Siapa Sebenarnya Musuh Dr M kah Najib Razak? 

Wah PM Najib Razak dengan penuh angkuh memperlekeh kewibawaan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr M.

Dia kata apa yang perlu ditakutkan pada insan yang mencecah umur 92 tahun. Apa lagi insan ini juga adalah pengkhianat UMNO. Amboi

Menurut PM Najib Razak lagi, dia cukup berpengalaman dalam hal politik. Dimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 pada 1999 dia hanya mendapat lebihan undi sekitar 241 undi. Amboi.

Siapa sebenarnya pengkhianat atau musuh UMNO dan negara ni, selepas itu siapa pula yang lebih berkemampuan sebagai pemimpin ni? Mari ikuti

Era pemerintahan Dr M, UMNO cukup disanjung dan dihormati oleh kawan dan lawan. Masyarakat antarabangsa hadir sebagai pemerhati di persidangan UMNO, kerana kagum pada UMNO yang mampu memerintah sejak sekian lama.

Pada masa yang sama Dr M juga berjaya memacu negara dengan cukup baik, hingga menjadi ikutan atau model kepada negara negara membangun yang lain.

Di bawah ini admin senaraikan kemajuan sekaligus menjadi mercu tanda, yang telah dicapai oleh Dr M disepanjang pemerintahannya, antaranya :-

1. KLCC
2. KL Tower
3. Jambatan Pulau Pinang
4. KLIA
5. LRT / PUTRA LRT
6. MONOREL
7. KOMUTER
8. PROTON
9. Putrajaya Jaya
10. Lebuhraya zaman Dr M
11. Banyak lagi……. Kawan sebutkan saja, pasti itu hasil kerja Dr M.

Berbanding PM Najib Razak, apa kemajuan yang telah dicapai, sama ada untuk UMNO atau saja untuk negara tercinta? Jawapannya jelas tidak ada termasuklah dari konteks kekuatan peribadinya di negeri Pahang. Pada PRU yang lepas pembangkang telah berjaya menawan 4 kerusi Parlimen dari 14 kerusi yang dipertandingkan. Begitu juga dengan DUN, 12 DUN berjaya ditawan daripada 42 DUN yang dipertandingkan. Pandai berpolitik kah berbanding Dr M?

Sejak PM Najib Razak duduk sebagai Presiden UMNO, UMNO kian dilupakan walaupun telah berjasa kepada negara bangsa sejak sekian lama. Kerana UMNO telah diperalatkan, kononnya UMNO telah menerima sejumlah dana politik dari keluarga diraja Arab Saudi untuk melawan DAP dan beberapa lagi. Tapi rupanya tipu, dana 2.6 bilion itu adalah sebenarnya wang rakyat Malaysia yang disalurkan melalui 1mdb sebelum dimasukkan ke dalam akaun peribadi Presiden UMNO.

Bermula dari skandal itulah pemimpin dari PKR dan DAP mula mengorak langkah mempersoal kredibiliti Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia. Menurut mereka UMNO tidak lagi boleh dibiarkan, sebelum negara ini menuju kehancuran. Jadi siapa yang menjahanamkan UMNO?

Perlu diingat tindakan Presiden UMNO meminggirkan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir selepas mereka mempersoal 1mdb, merupakan petanda jelas yang UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat tapi nasib diri PM Najib Razak selepas terlibat dalam skandal 1mdb.

Dek kerana 1mdb jugalah kini kedaulatan negara akan terancam.

Jadi siapa sebenarnya pengkhianat dan musuh ni?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s