Ketegasan UMNO dan Perjuangan STAR Serta SAPP Adalah Palsu. 

Entri asal ini bertarikh 08hb July 2016 . Tapi entry ini mampu menjawab kenyataan terbaru Anifah Aman yang mempertahankan kerjasamanya dengan pemimpin pemimpin pembangkang, berhubung tuntutan perjanjian Malaysia, 1963. Dimana dalam masa yang sama Datuk Shafie Apdal merujuk pada tindakan yang dikenakan oleh UMNO ke atas Muhyiddin Yassin selepas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang sewaktu menandatangani deklarasi rakyat. Berbanding Anifah Aman walaupun jelas duduk satu meja dengan pembangkang.

Anifah Aman pada kenyataan terbarunya berpolemik, kononnya kerjasama itu untuk kepentingan masyarakat Sabah. Tapi kalau benar itu untuk kepentingan masyarakat Sabah kenapa tidak diusulkan di sidang DUN bagi mendapatkan restu? Baik kita lupakan saja persoalan ini, terlalu retorik.

Anifah Aman kena faham, persoalannya sekarang ialah bukan lagi soal matlamat atau tujuan tapi kerjasama dengan pembangkang itu sendiri, yang sebelum ini amat ditegah oleh UMNO. Tapi membisu bila dirinya yang melakukannya, kenapa?

Mengenai penafian Datuk Anifah Aman, kononnya Datuk Shafie Apdal telah menghina masyarakat Kimanis khususnya dan umumnya Sabah. Sebab hanya mengemukakan permohonan projek sebanyak RM 500 ribu, ini nanti kita ulas tapi itupun kita tengok keadaan. 😉

#politikbolos #sabahubah

Neo Kihampau Tohoh

Gambar yang membawa seribu makna pada politik UMNO yang sebelum ini banyak bertegas soal kesetiaan pada parti, jika tidak mereka akan dituduh sebagai penderhaka UMNO.

Lihat apa yang menimpa Datuk Seri Shafie Apdal, mantan Naib Presiden UMNO Malaysia. Di dakwa bersekongkol dengan pembangkang hanya kerana beliau tidak lagi sehaluan dengan Presiden UMNO Malaysia, Najib Razak yang terpalit dengan banyak skandal penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi?.

Dek kerana itu, satu demi satu pengaruh Datuk Seri Shafie Apdal di dalam UMNO cuba dihapuskan sehinggalah Datuk Seri Shafie mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO selepas keahlian UMNOnya digantung. Tanpa melalui proses keadilan yang tertulis dalam perlembagaan UMNO.

Tapi bagaimana pula dengan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman seperti mana gambar. Jelas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang STAR, Dr Jeffrey Kitingan bagi membincangkan kononnya 20 perkara yang mendapat sokongan daripada SAPP, Yong Teck Lee.

Tidakkah perbuatan itu mampu memperkasakan politik pembangkang dimana mereka mendapat kekebalan…

View original post 137 more words

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s