MO1 Adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak – DARD

Secara rasminya Menteri Menteri Malaysia telah mengenal pasti siapa sebenarnya MO1 yang sebelum ini  disebut berulang kali dalam laporan DOJ sebuah badan keadilan Amerika. Ekoran penemuan siasatan keatas aktiviti penggubalan wang haram atau penyelewengan di dalan 1MDB yang berlaku di Amerika dan telah melibatkan Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) Menteri di Jabatan Perdana MENTERI,  telah membuat pengesahan atau pengakuan rasmi semasa di temu ramah oleh portal berita antarabangsa BBC.

Dengan memetik kenyataan Menteri berkenaan sebagai berikut,

“Saya telah berkata secara terbuka. Jelas sekali jika anda membaca dokumen-dokumen, ia adalah Perdana Menteri,” katanya.

Bermaksud rakyat Malaysia termasuk dirinya tidak ada keraguan bahawa Najib adalah pegawai yang tidak dinamakan dalam kertas mahkamah Amerika Syarikat sebagai MO1.

“Tetapi saya juga telah berkata, mengapa DOJ tidak menamakan MO1 dengan nama yang betul. Ini kerana dia bukan sebahagian daripada penyiasatan ini.


“Ada orang lain yang dinamakan …. Dan Jabatan Keadilan akan membawa ini ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan.”

Menteri Abdul Rahman kena faham, isunya sekarang bukan lagi soal penggunaan bahasa yang tepat atau tidak tapi dakwaan DOJ melalui laporan mereka telah difahami oleh pembaca termasuklah oleh diri Datuk Abdul Rahman Dahlan. Ini dia punya point.

Jadi selepas identiti MO1 berjaya dikenal pasti, apa tindakan rasmi yang akan dikenakan sekaligus mampu menutup kemelut yang telah memalukan negara ini? 

Admin dalam nada sinis berpendapat, kenapa kah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini begitu tegar mendedahkan identiti MO1 ya, mungkin kah dia telah kecewa selepas portfolionya di pindahkan ke jabatan yang tidak mampu mengangkat namanya dikalangan masyarakat Sabah?

Mungkin kah selepas ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan dikuarantin? Kita tunggu dan lihat. Ini UMNO lah 😎

MO1 telah berjaya dikenal pasti, itulah Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s