UMNO Buat Perhimpunan Besar Besaran Di Daerah Semporna. 

Wah kerja tidak berfaedah UMNO yakni membazir wang rakyat sudah bermula kali ini bertujuan mengerjakan kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal khususnya di daerah Semporna, umumnya Sabah.

Dikhabarkan akan ada perhimpunan besar besaran UMNO di daerah Semporna bertujuan menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahwa UMNO di daerah Semporna masih utuh walaupun tanpa mantan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kamu masyarakat Semporna atau Sabah jangan gusar, takut atau bimbang, apa yang penting ialah tetapkan pendirian bahawa hanya Datuk Seri Shafie Apdal atau politik tempatan telah menjadi pilihan. Jangan lagi sanggup dianggap bodoh oleh orang luar.

Ingat UMNO hanyalah wadah yang tidak mampu melakukan kebaikan kalau pemimpin itu tidak bertanggungjawab. Lihat apa berlaku sebelum ini, kebanyakan Yb di negeri Sabah terdiri dari kalangan pemimpin UMNO/BN tapi apa yang mereka telah lakukan terhadap diri anda, selain pemberian BR1M dan beberapa kerja berkebajikan yang sudah menjadi tanggungjawab pemerintah. Ditakdirkan parti pembangkang yang menjadi pemerintah pun, mereka juga mampu melakukan kebajikan yang sama.

Soal pemberian tanah jangan ceritalah, kini kebanyakan tanah tanah yang berkeluasan beribu ribu ekar di negeri Sabah telah menjadi milik kroni. Orang tempatan, apa yang ada. Kamu orang berurusan pun, urusan akan digagalkan.

Berpuluh tahun Sabah di bawah pentadbiran BN, tapi majoriti masyarakat Sabah kekal berada di takuk lama.

Admin dikhabarkan perhimpunan itu nanti akan menghimpunkan seramai mungkin masyarakat dari pelusuk negeri Sabah. Disana nanti pemimpin pusat dan negeri akan UMNO berucap. Jadi, dengar boleh tapi jangan diikut. Sudah sudahlah, kamu lagi sedang pemimpin yang berjasa kepada mereka pun, sanggup mereka pinggirkan. Setakat marhaen, apa lah sangat, hanya berharga di saat pilihanraya.

Kalau boleh, kamu masyarakat Sabah jangan menghadirkan diri, ini soal maruah yang wajib dipertahankan, buktikan pada mereka. Ingat, UMNO telah meminggirkan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal hanya kerana beliau bercakap perkara yang benar. Itu satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.

Kawan kawan nampak tak, UMNO sudah mula merasa tergugat, mereka sedar apa nasib yang akan menimpa mereka selepas ketiadaan Shafie Apdal. Dimana gelombang kebangkitan masyarakat Sabah tidak lagi boleh dibendung.

Sabah for Sabahan. 😎

Advertisements

4 thoughts on “UMNO Buat Perhimpunan Besar Besaran Di Daerah Semporna. 

  1. Ya… Saya sangat berharap agar diperhimpunan tersebut, makin ramai lagi yang akan keluar dari UMNO terutama orang Bajau. UMNO itu parti Melayu bukan pati Bajau. Sedar-sedarlah diri tu sikit. Tidak percaya, cubalah isi borang dan perhatikan di bahagian Bangasa atau keturunan. Melayu tetap Melayu. Bajau?.. Kalau tidak menyokong usaha DSSA sekarang, bila lagi? Pilihan raya akan datang kalau UMNO / BN menang lagi, insyaAllah, semakin sengsaralah kita. Sekarang pun jabatan-jabatan kerajaan persekutuan sudah kehabisan duit dan tiada lagi peruntukan tambahan. Malaysia semakin tenat! Semakin tenat!
    Kerajaan sekarang gah di luar, tapi hancur di dalam. Kongsi-kongsikanlah masej ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

    BAJAU SEMPORNA BERBAKTI KEPADA SABAH dan MALAYSIA.

    Like

  2. Musa Aman si Keling tu juga perlu ditukar. Jangan sampai jadi macam di LD. Si Keling ni beli kampung orang, dan penduduk asal kampung tersebut habis dihalau dari tanah sendiri..

    Jangan peduli cakap Datuk RM. Kalau Musa Aman dah jumpa calon yang sesuai dari keturunan Keling di Semporna, Datuk RM pasti ditukar dan Keling juga yang akan naik. Tidak percaya? Pantai Barat Sabah 16 kerusi diduduki oleh geng Keling. Semua suku sakatnya.

    Kesianlah DRM jadi batu loncatan si Keling.. Selamatkan juga DRM..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s