Pengkalan Tentera Amerika Akan Dibina Di lautan Sabah 

Kali ini kita rujuk balik pertanyaan Datuk Shafie Apdal ketika berhujah di sidang Parlimen.

Beliau mengajukan beberapa soalan pada Menteri Pertahanan dan sudah tentu pada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak.

Soalannya, adakah benar pengkalan atau penempatan tentera Amerika akan dibina lautan Sabah? 

Kalau tidak benar, alhamdulillah. Tapi kalau benar akan dibina, beliau amat menentang perkembangan ini, sebab mengikut pendapat Datuk Shafie Apdal dengan itu seolah olah kedaulatan negara sedang diancam, juga menggambarkan pemerintah ini tidak lagi mampu menjaga baik kedaulatan negara.

Dan pertanyaan Datuk Shafie Apdal itu telah dijawab oleh Menteri Pertahanan, Datuk Hissamuddin diluar dewan, sebagai tidak ada kebenarannya. Its ok. 

Tapi bagaimana dengan pendedahan portal antarabangsa, The Economist. Menurut portal ini Sabah adalah kawasan yang berada dalam kekuasaan tentera Amerika yakni termasuk dalam skala 87.9% seperti gambar rajah, berbanding negara negara lain di timur tengah. Wah!

Yang dimaksudkan berada dalam kekuasaan tentera Amerika ialah bukan hanya meliputi pentadbiran dan penyiasatan tapi mencakupi kelengkapan prasarana, seperti kelengkapan pengkalan tentera dan lain lain.

Mungkin kah dakwaan Datuk Shafie Apdal itu ada asasnya dan tidak mustahil akan terbukti. Jangan lupa kini Malaysia sedang terpalit dengan skandal 1mdb dimana skandal ini sedang dalam perhatian Amerika. Ditambah Malaysia antara negara yang telah menandatangani perjanjian TPPA. Membawa erti potensi pengkalan tentera Amerika akan dibina di lautan Sabah, sangat ada. 😷

Kalau pembaca masih ingat, setahun yang lepas kapal laut tentera Amerika pernah mendarat di pantai timur Sabah, Lahad Datu. Dikhabarkan kehadiran kapal tentera itu hanyalah sebahagian daripada latihan ketenteraan diantara dua negara. Betul kah atau proses mencari tapak penempatan pengkalan yang paling strategik? 

Kalau iya pun amat diperlukan, kenalah perkara ini dijelaskan pada pengetahuan rakyat Malaysia. Supaya ada perbincangan yang lebih lanjut. Apa yang boleh, apa yang tidak.

Ini tidak, semua perkara disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Tiba tiba ada, waktu itu barulah sibuk dengan alasan alasan yang tidak masuk akal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s