Tapak Perniagaan Jeti Umum Akan Dirobohkan – Semporna

Jeti Umum Semporna, pada 15.05.2016

Sudah lama dalam pengetahuan admin berkenaan larangan menjual di Jeti Umum  Semporna. Tapi pada ketika itu sengaja admin tidak mengangkatnya sebagai isu setempat. Kerana pada pendapat admin ia hanyalah larangan yang bersifat sementara. Selepas apa yang tidak diketahui oleh peniaga telah mendapat jalan penyelesaiannya, sepertinya  isu sampah dan sebagainya.

Tapi sangkaan admin meleset. Hari ini, admin mendapat panggilan bahawa tapak perniagaan di jeti berkenaan akan dirobohkan atas arahan Pentabiran Daerah Semporna. Kerana itu semua barang jualan telah terlebih dahulu dikeluarkan oleh para peniaga. 

Admin juga dimaklumkan sebelum proses merobohkan itu berlaku, seorang peniaga yang terbabit telah berhubung dengan Yb DUN UMNO, merayu supaya nasib mereka dibela tapi tidak mendapat peduli.

Oleh kerana itu seorang individu bagi pihak peniaga telah menghubungi admin, meminta pertimbangan supaya isu ini diangkat sebagai isu setempat. Dengan harapan akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya yakni peniaga diberikan pilihan yang setimpal. 

Kerna itulah artikel atau entri ini dihasilkan. 

Untuk makluman pembaca, sehingga hari ini pasar umum Semporna masih dalam proses pengubahsuaian. Bererti bermula dari jeti umum  sehinggalah ke sekitar pasar umum Semporna, tidak ada lagi tapak atau lot perniagaan, yang ada hanyalah lot lot kecil yang didirikan secara tidak sah. Tapi mendapat restu atau kelulusan dari majlis daerah Semporna. Lupakan ini, ini bukan isunya.

Isunya, adakah selepas ini pihak pentadbiran daerah Semporna akan mengambil sedikit inisiatif bagi menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh peniaga di jeti umum berkenaan?

Tolong jangan tambah himpitan kehidupan masyarakat, mereka berniaga pun kerana terpaksa bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Jadi haraplah persoalan ini diberikan pertimbangan yang wajar atau pilihan yang relevan. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s