Noh Omar Cadang Idea “Luar Biasa” 

Oh remeh sangat cadangan dari Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Noh Omar. Beliau mencadangkan supaya mana mana pihak yang berkemampuan dan berminat agar diberikan lesen meminjamkan wang atau loan perumahan. Termasuklah “Along” yang tidak ada lesen akan diberikan kelonggaran, manakala syarikat berlesen yang sedia ada akan diperbesarkan.

Ini kerana ada ramai rakyat Malaysia yang tidak layak mendapatkan pinjaman penuh 100% atau tidak berkelayakan mengikut sarat yang telah ditetapkan oleh Bank Bank tempatan.

Sebenarnya cadangan Menteri berkenaan, telah pun berjalan lama. Bukan hanya memberikan pinjaman hartanah tapi juga pinjaman membeli kenderaan. Syarikat syarikat seperti ini telah lama wujud di negari Sabah. Umpamanya syarikat hartanah Hap Seng mereka juga memberikan pinjaman perumahan pada pembeli. Walaubagaimanapun akhirnya syarikat persendirian seperti ini akan menyulitkan peminjam.

Kalau kita dalami, isunya bukan lagi soal cadangan itu sendiri tapi telah menimbulkan tanda tanya. Kenapa kah negara yang begini kaya, tegar memberikan cadangan yang sedemikian. Kenapa pemerintah tidak mengambil inisiatif tegas seperti membuat peraturan baru bagi menggesa supaya bank bank tempatan mengurangkan syarat permohonan? Selain mengurangkan harga hartanah, ia juga antara jalan penyelesaiannya.

Ironinya kalau syarikat peminjam wang berlesen atau syarikat swasta boleh memberikan pinjaman dengan mudah kenapa Bank Bank tempatan tidak boleh melakukannya, ingat Bank Bank tempatan dibawah pentabiran Bank Negara.

Kalau cadangan ini telah diluluskan, lebih baik rakyat memberikan sokongan penuh pada DAP memandangkan kebanyakan syarikat syarikat peminjam seperti ini terdiri tauke Cina yang mendokong politik DAP. Dengan itu akan lebih memudahkan peminjam, maklum penyokong tegar.

Tak kan UMNO dan pentadbir negara ini sudah terlalu sengkek.

Itulah sudah berulang kali rakyat Malaysia membuat gesaan, supaya wang mereka yang dipinjamkan pada 1mdb agar dipulangkan balik, bagi melunaskan hutang rakyat pada Bank Bank tempatan. Kawan kawan jangan ingat ini idea gila ya, yang gila ialah mereka yang akur malah menyokong pemimpin pemimpin yang jelas telah merompak wang negara, sedangkan masih ramai lagi yang lebih berhak dan memerlukan.

Alahai rakyat Malaysia, anda lah masyarakat yang paling ganjil di dunia ini. Langsung tidak ada perasaan malu dan memberontak atas nama kebenaran. Tapi kalau pada ahli keluarga, mak aii punyalah garang.

Benarlah kata Gusdur walaupun kenyataannya itu ditujukan pada bangsa Indonesia sebagai penakut kaya tapi merempat. Menyebabkan Indonesia pada ketika itu ketinggalan. Kini sikap yang jelek itu menular di Malaysia.

Sekali lagi admin ingatkan, itu idea yang sewel. Kalau sudah tidak mampu berfikir dengan baik, mintalah pertolongan daripada rakyat, apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan perkara seumpama ini. Jangan sombong bodoh. Ini UMNO ni, macam mereka saja yang ada otak walaupun mengarut.

#politikbolos

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s