Parti Bersatu/PPBM Semakin Mendapat Tempat 

Sejak parti Bersatu atau PPBM yang diluluskan pada 08hb September 2016 sekaligus dilancarkan, Parti ini telah berjaya mengubah landskap politik Malaysia khususnya keatas UMNO.

Kalau kita perhatikan terutamanya di Facebook bermacam cerita yang kita dengar sama ada dalam bentuk tulisan atau dalam bentuk gambar yang menceritakan perkembangan semasa Bersatu terutamanya semasa aktiviti pendaftaran ahli baru.

Ahli baru terdiri dari pelbagai lapisan, tidak kira tua atau muda walaupun dulunya adalah penyokong setia UMNO. Ini perkembangan yang amat memberangsangkan.

Jadi jangan main main oh. Walaupun sebelum ini ada kita mendengar suara sumbang dari kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang memperlekeh kewibawaan Bersatu yang dijangka tidak akan mampu bertahan. Berdasarkan pengalaman terdahulu semasa awal kebangkitan Semangat 46 dan PKR yang lebih ganas tapi akhirnya tersungkur di kaki UMNO. Hemmm

Hakikatnya dulu lain sekarang lain, ini bukan lagi soal siapa kuat atau lemah yakni parti Bersatu atau UMNO. Tapi onah yang telah dilakukan oleh UMNO sejak sekian lama menjadi pemerintah hingga menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia, termasuklah masyarakat dari luar bandar yang menjadi tunjang kekuatan UMNO.

Di bawah ini admin paparkan antara gambar yang dimuat naik oleh rakan rakan yang juga jentera Bersatu di laman Facebook mereka.

Disini juga admin linkkan pautan website Bersatu untuk pendaftaran, seperti dibawah :-

Website Bersatu Pendaftaran Ahli 

Advertisements

Saiful Tidak Sudah Menjadi Barua UMNO? 

Berhubung apa yang dipanggil warkah subuh coretan Saiful bekas pembantu Anwar Ibrahim. Sebelum didakwa sebagai mangsa liwat.

Saiful mencoret dengan nada sinis memperlekeh kerjasama Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dengan politik PKR aka Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukum di penjara Sungai Buloh. Sebab kerjasama itu antara lain akan berusaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim lebih awal.

Tapi ditentang oleh Saiful, sebab kononnya hanya akan merosakkan perjuangan suci PPBM/Bersatu, memandangkan Anwar Ibrahim terkait dengan tuduhan liwat yang menyebabkan dia dipenjara.

Maka itulah menurut Saiful, biarlah Anwar Ibrahim menjalani hukumannya. Tunggu saja saatnya, malah kalau dia berkelakuan baik Anwar akan dibebaskan lebih awal.

Pada admin, menghalang kerjasama hanya kerana sejarah lampau adalah pendapat yang tidak tepat atau matang. Kerjasama yang cuba dimeterai hanyalah usaha bagi mencari sesuatu yang lebih baik, pada masa yang sama sudah tentu terpaksa mengorbankan yang lain. Apa yang penting ialah kemenangan selepas itu yakni kebaikan atau manfaat dari kerjasama tadi. Ini yang menjadi keutamaan dalam negara yang tidak stabil. 

Yang mana negara akan berhadapan dengan kemungkinan yang lebih buruk, kalau ekonomi yang sedang tenat ini terus dibiarkan. Ia berlaku kerna pentadbir terlibat dengan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi mereka.

Admin tidak nafikan salah tetap salah tapi jangan lupa Allah itu mahu pengampun dan penyayang. Apa lagi untuk mengeluarkan Anwar lebih awal melalui proses yang dibenarkan mengikut perlembagaan adalah tindakan yang benar.

Tapi kenapa pula menjadi masalah kepada Saiful, apa sebenarnya muslihat politik disebalik coretan itu ya?

Saiful ni tidak jemu jemu menjadi barua UMNO. Hemmm

Politik adalah politik lah, jangan bercakap sebagai orang alim tapi pada masa yang sama memihak pihak yang membuat kemaslahatan yang akan menjejaskan semua lapisan.

