Dr M telah menghadap Agong – Deklarasi Rakyat 

Dikhabarkan kelmarin Dr M telah menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan memorandum deklarasi rakyat.

Umum tahu tujuan memorandum deklarasi rakyat adalah untuk mendesak PM Najib Razak supaya berundur secara terhormat akibat keterlibatannya dalan aktiviti penyelewengan di dalam 1mdb.

Kita juga tahu majoriti rakyat Malaysia berpendapat PM Najib Razak sah terpalit dengan skandal 1mdb. Tapi bagaimana pula andai Agong mendapati PM Najib Razak tidak terlibat dan tidak perlu berundur. Apa yang rakyat Malaysia boleh buat?

Makanya Sabah tidak ada Sultan, sebab Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Tinggal lagi sayang seribu kali sayang orang Sabah tidak mampu melihatnya dari kotak politik, yang hanya ditahu ialah UMNO sebagai sistem. Sedangkan UMNO sendiri terpaksa “mengelirukan” Agong (sistem) demi survival politik mereka. Nah apa lagi anda yang dikategorikan dalam kelas kedua atau ketiga. Kesian

Jangan pula SOSMAkan saya, kritikan ini bukan ditujukan pada Agong pun tapi rakyat Malaysia umumnya dan khususnya masyarakat Sabah. Biar mereka sedar dimana hak mereka. 😎 

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar Pemanas Dan Kayu Ukur.

image

PRK kali ini merupakan kayu ukur kepada kualiti akal dan prinsip rakyat Malaysia yang diwakilkan pada masyarakat atau pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PRK ini juga bukan sekadar kayu ukur kepada kepimpinan PM Najib Razak yang  tercalar tapi lebih daripada itu, seperti dakwaan pihak tertentu, kemenangan BN di PRK kali ini akan menutup semua skandal yang menyelubungi PM Najib Razak selaku Presiden UMNO, sebelum berhadapan dengan PRU14 yang akan datang.

Apa lagi PRK ini berlangsung di tengah tengah skandal 1MDB yang masih belum terjawab dengan baik. Masih ramai pihak yang tertanya tanya, kemana perginya dana 1MDB yang disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, walaupun Gabenor Bank Negara, Zety Aziz pernah membuat gesaan supaya dana yang dipinjamkan dipulangkan balik sebelum beliau bersara tapi tidak mendapat peduli. 

Benarkah rakyat Malaysia, berpegang pada prinsip yang menjunjung kebenaran dimana yang benar tetap benar dan wajib dibetulkan sebelum meneruskan sokongan. Adakah jati diri yang terpuji ini ada pada diri rakyat Malaysia atau gebang saja lebih.

PRK ini menghidangkan pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH dan Abdul Rani Osman daripada PAS dan empat penjuru di Kuala Kangsar BN diwakili Mastura Mohd Yazid, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, calon AMANAH diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Dijangka pada PRK kali ini Dr M akan turun berkempen atas tiket deklarasi rakyat. Deklarasi rakyat merupakan gerakan yang bertujuan menyedarkan rakyat Malaysia khususnya keatas beberapa isu dan hubungannya dengan masa depan negara. Persoalan sama ada pengundi di dua PRK ini akan terpengaruh atau masuk angin keluar asap, itu lain cerita. Sebab sudah menjadi menjadi fitrah manusia adakalanya mereka bersetuju pada perkara yang salah, iya lah kalau semua penduduk di dunia ini memahami apa yang dikatakan baik benar dalam erti kata yang sebenarnya tidak ada lah negara negara yang terjerumus dalam krisis kewangan yang teruk. Memaksa rakyatnya berhijrah keluar negara semata-mata ingin meneruskan hidup.

