Musa Yang Patut Malu Bukan Shafie. 

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO, Zulkarnain Mahdar. Tidak habis habis dengan kenyataan tidak cerdiknya. Sepatutnya telah lama malu pada diri sendiri. 

Kali ini dia mempersoal kononnya kegagalan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW. Kerana sebelum ini tidak  berhubung dengan Pegawai Daerah yang ada di setiap daerah. Oleh itu konon sepatutnya Shafie Apdal malu pada masyarakat luar bandar. 

Nah bukan Shafie Apdal yang patut malu tapi GAUM yang menjadi tali barut Musa Aman dan Musa Aman itu sendiri. Baca entri dibawah, 
Bukan tidak mahu berhubung atau memberikan peruntukan pada Pegawai Daerah atau pentadbiran negeri. Tapi risau kalau peruntukan itu nanti hanya menjadi milik kroni negeri. 

Bukan masyarakat Sabah tidak maklum, pentadbiran negeri Sabah yang cukup dikenali sebagai vakum. Projek kecil pun mereka sapu. 
Pernah seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian tertentu memohon projek bekalan air, diperingkat KKLW telah mendapat kelulusan tapi sampai urusannya di peringkat negeri, kroni Musa yang ambil itu projek. Entah apa jadi dengan projek berkenaan, admin tidak tahu. 

Nah itu antara sebab kenapa Shafie Apdal tidak menyalurkan banyak peruntukan ke pejabat atau pentadbiran negeri Sabah. 
Untuk juga makluman Brother Zulkarnain, peruntukan 5 bilion yang diperuntukkan pada KKLW hanyalah retorik. Tidak kesemuanya disalurkan pada Kementerian KKLW, Jabatan Perdana Menteri juga mengambil bahagian. Sebab itulah pernah kita dengar JPM pun terlibat dalam mengagihkan bantuan tangki biru 1Malaysia. 

Semasa Shafie Apdal memegang portfolio Kementerian KKLW, saban tahun peruntukan KKLW sengaja dikurangkan, mula mula 5% lepas itu 10% dan seterusnya. Maka itulah  permohonan peruntukan tambahan berlonggok di meja Pegawai Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan. Tapi telah disalah tafsirkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Itu NGO GAUM lain kali kalau tidak tahu apa apa tanya dulu. Sebaliknya GAUM dan Ketua Menteri Sabah yang sepatutnya dipersalahkan. Sebab sikit pun kerja kamu orang tidak menyenangkan masyarakat Sabah yang ada di luar bandar. Alih alih hanya Kota Kinabalu yang dimajukan, biar kononnya nampak membangun, setaraf dengan Kuala Lumpur. Tapi sampai hutang ratus ratus juta apa barang. Sudahlah projek itu kamu yang bedal, akhirnya bangunan itu juga kamu yang punya. 

Bagaimana dengan tanah yang berkeluasan beratus ribu ekar menjadi milik Musa atau kroninya. Bagaimana pula dengan sistem bekalan air di Pulau Gaya yang disediakan untuk komuniti setempat tapi dipindah menjadi milik empunya resort di Pulau berkenaan, dikhabarkan pemilik resort berkenaan adalah ahli keluarga Ketua Menteri. 

Sabah maju tanpa UMNO. 😎

Advertisements

3 thoughts on “Musa Yang Patut Malu Bukan Shafie. 

  1. KEMELLIA……TIDAK WAJAR PIBG-IBUBAPA DAN MURID DI KERA UNTUK KUTIP DERMAH UNTUK BAIKI BANGUNAN SEKOLAH GESAAN NOH OMAR.

    OLEH: SHAIMON S JUMADI
    www///sabahinsider14.blogspot.com
    Thursday August 04/2016

    DESAKAN Ahli Parlimen Segambut Tan Sri Noh Omar agar Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) duseluruh Negara agar mengadakan pungutan derma kepada para ibubapa dan murid-murid sekolah berkenaan untuk pembiayaan memperbaiki bangunan sekolah.

    Gesaan Noh Omar terhadap para ibubapa dan murid-murid supaya mengandakan pungutan derma itu sama sekali tidak boleh diterima dan tidak masuk akal kerana menjurus untuk menyusahkan para ibubapa dan murid-murid terbabit.

    Kenapa kerajaan tidak mempunyai dana atau peruntukkan yang disalurkan kepada kementerian Pelajaran untuk pelbagai kegunaan kenapa rakyat khususnya para ibubapa pelajar akan menjadi mangsa keadaan ini jelas Noh Omar mahu menyusakan para ibubapa berkenaan.

    Dato Seri Paduka Kemellia Hassan seorang Aktivis Sosial Masyarakat ketika mengulas kenyatakan Presiden Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) peringkat Nasional Pro. Madya Mohd Ali Hassan yang beratajuk “Kutip Derma…Kami Bukan Bank Sekolah Jawab PIBG” yang tersiar di Free Malaysua Today (FMT) pada 02/08/2016.

