Pengerusi Tetap UMNO Gelang Patah Keluar Parti 

Walaupun UMNO Gelang Patah lubuk DAP tapi dengan keluarnya Pengerusi tetap UMNO Bahagian dan kumpulan besar ahli UMNO, serba banyak telah memangkinkan keutuhan DAP. Ini tidak boleh dinafikan.

Hari ini pengerusi tetap Bahagian UMNO Gelang Patah, Baharom Abdul Ghani telah keluar daripada UMNO sejurus mesyuarat Bahagian UMNO berjalan. Lebih menarik mesyuarat pada kali ini dirasmikan oleh MT UMNO Abdul Rahman Dahlan?

Tapi disambut dengan nada sinis oleh Ketua Bahagian, Mohammad Khairi A Malik bahawa UMNO di bahagian menerima keputusan itu. Seolah olah tindakan keluar UMNO tidak menjejaskan UMNO khususnya di Gelang Patah. Itu ceritanya.

Kalau kawan kawan mahu tahu, sejak daripada dulu, Bahagian UMNO ini sudah bergolak hebat akibat ketidakadilan Ketua Bahagianya. Semua peruntukan daripada pusat hanya dibolot oleh Ketua Bahagian dan kuncu kuncunya, sedang ahli Cawangan hanya mampu melihat kegiatan mereka. Kerana itulah ahli UMNO di bahagian ini, segan hidup mati tak mahu. Pokoknya sejak UMNO Bahagian Gelang Patah dibawah kekuasaan Muhammad Khairi, tidak sikit menambah kekuatan UMNO, apa lagi selepas peristiwa ini.

UMNO memang teruk, hanya menguntungkan mereka yang berjawatan itu pun nasib nasiblah. Adapun ahli biasa mereka dibuat macam sampah di tepian jalan.

Kerana itu tidak mustahil UMNO Bahagian Gelang Patah akan berkubur yang tinggal hanyalah nama.

Pembaca tahu kan, sebelum ini seramai ahli UMNO di beberapa bahagian UMNO Sabah, telah keluar beramai ramai mengikut jejak mantan Naib Presiden UMNO Malaysia.

Selamat tinggal UMNO 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s