Menurut admin, pengundi kenalah jelas kenapa parti yang anda sokong perlu diberikan kemenangan. Kalau BN, kenapa BN perlu menang, kalau pembangkang, kenapa mereka perlu diberikan kemenangan, kenapa.? Barulah undi yang diberi, mampu membawa makna kepada parti, sekaligus menyumbang kepada pergolakan politik semasa. Seperti contoh, kalau BN kalah sudah tentu barisan kepimpinan PM Najib Razak akan berusaha lebih gigih bagi membetulkan diri mereka sebelum menjelangnya PRU14. Tapi kalau menang, maka kemenangan ini akan diambil kesempatan oleh pemuka pemuka BN yang tidak bertanggungjawab, akan terus membuat perkara mengikut suka hati mereka. Sebaliknya kalau pembangkang yang menang, mereka akan mendapat kekuatan bagi mengimbangi pentadbiran negara yang pada pendapat rakyat, perlu dibetulkan. Tengok, seperti yang berlaku sekarang, rakyat yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pada parti BN tapi hanya mendapat  sedikit kebaikan berbanding pemain politik atau pemuka politik. Walaupun pemuka pemuka itu telah mendapat kelebihan, tapi tidak melihat pada masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan.

Memandangkan penggal lima tahun pemerintahan tinggal berbaki dua tahun. Maka PRK pada kali ini, amat menuntut kebijaksanaan. Walaubagaimanapun, kalau BN yang mendapat kemenangan besar, nah cukup setakat ini saja politik pembangkang. Berkubang saja di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Akibat terlalu kemaruk menjadi pemimpin, adakah patut PRK sekecil dan sesingkat ini pun  ada pertandingan empat penjuru. Alahai. Jangan lagi berangan mahu menawan Putrajaya. Bolehlah admin katakan barang mustahil. 😂😂😂

Apapun keputusannya selepas ini, harus kalian akur, terutamanya masyarakat politik di  Semenanjung. Mana mana pihak yang menyokong pemerintah teruslah menyokong BN, sebaliknya yang menyokong pembangkang sokonglah sama ada PKR, DAP, PAS atau saja Amanah. Pandai pandailah membawa diri, harus di ingat bukan hanya kumpulan tolol yang berlagak ahli politik yang mengharapkan sesuatu dari politik itu sendiri  tapi kalian juga yang telah berusaha keras demi parti, kalian juga perlu meneruskan hidup dan ada cita cita  seperti mereka. Jangan lembu punya susu tapi sapi yang dapat nama, anda yang menggigit jari tidak sudah.

Paling tidak sama samalah kita merasai apa yang akan berlaku selepas ini. Pada orang Sabah, duduk dan perhatikan pergolakan ini.

Selamat berkempen dan membuang undi di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Admin 😎

Nazri Aziz Pemimpin No Class – Zaid Ibrahim

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini disifatkan sebagai seorang ahli politik yang ‘low class’, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini kerana Mahathir mengambil langkah menghalalkan cara asalkan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tercapai.

“Ya, dia menghalalkan cara. Prinsip dia, buat apa sahaja perkara boleh dilakukan asalkan niatnya tercapai.

“Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang ‘low class’. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu,” katanya kepada Sinar Harian.

image

Nazri Aziz hanya pandai mengata kononnya Dr M adalah pemimpin low class. Tanpa melihat pada dirinya yang berattitud kelas paling bawah, harap gaya saja.

Sebagai pemimpin yang memimpin di negara dimana Islam adalah agama rasminya. Sepatutnya sikap dan caranya biarlah menampakkan ciri ciri seorang pemimpin yang Islamik. Jangan hanya segak dengan songkok hitam ketika berada di sidang UMNO, supaya nampak islamik (itupun masih lagi kurang ajar). Tapi pada hakikatnya tidak boleh menerima kritikan demokratik yang diajar oleh agama Islam.

Siapa Dr M dari konteks skandal yang dihadapi oleh Presiden UMNO Malaysia. Persoalan ini yang harus ditanya oleh setiap diri rakyat Malaysia. Dr M keluar dari UMNO kerana tidak berkenan dengan kepimpinan Presiden UMNO Malaysia. Dimana  kepentingan negara diketepikan berbanding keuntungan politik peribadi semata mata. Ertinya yang berkepentingan peribadi ialah Presiden UMNO, Najib Razak bukannya Dr M. Kena faham, wahai Nazri Aziz. Alahai

Benarlah kata Zaid Ibrahim seperti di twitt terbarunya, no class talking about class. Beliau merujuk pada kenyataan  Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Aziz yang memperlekeh keperibadian Dr M, sebagai low class (seperti diatas)

image

Pun begitu sebagai admin yang selalu bercakap pasal demokrasi. Mari kita raikan perbezaan, perbezaan adalah rahmat. Desak pemimpin agar mematuhi sistem demokrasi, tolak andai mereka menafikannya. Admin memegang prinsip, tidak ada istilah bodoh dalam politik semuanya boleh pakai atau pandai. Kecuali mereka yang selesa di perbodoh barulah mereka boleh dipanggil bodoh.

