KPTM Semporna Dipindahkan Ke Sandakan? 

Sejak dua tiga bulan lepas, sering admin terbaca malah kekadang kena tag. Pasal kolej KPTM Semporna yang dikhabarkan akan dipindahkan ke daerah Sandakan.

Kerana itu ia telah mengundang banyak luahan perasaan termasuklah dari kalangan pelajar KPTM itu sendiri.

Ada juga yang bertanya secara langsung pada admin, benarkah kolej KPTM akan dipindahkan?. Admin jawab, admin sendiri kurang jelas. Mungkin juga benar mungkin juga spekulasi semata-mata. Ini kan Malaysia yang di selia oleh UMNO, apapun boleh terjadi. 😉

Kalau benarlah ura ura itu, agaknya apa alasan yang boleh diterima akal. Tak kan soal kemampuan memandangkan daerah Sandakan berstatus bandar.

Pada admin, tidak ada alasan yang boleh digunapakai memandangkan, sebelum ini satu Maktab yang dikenali sebagai Maktab Sandakan telah di pindahkan ke Daerah Tawau pada sekitar tahun 2007. Menunjukkan daerah Sandakan bukannya lokasi yang strategik untuk menempatkan institusi pendidikan, dimana seolah olah daerah Sandakan tidak komersial sebagai pusat pendidikan.

Jadi tak kan pula, KPTM Semporna yang sudah mantap dipindahkan ke sana, apa barang. Pada masa yang sama tak kan pemimpin pemimpin UMNO Semporna buat tidak tahu. Apa lagi ia juga sejenis peluang yang mampu menjana pendapatan pada mereka. 😎

Kerana ini, ada perkara yang kita polemikkan,

Adakah UMNO begitu bangsat, hanya kerana Datuk Shafie Apdal tidak lagi bersama UMNO maka masyarakat Semporna yang menjadi mangsa permainan politik. Sedangkan yang bertanggungjawab membawa KPTM ke Semporna ialah Datuk Shafie Apdal itu sendiri. Dan UMNO kena faham, dengan adanya KPTM ia serba banyak telah menjana ekonomi daerah melalui kehadiran pelajar dari pelusuk negeri Sabah.

Adakah Yb UMNO Semporna mampu mempertahankan KPTM itu dari dipindahkan atau mereka sanggup menjadi boneka politik. Apa yang penting kocek mereka yang sarat, persetankan orang lain?

Mohon pencerahan?

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s