#politikbolos 

Pendaftaran Terbuka Menjadi Ahli PPBM/Bersatu

Hari ini pendapatan terbuka menjadi ahli parti PPBM atau Bersatu telah dibuka secara rasminya seperti ketetapan dibawah. Terlakarlah selepas ini babak  PPBM di dalam mencorakkan politik Malaysia. 
Selamat menjadi ahli PPBM aka Bersatu. 

*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA *(PPBM/PR/003/16)*

1. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara ‘walk-in’ boleh hadir sepertimana ketetapan di bawah :-

Alamat :

*Suite 2.01, Epicure, No. 1, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.*

GPS Location : 3.149168,101.652041
(Atas Restoran Chef & Brew)

Masa :

*11.00 pagi – 4.00 petang*
*(Isnin-Jumaat kecuali cuti umum)*

2. Untuk makluman, Yuran-yuran Keahlian adalah seperti berikut :-

*Yuran Pendaftaran – RM2.00*

*Ahli Biasa – RM2.00 setahun*
*Ahli Biasa Seumur Hidup – RM100.00*

*Ahli Bersekutu – RM2.00 setahun*
*Ahli Bersekutu Seumur Hidup – RM100.00*

*Kad Keahlian – RM10.00 (Opsyenal)*

3. Sila bawa salinan kad pengenalan.

4. Nama-nama Penyelaras Pendaftaran di peringkat negeri akan diumumkan *DALAM MASA TERDEKAT*. Bagi penduduk di luar Lembah Kelang yang ingin mendaftar boleh berhubung dengan Penyelaras Pendaftaran Negeri masing-masing.

5. Pendaftaran secara atas talian (on-line) juga dijangka boleh diaktifkan selewat-lewatnya minggu ke-tiga bulan September 2016 sepertimana dijadualkan.

Sekian. Terima kasih.

Baju UMNO dan BN Di Bakar

Benarlah bekas ahli UMNO tidak lagi boleh menerima perjuangan UMNO/BN. Bukan hanya dari konteks perjuangan tapi apa apa barang yang dilekatkan lambang UMNO atau BN akan dibakar hangus.

Kekecewaan yang tidak lagi boleh dibendung. Apa yang jadi jadilah, kenapa tidak kalau selama ini mereka seolah olah hanya menjadi hamba kepada pemimpin UMNO yang tidak bertanggungjawab. Lain yang berjuang lain yang diutamakan. Macam haram

Bermati matian memastikan kemenangan UMNO secara umumnya tapi sampai satu titik bila berlaku sedikit perbezaan terus pemimpin yang mereka sokong dibuang begitu saja. Tanpa proses pengadilan yang benar. Presiden UMNO lupa, kenapa UMNO mampu bertahan sehingga hari ini.

Sebelum ini admin membawakan berita mengenai kad keahlian UMNO yang digunting sejurus parti PPBM aka Bersatu diluluskan. Kejadian berlaku di Parlimen Kulai, Johor. Tapi tidak cukup dengan itu, kali ini baju UMNO/BN pula yang menjadi mangsa.

Mungkin kawan kawan tahu kejadian seumpama ini tidak hanya berlaku di Parlimen Kulai tapi di beberapa tempat di seluruh negara. Ada yang membakar buku perlembagaan UMNO, tidak kurang juga yang menterbalikkan bendera BN.

Perjuangan baru bermula, apa yang penting pada perjuangan ini ialah mesti cakap serupa bikin. Jangan cakap di depan lain di belakang lain atau cakap sekadar untuk menunjuk nunjuk supaya dibilang hebat atau kononnya penyokong tegar walhal parasit.

Tiru macam bro yang gunting dan bakar baju tu. 😉

Selamat tinggal UMNO!

Puad Zarkashi Reka Cerita Dongeng – Bersatu

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, menggariskan tiga sebab kenapa kononnya Bersatu susah mendapat kemenangan atau sambutan pertama, kerana parti itu tidak disertai oleh tokoh yang berpengaruh, bukan macam parti semangat 46 sewaktu dilancarkan. Kedua, kononnya matlamat penubuhan Bersatu tidak jelas hanya untuk menjatuhkan PM Najib Razak. Ketiga, tidak mungkin Bersatu mampu menarik ahli UMNO bagi menyertai mereka.

