Tiga Kampung Menjadi Mangsa Kerakusan UMNO Sabah.

Tidak ada pendapat yang boleh dianggap rasional demi menghalalkan tindakan kejam keatas mana mana penduduk kampung yang diusir secara paksa. Sebab kononnya tidak ada pilihan diantara masyarakat dan tanggungjawab sebagai pegawai PBT atau saja atas nama pembangunan.

Sepatutnya sebelum tindakan kejam seperti ini dibuat. Telah ada perundingan yang serius diantara penduduk kampung dan pihak yang terbabit dan perundingan itu pula semestinya lah telah membuahkan jalan penyelesaian yang konkrit. Apa lagi andai tapak perkampungan itu hak milik persendirian yang baru mendapat kelulusan.

Dalam minggu ini saja, ada tiga buah kampung menjadi mangsa pemerintah atas nama pembangunan.

Pertama, perkampungan Lobang Lobang, Lahad Datu. Komuniti kampung itu telah diusir secara paksa. Perkampungan dibakar mengakibatkan penduduk lari bertempiaran hingga ada dikalangan mereka yang tidak sempat menyelamatkan harta benda. Kesian

Kedua, perkampungan Icebox, Tawau. Admin difahamkan penduduk kampung ini juga  dihalau secara  paksa. Sedangkan belum ada cadangan tapak perkampungan baharu yang disediakan? Kesian

Ketiga, perkampungan Titingan, Tawau. Walaupun proses pengusiran tampak mengikut peraturan. Tapi sudah adakah tapak penempatan baharu yang telah dikenal pasti? Kesian 

Admin percaya, dalam hal ini, pentabiran negeri lah yang wajib dipertanggungjawabkan. Memandangkan kelulusan sebesar membakar dan menghalau secara paksa memerlukan kelulusan dari Ketua Menteri?

Maka itulah, mungkin pemimpin UMNO Lahad Datu dan Tawau tidak boleh dipersalahkan secara total? Tapi Ketua Menteri Sabah, selaku Pengerusi Perhubungan BN/UMNO Sabah, Datuk Musa Aman, sejauh mana beliau menanganinya.

Mohon pencerahan?

Sebagai makluman, Kampung Baru yang terletak di tengah tengah bandar Kuala Lumpur asalnya berstatus setinggan tapi akhirnya diiktiraf sebagai perkampungan Melayu. Ekoran ketegasan komuniti di kampung berkenaan, malah sudah ramai dari mereka yang telah memiliki geran tanah. 

Nah kalau kita amati tidak ada beza tu dengan perkampungan atas air yang ada  di sepanjang pinggir darat, pantai timur Sabah. Tapi sehingga kini, kebanyakan dari perkampungan itu masih dikategorikan sebagai setinggan. Kalau ia pun kebanyakan penduduknya  agak kurang berpendidikan, sebagai pemerintah urus lah mereka dengan baik. Tanpa mereka tidak UMNO memerintah sehingga hari ini. 

Seperti contoh perkampungan Icebox, Tawau. Asalnya dikenali sebagai Kampung Gusung yang wujud semenjak zaman pemerintahan kolonial. Tapi tidak pernah diiktiraf seperti mana kampung Baru. Kesian

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

One thought on “Tiga Kampung Menjadi Mangsa Kerakusan UMNO Sabah.

  1. Wahai admin,jgn kaitkan dengan politik.semua dilakukan demi keselamatan negara.fyi admin tmpt tersebut menjadi sarang PATI, dadah dan gejala sosial. Sila buka fb pdrm cawangan tawau. Lg satu semua penduduk sudah diberi notis amaran terlebih awal tapi tak diendahkan.salah siapa??masuk rumah org tanpa kebenaran satu kesalahan besar.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s