Bahagian UMNO Semporna Bergolak Lagi. 

Sebentar tadi, admin mendapat panggilan. Bahwa,

Arahan dari Ketua Wanita UMNO Malaysia, melalui Ketua Wanit UMNO Negeri Sabah telah mendapat bantahan dari kalangan AJK baharu Bahagian UMNO Semporna. Cadangan yang dibantah adalah berkaitan status mantan Ketua Wanita UMNO Semporna, dimana UMNO pusat mahu beliau kekal berada dalam barisan kepimpinan Bahagian UMNO Semporna.

Admin tidak jelas sejauh mana kesahihan cerita ini. Adakah ia spekulasi dari masyarakat semata-mata atau sememangnya merupakan totally permainan UMNO pusat agar kekuatan politik Datuk Shafie Apdal khususnya di daerah Semporna berkurangan dengan cara mencetuskan suasana yang tidak stabil, terutamanya di kalangan pemimpin besar kecil di daerah ini.

Untuk makluman, pada awal minggu ini, admin mendapat masej dari seorang mantan AJK Wanita UMNO Semporna. Mereka mempersoalkan kewujudan Bahagian UMNO yang ada sekarang. Kerana berpendapat AJK nya tidak cukup korum, jadi dengan sendirinya status Bahagian UMNO yang ada sekarang tidak sah. Selepas itu admin jelaskan kedudukan yang sebenarnya dan perkara yang boleh diambil andai nama mantan Ketua Ketua Cawangan digunakan tanpa pengetahuan mereka bagi membentuk Bahagian UMNO Semporna.

Pernah admin katakan sebelum ini, sememangnya UMNO adalah parti politik yang paling licik. Mereka sanggup berbuat apa saja, asalkan lawan mereka menjadi lemah.

Seperti mana ucapan Ketua Bahagian baharu, Datuk Nasir semasa mengadakan perjumpaan dengan ketua Ketua masyarakat, di dalam ucapannya beliau mempersoalkan keputusan Datuk Shafie Apdal yang tidak berunding terlebih dahulu dengan dirinya selaku Timbalan Ketua Bahagian Semporna. Sebelum membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, Naib Ketua Bahagian UMNO (Datuk Jaujan) selaku pengerusi mesyuarat pada ketika itu yang menggantikan tempat Ketua Bahagian yang sedang mengerjakan Umrah. Hampir dua jam mereka menunggu kedatangan Timbalan Ketua Bahagian Semporna untuk mempengerusikan mesyuarat tapi tidak datang. Tidak lama selepas itu Datuk Jaujan mengambil keputusan untuk mempengerusikan sekaligus memulakan mesyuarat.

Mohon pencerahan, berkaitan permainan UMNO pusat yang cuba mengurangkan kekuatan politik Datuk Shafie Apdal?

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s