Najib Razak Dan Nazri Aziz Tidak Menghormati Syariat Islam

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan bahwa membina dan “membesarkan” tugu adalah haram. Apa lagi kalau tugu itu menyerupai manusia.

Ini bermakna tidak terkecuali tugu negara, semua tugu harus dihapuskan. Ironinya PM Najib Razak baru saja meluluskan pembesaran tugu negara yang menelan belanja sehingga RM650 juta. Adakah Perdana Menteri Malaysia tidak memahami syariat Islam? Begitu juga dengan Pak Lah yang turut hadir semasa PM Najib Razak merasmikan pembesaran tugu negara. Semakin pelik nohhhh.

Sama halnya dengan Menteri Pelancongan Malaysia, Nazri Aziz dia menolak syariat Islam yang mengharamkan tugu terutamanya tugu Helang yang berada di Pulau Langkawi. Sebab katanya bukan pun tugu itu disembah seperti mana patung keagamaan.

Jadi bagaimana pula dengan larangan penggunaan emas dikalangan lelaki, adakah emas itu disembah?

Ini UMNO kan, pandai saja cakap pasal agama tapi asas agama pun mereka langgar. Juga seolah olah dua atau tiga pemimpin UMNO ini tidak menghormati agama Islam.

Lagi satu kan, PM Najib Razak ni sibuk memperbesarkan tugu negara, walhal ekonomi negara sedang tenat. Kalau benar negara ada wang sebanyak itu, adalah lebih baik disalurkan ke negeri negeri yang memerlukan. Seperti contoh Kelantan, sehingga kini mangsa banjir masih belum sepenuhnya memiliki rumah ganti. Apa lagi Sabah, terlalu ramai yang memerlukan bantuan “kemanusiaan”.

Tinggalkanlah budaya minta puji tu, utamakan dulu keperluan masyarakat yang terhimpit gara gara GST. Selain kegiatan jenayah yang semakin berleluasa hingga menyulitkan masyarakat.

Bangun sikit, tiru macam Presiden Filipina tu tidak mahu “disembah”. Tapi kesejahteraan rakyatnya amat dititik beratkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s