Tawfiq Tidak Bertanggungjawab – Sabah For Sabahan. 

Mana mana pemimpin Sabah seperti Datuk Tawfiq Titingan yang tidak berani malah memesongkan fakta slogan Sabah For Sabahan sedangkan ia tidak bahaya berbanding propaganda UMNO yang dipanggil Ketuanan Melayu hingga telah mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan kaum Cina, India dan Bumiputera. Maka mereka tidak layak diangkat sebagai pemimpin orang Sabah. Ingat itu!

Slogan Sabah for Sabahan, bukannya agenda membawa Sabah keluar dari Malaysia atau akan mencetuskan sentimen yang akan menggugat keharmonian rakyat khususnya di antara masyarakat Sabah dan Semenanjung seperti yang didakwa oleh Datuk Tawfiq Yb DUN Apas dan beberapa lagi pemimpin BN. Tapi merupakan tuntutan dalaman agar hak orang Sabah diletakkan pada tempatnya yang merangkumi semua segi seperti keistimewaan yang di kecapi oleh masyarakat Melayu, Semenanjung. Lengkap dengan prasarana walaupun mereka diperintah oleh Parti bukan kerajaan (pembangkang).

Bukan sekadar retorik seperti yang ada sekarang, kononnya Bumiputera Sabah ada keistimewaan tapi pada hakikatnya habuk pun tidak ada. Apa yang sepatutnya menjadi milik mereka pula dirampas oleh pemimpin pemimpin BN dan kroni mereka. Bukan itu saja, malah status sebagai Bumiputera boleh dijual beli.

Seperti contoh, ada berapa ribu ekar tanah dan laut yang menjadi milik pemimpin pemimpin BN yang dimiliki secara tidak “sah” dan berapa ribu pula orang Sabah yang dihalau dari tanah atau kediaman mereka hanya kerana mereka tidak memiliki dokumen pemilikan yang sah kerana permohonan telah dimanipulasi oleh Jabatan dengan kerjasama pemimpin pemimpin tempatan BN?

Sebab itulah kenapa orang Sabah perlu bangkit melalui slogan Sabah For Sabahan supaya tidak lagi mudah diperkotak katikkan. Bukannya menuntut autonomi total atau sengaja ingin menjejaskan hubungan kaum, seperti yang didakwa oleh Datuk Tawfiq. 

Sabah maju tanpa UMNO 😎

UMNOexit.

One thought on “Tawfiq Tidak Bertanggungjawab – Sabah For Sabahan. 

  1. Reblogged this on Jalin Luin and commented:

    Ini admin Reblogged, sebab ada pula dikalangan mereka yang bukan siapa siapa pada UMNO. Sedang mencanang kononnya agenda parti Warisan ialah untuk keluar dari Malaysia.

    Hairannya walaupun ada dikalangan mereka yang tahu cerita sebenar tapi sengaja mendiamkan diri, membiarkan kawan kawannya terus berada dalam ketololan. Apa jenis manusia, baik kamu berkawan dengan haiwan ada faedah lagi.

    #politikbolos #sabahubah

    Like

Leave a comment