Sidang Media Sejenis Konpirasi Menjatuhkan Kerajaan, Naib Pemuda UMNO Malaysia – Lucu 

Bercakap semasa majlis perasmian mesyuarat sayap Umno bahagian Teluk Kemang di Port Dickson, Khairul mempertahankan laporan polis yang dibuat terhadap bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Azwan berkata, apabila beliau membuat laporan polis pada 26 Julai yang lalu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumpul sekumpulan media antarabangsa di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pada hari yang sama, saya terdengar Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim akan hadir pada sidang akhbar khas dengan mereka dijangka bercakap mengenai laporan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“Sidang media itu akan direkodkan dan klipnya akan dibawa terus kepada Mahathir di Jakarta. Beliau bercadang untuk berkongsi dengan seluruh media antarabangsa yang datang untuk sesi temu bual itu, ” menurut Azwan lagi, memetik laporan akhbar

Sumber Malaysiakini.

Lemahnya alasan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kenapa dia membuat laporan Polis terhadap tiga Tan Sri.

Alasannya ialah kerana dia mendengar khabar yang tiga Tan Sri akan membuat sidang media yang dihadiri oleh media antarabangsa. Ekoran kenyataan DOJ berkaitan skandal 1mdb, dimana sidang itu boleh ditafsirkan sebagai konspirasi menjatuhkan kerajaan. Lucu, lebih kurang MP Langkawi. 😉 

Kalau ia pun apa masalahnya. Bukannya kah sebelum ini, ada ramai pemimpin dari parti bukan kerajaan yang mempersoal kewibawaan PM Najib Razak berdasarkan pendedahan WSJ, Sarawak Report dan yang terbaru dari kerajaan Amerika, DOJ.

Itu portal WSJ dan Sarawak Report sudah berkulat, membongkar penyelewengan di dalam 1mdb. Malah ada pihak yang berpendapat bahan atau  bukti yang dimiliki oleh FBI dan DOJ kebanyakannya datang dari  dua sumber, WSJ dan Sarawak Report. Tapi selama ini tidak ada tindakan undang-undang yang dikenakan oleh 1mdb atau kerajaan Malaysia. Bisu, kenapa? 

Admin ingatkan yang dimaksudkan oleh Naib Pemuda UMNO Malaysia sebagai konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia ialah sama seperti apa yang berlaku di negara Turki, melibatkan agensi keselamatan. 

Padan pun laporan polisnya di tong sampahkan.


#politikbolos #sabahubah 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s