Maka itu Bersatu tidak akan mampu menyaingi UMNO. Itu kata pemimpin UMNO yang sudah tentu bertujuan untuk memenangkan partinya.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Totally bertentangan, nah sekarang admin kontrakan tiga alasan diatas ya menyebabkan pendapat Ketua Pengarah Jasa diatas bolehlah ditafsirkan sebagai cerita dongeng. 😉

1. Sejak UMNO baru ditubuhkan tidak ada tokoh yang berjaya dilahirkan oleh Malaysia selain Dr M. Kini Dr M adalah seorang tokoh negarawan dan pengasas Bersatu.

2. Idea menubuhkan Bersatu tercetus selepas UMNO tidak lagi berada diatas landasan kebenaran. Dimana pemimpin nombor satu UMNO terpalit dengan skandal penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Cuba pada peringkat awal PM Najib Razak berhemah dalam menangani soalan yang dibangkitkan berkaitan 1MDB oleh Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Bersatu tidak akan ditubuhkan.

3. Selepas Dr M mengisytiharkan tidak lagi bersama UMNO, disusuli Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir, UMNO mula berpecah. Kita mendengar berita sekumpulan ahli UMNO keluar parti, mereka dari Sabah, Kedah dan Johor yang turut mengikut jejak pemimpin mereka. Tapi tidak kita mendengar khabar yang sebaliknya dimana ahli dari mana mana ahli parti bukan kerajaan aka pembangkang yang keluar untuk menyertai UMNO. Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah Jasa Malaysia. Janganlah kamu hipokrit, tidak Anuar Musa sibuk datang ke Sabah semata-mata untuk memujuk, ahli UMNO yang keluar meninggalkan UMNO sebab tertarik dengan politik Shafie Apdal atau parti bukan kerajaan.

#politikbolos #sabahubah

Secara Prinsipnya ROS Luluskan PPBM Bukannya Bersatu

#AWANInews [KEMAS KINI] ROS secara prinsip lulus permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu M’sia dengan akronim PPBM, bukan Bersatu – TPM

Ertinya secara prinsipnya Parti Bersatu telah diluluskan oleh ROS tapi atas nama PPBM bukannya Bersatu yang telah dikenali ramai. Ini bererti akronim Bersatu tidak boleh digunakan.

Sepatutnya akronim yang mereka polemikkan sebab kononnya menyerupai UMNO, tidak timbul. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia sudah celik huruf pun, apa lagi lambang UMNO berbeza dengan lambang Bersatu yang menggunakan bunga kebangsaan, Bunga Raya.

Sebenarnya kan UMNO takut akronim Bersatu akan mengelirukan masyarakat luar bandar, jangan lah begitu, jangan menghina. Sekarang ini, sudah ramai masyarakat luar bandar yang boleh membaca. Hemmm

UMNO ni takut sangat sangat dengan perkataan Bersatu. Kalau rasa tidak ikhlas baik jangan luluskan. Ini macam demokrasi minta puji saja ni. 😉

Moralnya UMNO dah mula kecut.

#politikbolos

Cucu Bekas Timbalan Perdana Menteri Menyertai Parti Bersatu 

Tariq Ismail adalah cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman. Beliau mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Atas beberapa sebab yang ketara, yang juga pembaca ketahui.

Menurutnya, walaupun dia tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu. “Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan. “Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno.

Selain itu beliau juga berpendapat, UMNO tidak lagi boleh dipercayai, UMNO yang ada sekarang hanyalah untuk melindungi Presiden UMNO aka Perdana Menteri. Sedangkan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan. (lebih kurang begitulah) 

Alsebab itu jugalah ada kita mendengar jolokan dari masyarakat politik, bahwa Putrajaya yang sepatutnya menjadi pusat pentadbiran negara telah ditukar menjadi pejabat peribadi MO1. 😉