No class talk about class. 😎

Kihampau Tohoh

Demonstrasi #BantahGST #UndurNajib

image

Demonstrasi #BantahGST dan #UndurNajib berlangsung petang tadi menuju ke dataran merdeka. Kehadiran di jangka telah mencecah puluhan ribu. Terdiri dari terutamanya golongan muda yang mewakili parti masing-masing, sama ada pemerintah atau pembangkang.

Tujuan perhimpunan ini adalah bagi membantah perlaksanaan GST yang pada pendapat sebahagian besar rakyat, GST adalah sistem pengutipan yang terlalu menyusahkan mereka. Mendatangkan banyak keburukan berbanding sebelum ini yang di war warkan akan menguntungkan rakyat jelata. Dimana kutipan akan dipulangkan balik pada rakyat.

Pada hakikatnya banyak pihak yang keliru, mereka mempersoalkan kemana perginya kutipan GST, jumlahnya bukan sedikit mencecah bilion. Tidak kurang yang memaki balik Datuk Ahmad Mazlan, sebab Menteri inilah yang mengula gulakan GST. 😎

Adakah patut negara sedia kaya ditambah dengan kutipan GST tapi satu persatu subsidi dihapuskan. Tidak terkecuali subsidi beras turut kononnya di rasionalisasikan.

Perhimpunan ini menggesa agar PM Najib Razak berundur secara terhormat. Ekoran pentadbirannya yang mengecewakan terpalit dengan skandal penyelewengan dan terburu buru melaksanakan GST. Akibatnya telah merugikan negara dan memalukan rakyat Malaysia.

image

image

Untuk makluman, sekitar jam 5.12pm kehangatan demonstrasi  telah ditambah dengan kehadiran Dr M. Seorang Negarawan bersama rakyat jelata semata-mata untuk menyelamatkan negara. Dia kata, dirinya sudah tua, bercakap pun tidak lagi larat, tapi beliau akan gagahi  demi rakyat Malaysia.

image

Kredit kawan kawan maya (gambar)

Kihampau Tohoh

Gerakan Undur Najib Di Kangar, Perlis

Cerita hari ini di Kangar, Perlis. Gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sekumpulan belia remaja turun padang bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan itu disarankan supaya mengundur diri secara terhormat.

Bukan kah Perlis kubo kuat UMNO. Kenapa boleh jadi begini.?

image

image

Kihampau Tohoh

Politik Salleh Said Menolak Demokratik

Politik Salleh Said Tidak Boleh Diterima Di Negara Demokrasi.

image

Kita punya Menteri Komunikasi, Datuk Salleh Said ni tidak ada alasan lain, selain mengaitkan gerakan menentang politik PM Najib dengan pemilihan secara demokratik (pilihanraya). Tapi dia sendiri tidak mendukung demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya, “PM Najib Razak di pilih secara demokratik, jadi tidak boleh diganti selain melalui proses pilihanraya kerana cara lain akan “melanggar” perlembagaan” (lebih kurang begitulah maksudnya)

Menurut Salleh Said kerjasama pemimpin BN dan pembangkang dalam deklarasi rakyat tidak akan berjaya, mereka umpama tidur satu bantal tapi mimpi lain lain. Begitu juga dengan persoalan calon yang menggantikan PM Najib Razak andai gerakan itu berjaya. Ini semua menjadi batu penghalang kepada gerakan ini.

Realitinya demokrasi tidak hanya terpakai sewaktu pilihanraya. Tapi berfungsi apabila pemimpin yang telah di berikan mandat tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, menimbulkan sangsi rakyat.

