Kenapa Zahid Bukannya PM Najib Razak-PBB

Kebiasaannya yang menghadiri mesyuarat diperingkat sebesar PBB ialah pemimpin nombor satu negara (MO1). Kalau dari konteks Malaysia, PM Najib Razak lah yang patut hadir. 

Tapi pada kali ini agak menghairankan tempat Perdana Menteri Malaysia diambil oleh Timbalannya Datuk Zahid Hamidi. Apa lagi sebagai pengerusi mesyuarat. 

Dua tiga hari yang lepas kita dimaklumkan melalui akhbar perdana, bahwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan debat terbuka bagi mencegah percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Kenapa bukan PM Najib Razak ya?Adakah kerana prosiding Mahkamah Amerika yang sedang berjalan yang melibatkan Jho Low dan Reza, anak tirinya  sebab terdakwa sebagai terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram. Kebetulan nama PM Najib Razak turut dikaitkan sebagai MO1 yang sedang dicari oleh DOJ? 

Dek kerana itu takut kena cekup, maklum takat kekebalan Perdana Menteri Malaysia bila sudah berada di bumi Uncle Sam, apa lah sangat. 😉 

Dari sini kita sudah nampak, ketakutan melampau PM Najib Razak. Beliau sanggup duduk terperuk di Putrajaya. Walhal paling mereka suka kalau ada lawatan ke luar negara, boleh menyelam sambil minum air?

Berbalik pada persoalan pokok, kenapa ya bukan PM Najib Razak tapi TPM Zahid Hamidi? 

Hello kawan, ini bukan tuduhan secara sambarono, sebab itu perlukan pencerahan yang segera. Sebab kini majoriti rakyat Malaysia sedang tertanya tanya? 

Advertisements

One thought on “Kenapa Zahid Bukannya PM Najib Razak-PBB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s