Peguam Negara Membenarkan Persepsi Masyarakat – Menari 

Peguam Negara (AG) dan beberapa Menteri Malaysia menari keriangan di khalayak ramai, usai meraikan sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59 di ibu negara.

Menari semata-mata bukanlah isunya, hakikatnya admin dan kawan kawan juga menari ;). Tapi sebagai peguam negara yang bertanggungjawab mendakwa mana mana pihak yang didapati melakukan kesalahan. Aksi seperti ini tidak boleh dipertontonkan pada masyarakat.

Malah sikap yang tegas yang harus dipertontonkan pada khalayak ramai. Jangan sampai sikap itu mengundang fitnah atau sak wasangka sebab dalam syariat islam sendiri, mengundang fitnah adalah hal yang amat ditegah.

Aksi menari diatas nampak seolah olah ada hubungan peribadi diantara peguam negara dan barisan kepimpinan negara. Dan diandaikan pada satu hari, ada timbul masalah, peguam negara tidak akan sanggup memfailkan dakwaan. (ini persepsi negatif masyarakat selepas menonton rakaman ini)

Aksi ini juga secara langsung telah menjawab kekeliruan, bila mana AG Apandi dengan selamba membersihkan nama PM Najib Razak dari tuduhan memiliki wang rakyat sebanyak RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadinya. Walaupun sebelum itu, termasuklah portal berita antarabangsa seperti WSJ dan Sarawak Report telah membuat tuduhan rasmi bahawa 2.6 bilion yang berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak datang dari dana 1MDB dan bukannya derma dari keluarga diraja Arab.

Untuk makluman rakaman dibuat oleh seorang Peguam. Bererti dia juga tidak berkenan dengan aksi menari yang melibatkan Peguam Negara dan beberapa Menteri yang sibuk mempertahankan skandal 1mdb.

#politikbolos

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s