    “Kita nak tahu adakah gesaan Noh Omar itu menyeluruh supaya PIBG-ibubapa dan murid-murid sekolah berkenaan diwajibkan menderma untuk tabung pembiayaan ubah suai semua bangunan sekolah atau khas untuk di negeri Selangor sahaja” tanya Kemellia.

    Kata Kemellia lagi jika gesaan itu menjadi kenyataan ini benar-benar akan menyusahkan rakyat dan ibubapa seluruh Negara ataupun seluruh negeri Selangor.

    Jadi di mana peruntukan dan bajet kerajaan untuk tahun 2016 yang telah disalurkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kenapa masih memerlukan bantuan daripada ibubapa dan murid-murid untuk memungut derma tersebut.

    Kemellia menambah sebagai orang ahli parlimen Segambut Noh Omar harus mempunyai akal yang waras kalau hendak membuat sebarang cadangan bukan main hentam keromoh yang boleh menimbulkan keraguan dan kegeliasaan para ibubapa seluruhnya.

    Like

    1. Tolong semak betul2. Noh Omar bukannya MP Segambut. Dia wakil Tanjung Karang.
      Dan dialah yg usulkan PIBG kutip derma sejak dilantik jadi menteri!!
      Jadilah rakyat yg membaca. Aktivis yg celik. Bukan tutp mata je.

      Like

  2. PERUNTUKAN KKLW: BUAYA MERATA-RATA
    ( kritikan Zulkarnain membuta tuli)

    OLEH: ISMAILY BUNGSU
    www///sabahinsider14.blogspot.com
    Thursday August 04/2016

    KITA kenal siapa Zulkarnain Mahdar dan asalnya dari mana dan apa ia lakukan sebelum ini.

    Dia akui sebagai pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO di Sabah entah didaftar entah tidak/entah diiktiraf entah tidak itu tidak kita ketahui. Kemungkinan haram.

    Kita juga tahu apa motif dan tujuannya yang selama ini konon rajin mengkritik pembangkang dan tentulah dia itu budak suruhan yang usaha mendapatkan habuan.

    Dia katakan DSSA sepatut malu datang ke pedalaman. Apa yang dimalukan sebab DSSA bukan pencuri dan bukan perampok khazanah negara bangsa dan bukan membedal projek untuk ia kaya sendiri.

    DSSA tidak punya bangunan dan tidak punya hotel di Kota Kinabalu dan harta tidak melimpah dan dia bukan seorang jutawan dan tidak punya wang di luar negeri dan anak-anak juga hidup macam biasa.
    Kalau bukan pencuri atau perampok, lalu untuk apa malu dan yang sepatut malu mereka yang asyik membontoti atasan dan menjadi budak suruhan kesan dapat habuan projek membersih parit demi hidup bergaya pandu ninja.

    Terbaru Zulkarnain mengatakan konon DSSA gagal memberikan peruntukan kepada pegawai daerah dan tidak berhubung dengan pegawai daerah. Itu memang benar tapi apakah Zulkarnain tahu sebab-sebabnya?

    Zulkarnain kena tanya setiap ahli perlimen berapa mereka dapat dari KKLW setiap tahun dan ini usaha disembunyikan.

    Kita tahu bila saja KKLW meluluskan peruntukan dan disalurkan kepada pejabat daerah maka di situ banyak sangat sang buaya yang meranap kesemua peruntukan dan itu diarahkan oleh YB tertentu atas alasan yang memohon bukan kroni. Lalu dimana keadilannya?

    Kontraktor kecil kelas F di Sabah amat tahu sistem tadbir di pejabat daerah termasuk di Jabatan Pembangunan Sabah yang dikuasai oleh seorang Musa Aman.

    Pernah ketua Wanita Bahagian mohon peruntukan bekalan air dan di KKLW telah meluluskan tetapi bila sampai di pejabat daerah, kroni Musa Aman yang dapat dan jelas itulah sebab-sebabnya kenapa tidak berhubung dengan pejabat daerah.

    Satu hal lagi yang dikatakan oleh Zulkarnain Mahdar konon KKLW mendapat peruntukan 5 bilion jelas itu hanyalah RETORIKA sebab tidak semuanya disalurkan kepada KKLW sebalik diselia jaga oleh Jabatan Perdana Menteri dan merekalah yang mengagih2kan bantuan tangki biru 1 Malaysia.
    J
    elasnya kritikan Zulkarnain tidak lebih hanya melihat dari kata mata emosi kesan arahan tetapi tidak tahu masalah pertama yang terus membedal apa saja peruntukan dari KKLW.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s