PM Najib Razak Pemimpin Yang Tidak Waras?

Ibarat melanggar hukum dalam Islam, membunuh lawan yang tidak lagi berkemampuan adalah ditegah atau diharamkan. Tapi pada peribadi PM Najib, membunuh lawan yang tidak lagi berkemampuan adalah hal yang boleh dimain main atau dibanggakan. Ini bukan ciri ciri seorang pemimpin yang boleh ditaati.

Merujuk pada video diatas, PM Najib Razak mencabar mana mana pemimpin atau ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan kedudukannya sebagai Presiden parti supaya melawannya di pemilihan UMNO yang akan datang, bukan sebaliknya yakni mengkhianati Presiden. Kononnya!

Tidak perlu admin menempelak cabaran PM Najib Razak itu dari konteks kedudukan atau keahlian Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang tidak lagi bersama UMNO. Ini kerana cabaran itu semata-mata bertujuan untuk menyakat mereka dan ahli UMNO yang tidak lagi menyokong perbuatan dan kepimpinannya.

Kemahuan PM Najib Razak apapun kegiatan jahatnya mesti rakyat Malaysia memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Seperti perbuatan kejam Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un keatas rakyatnya, rakyat dipaksa mengalirkan air mata kegembiraan walhal hidup dalam kesengsaraan.

Tapi mari admin gambarkan kedangkalan cabaran PM Najib Razak diatas dengan kedudukan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sewaktu mereka masih bersama UMNO. Jangan kan bertanding bagi merebut jawatan Presiden. Sedang pada perhimpunan agung UMNO yang lepas, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal tidak dibenarkan untuk berucap atau menyampaikan amanat mereka pada para perwakilan atau ahli UMNO. Tapi mencabar mana mana ahli UMNO bagi merebut jawatan Presiden? Retorik lah sangat. Hemmm

Mungkin rakyat Malaysia sedang dipimpin oleh orang yang tidak waras.

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s