Adenan Satem Bosan Pada Birokrasi Federal – Pendidikan 

KUCHING: “Saya sudah bosan dan saya tidak boleh hendak bertolak ansur lagi.

“Kalau 10 atau 20 tahun saya boleh terima tetapi ini sudah setengah abad. Dan ini melampau!”.

Nampak jelas bangsa Sarawak sudah bosan dengan birokrasi Federal.

Katanya lagi, beliau sudah bosan memohon peruntukan Kerajaan Pusat, kerana sekolah-sekolah di negeri ini telah berada dalam situasi yang daif dan miskin terlalu lama.

“Kita hanya mahu mereka membina sekolah standard.

“Saya sudah penat merayu agar mereka memberikan kita sekolah yang lebih baik,” keluhnya sewaktu melancarkan penerbitan kamus Iban-Bahasa Inggeris oleh Yayasan Budaya Dayak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Adenan berkata, dalam konteks hari ini masih ada sekolah yang terhumban ke dalam sungai, bahkan masih ada yang tiada bekalan air bersih dan tiada bekalan elektrik.

“Ini amat mengecewakan,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, masa untuk bertolak ansur sudah tamat dan Sarawak perlu bertegas dalam perkara ini.

Berdasarkan rekod Jabatan Pelajaran Negeri, Sarawak memiliki lebih 470,000 pelajar dan lebih 42,000 guru, dengan lebih separuh daripadanya berada di kawasan luar bandar.

Menurut Adenan lagi, beliau berusaha untuk mengubah beberapa aspek dasar pendidikan agar lebih sesuai dan memenuhi cita rasa Sarawak.

“Antaranya termasuklah meningkatkan jumlah guru asal Sarawak dan memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris.

“Kita tidak boleh hanya mengikut apa yang ditentukan kepada kita oleh Kuala Lumpur.

“Keseragaman tidak bermakna perpaduan.Kepelbagaian juga boleh bermakna (perpaduan) kerana kami menghargai cara masing-masing.

Sumber Sarawakvoice

Admin amat tertarik dengan falsafah Adenan Satem, selain ketegasan dalam menjaga baik kebajikan masyarakat Sarawak :-

Keseragaman tidak bermakna perpaduan.Kepelbagaian juga boleh bermakna (perpaduan) kerana kami menghargai cara masing-masing.

Tapi sayang Federal atau UMNO tidak mendalami  konsep ini dengan baik. Nah sekarang untuk mempertahankan sebuah kemenangan ia memerlukan perbelanjaan yang sangat mahal.

Lain cerita, bagaimana pula dengan Ketua Menteri Sabah, kenapa berdiam, sistem pendidikan negeri Sabah sudah berada di tahap yang paling yang boleh dibanggakan kah? 

Sepatutnya Ketua Menteri, Musa Aman menyimpan rasa malu pada rakan sejawatannya. Bukannya membodek sepanjang penggal. Nah jangan pula kata Adenan Satem tidak menghormati Ketua ya. Anda silap.

Kalau admin tidak salah, Federal sebelum ini pernah berjanji melalui RMK10 akan menyelesaikan semua masalah pendidikan yang dihadapi oleh negeri Sarawak. Tapi sehingga hari ini Federal hanya berjaya menyelesaikan beberapa perkara kecil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s