Tengku Adnan Enggan Istihar Harta Sebab Dari Sumber Yang Haram?


KUALA LUMPUR: “Jika saya isytihar aset, anak dan isteri saya mungkin diculik.”

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila ditanya mengenai gesaan supaya beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mengisytihar aset mereka.

Tengku Adnan berkata beliau merupakan seorang ahli perniagaan sebelum menceburi politik dan mempunyai banyak aset.

“Saya tidak akan isytihar aset saya kepada orang ramai. Saya hanya akan isytihar apa yang dikehendaki.

Sumber Astroawani

Tengku Adnan ingat, hari ini orang tidak tahu yang dia kaya raya dan ada potensi menjadi mangsa culik. 😉

Tidak ada yang perlu disembunyikan dari pengetahuan rakyat andai benar, harta yang dia miliki tidak datang dari penyalahgunaan kuasa.

Isytihar saja, kerana yang benar tetap akan benar. Apa lagi jawatan yang dia sandang sekarang hasil dari sokongan masyarakat. Ertinya masyarakat ada hak keatas setiap diri satu satu pemimpin termasuklah diri Tengku Adnan.

Tapi merujuk pada dolak dalih Tengku Adnan itu, tampak ada yang tidak kena. Sedangkan dulu bukan main, ketika mempersoal Anwar Ibrahim sebab enggan mengangkat sumpah, sedangkan kerja menjunjung al Quran ni, bukannya kerja main main atau kerja politik. Berbanding gesaan mengisytiharkan harta.

Kawan kawan tahukah, beribu sudah nama individu terkaya di dunia ini di senaraikan di muka depan majalah Fortune. Tapi tidak pula mereka takut kena culik atau risau disiasat oleh pihak penguatkuasa. Kerana mereka tahu dari mana datangnya kemasyhuran mereka.

Berbeza dengan Tengku Adnan tu. Nah jangan tipu 😎

#politikbolos #sabahubah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s