Presiden Filipina Dari Konteks Kemerdekaan Malaysia 

Presiden Filipina, Rodriguez Duterte pemimpin yang merendah diri. Bakal mengharumkan negara Filipina sebagai antara negara yang paling aman di Asia.

Semenjak beliau memegang tampuk pemerintahan negara itu. Isu jenayah adalah keutamaannya.

Masyarakat dibenarkan membunuh penjenayah aka pengedar dadah. Selain kerja keras pihak keselamatan, mencari penjenayah di setiap pelusuk yang telah dikenal pasti tanpa gentar, hingga mengundang campurtangan asing.

Tapi beliau bertegas kalau pendekatannya itu tidak disukai oleh badan dunia PBB, maka secara rela beliau akan membawa Filipina keluar dari PBB dan mengajak negara China membentuk sekutu baharu.

Memang begitu pemimpin yang benar, memimpin dengan penuh keikhlasan. Kesejahteraan rakyat sangat diutamakan sanggup kehilangan jawatan jika perlu. Benarlah negara Filipina sebuah negara yang merdeka.

Malaysia merdeka? pada admin belum lagi merdeka pada erti kata yang sebenarnya. Malaysia dibawah pemerintahan UMNO minta puji saja yang banyak. Selain hanya kaya dengan lagu dan tarian kemerdekaan. Hemmm

Walaupun pada hakikatnya UMNO telah silap memacu rakyat Malaysia. Dimana rakyat Malaysia terlalu awal diperkenalkan dengan istilah komersial sebagai kononnya simbol kemajuan, sedangkan masanya belum tiba, perlu seiring dengan kematangan berfikir masyarakat itu sendiri. Tapi masyarakat kena bangkit selepas menyedarinya, seperti mana rakyat Filipina yang diketuai oleh Rodriguez Duterte.

Apa yang berlaku pada hari ini rakyat Malaysia hanya tampak maju dari luar tapi dalamannya semakin hancur. Tamak, tidak ada lagi nilai nilai kemanusiaan. Bersikap sombong supaya dihormati. Ini hakikat kehidupan yang ada pada hari ini.

Kesimpulannya UMNO gagal. Berlakon saja banyak hingga menjadi ikutan ramai rakyat Malaysia. Kerna itu untuk mendapatkan penghormatan perlu tunjukkan kelebihan yang ada, termasuklah mempamerkan jenama seluar dalam. Sedangkan bila mereka bercakap dari A sampai Z, apa yang kita dengar hanyalah omongan kosong. Jauh sekali beridea untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhannya.

Memang begitu hukum Allah, kebaikan dan kemasyhuran itu silih berganti dan tidak lama lagi mereka yang sering di keji sebagai PTI dari Philipine akan berbangga dengan negara mereka. Sedangkan Malaysia kalau UMNO terus diberikan mandat walhal kegiatan jenayah semakin berleluasa dan MO1 masih mengetuai negara ini maka Malaysia akan berhadapan dengan zaman kegelapan.

(Dari konteks negeri Sabah, Ketua Menteri Sabah selaku pengerusi keselamatan negeri Sabah harus dipertanggungjawabkan. Ini kerana dia gagal mentadbir masyarakat Sabah sama seperti Perdana Menteri Malaysia dari konteks Malaysia secara keseluruhannya, mereka gagal menjaga keharmonian)

#politikbolos #sabahubah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s