Mengheret pemimpin ke mahkamah dan menunjuk perasaan di jalanan adalah juga cara di dalam mengukuhkan demokrasi. Karena sistem demokratik yakni rakyat adalah unit yang mengisi sistem itu sendiri bukannya pemimpin atau ketua semata mata. Tanpa rakyat, demokrasi tidak bermakna. Tidak ada lagi istilah Menteri atau Yang Berhormat. Ertinya rakyat berhak keatas pemimpin dan keseluruhan sistem demokrasi itu sendiri walaupun selepas pilihan raya. Sebab itu jugalah perhimpunan besar besaran dibenarkan dalam perlembagaan. Dimana ketidakpuasan hati rakyat pada pentadbiran dan pemimpin boleh diterjemahkan. Ironinya, perhimpunan akibat ketidakpuasan atau tercetusnya deklarasi rakyat hanya timbul bila rakyat merasa terhimpit ekoran pentadbiran yang kurang cekap atau ada aktiviti yang menyalahgunakan kuasa.

Soal siapa menjadi Perdana Menteri selepas PM Najib Razak mengundurkan diri. Ia bukannya isu besar, bukan juga masalah pada pihak Salleh Said. Persoalan ini cukup mudah untuk diselesaikan, yakni melalui undian MP di dewan Parlimen sementara menunggu pilihanraya yang ke 14.

Jangan Salleh Said ingat, Ahli Parlimen (termasuk dirinya) yang tampak menyokong kuat kepimpinan PM Najib Razak akan terus menyokong. Sedangkan pada masa itu UMNO tidak lagi boleh diselamatkan. Ini politik.

Berdasarkan apa yang “dibimbagi” oleh Salleh Said. Biarkan Dr M dengan deklarasi rakyatnya. Kan diyakini akan menemui jalan buntu. Ada berani.?

(tidak berniat memperlekeh pendapat Datuk Salleh Said tapi terpanggil, sebab apa yang diutarakannya tidak boleh diterima di negara yang mengamalkan sistem demokrasi)

Kihampau Tohoh

Dr M Disiasat Dibawah Akta Hasutan – Jazlan

image

BH: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Hasutan.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad, berkata tindakan terbabit perlu diambil selepas bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dengan tujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, ketika berucap pada majlis di Ampang, semalam.

Bukan niat sengaja memperlekeh kemampuan berfikir seorang Menteri atau memperlekeh pentadbiran PM Najib Razak. Tapi Admin terkeliru seolah olah kami ini terlalu bodoh.

Dr M kata, negara ini mesti diselamatkan dari pemerintahan yang bermasalah.(bahasa yang paling beradab walaupun merujuk pada kesalahan yang sangat besar)

Jadi bab mana Dr M telah menghasut rakyat. Adakah menyatakan kesalahan merupakan kesalahan yang melanggar perlembagaan. Perlembagaan apa.?

Bagaimana pula dengan Editor WSJ dan Sarawak Report mereka telah melanggar penyek kedaulatan negara. Dua portal ini paling lantang mengkritik kredibiliti PM Najib Razak dengan mendakwa PM Najib Razak terlibat dengan penyelewengan wang rakyat. Tapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang undang.?

Pihak yang berkenaan tahukah, untuk menutup kelantangan atau tuntutan deklarasi rakyat, sepatutnya WSJ dan Sarawak Report yang terlebih dahulu dihadapkan ke muka pengadilan. Baru ada cerita. Barulah tidak ada pihak yang boleh berfikir luar daripada kotak.

Kepada Timbalan Menteri, kami sebagai rakyat memohon tunjuk ajar dari tuan Menteri, bagaimana menggunakan bahasa atau apa ayat yang paling sopan supaya tidak melanggar perlembagaan bila Dr M menggunakannya di kongres rakyat yang akan datang. Tapi pastikan bahasa/ayat itu nanti mudah difahami, mampu menyampaikan masej dengan baik dan terang.?

Nampak sangat takutkan Dr M, tapi kenapa mengata Dr M baling gelas pun tidak pecah. Sekarang apa cerita. Hemmm

Kihampau Tohoh