.

Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi.

“Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya.- Bernama

Sudah berulang kali kejadian seperti ini berlaku dalam masa yang sama kita, secara peribadinya admin menyeru pada masyarakat Sabah, agar ada pihak yang wajar dipertanggungjawabkan ekoran ketidakhormian di negeri Sabah. Khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Di Sabah individu yang layak dipertanggungjawabkan ialah Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah yakni Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Bukan bermakna dengan ini kita membenci keperibadian Musa Aman tapi apa yang berlaku hingga menyulitkan masyarakat harus dicari jalan penyelesaiannya. Bukan lain yang gatal lain yang digaru. Hemmm

Nah tengok sekarang, apa yang berlaku. Jangan malah mengundang kejadian yang tidak diingini, ini kerana kalau orang sudah kelaparan mereka sanggup berbuat apa saja. Maksud admin jalan penyelesaian yang diperkenalkan oleh Esscom dan Ketua Menteri Sabah tu, adakah patut penggunaan enjin pam bot diharamkan pada nelayan yang rata ratanya miskin. Lepas itu kawasan atau laut yang dibenarkan pada nelayan bagi mencari sesuap nasi pula dibataskan. Jadi kalau nelayan itu tidak berkeupayaan, mereka nanti makan apa?

Itulah lain kali, biar cerdik. Letakkan Tuhan di hadapan sebelum membuat keputusan.