Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi – Keluar UMNO 


Dibawah, masej dari Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi :-

Bismillahirrahmanirrahim…

UMNO kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah. Walaupun pada awalnya UMNO agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti UMNO kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat. Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti UMNO ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti UMNO ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa, saya;

Pg Roslan bin Pg Nasrun, Naib Ketua UMNO Batu Sapi.

mengumumkan keluar parti UMNO serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.

Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan.

*Dijangka lebih ramai akan menyusul…

Advertisements

3 thoughts on “Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi – Keluar UMNO 

  1. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi bagi setiap pemimpin parti UMNO mengambil kepentingan bagi membela nasib orang Melayu Dan bumiputra di Sabah. Bagaimana pula dengan bumiputra di Sarawak? Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang bukan bumiputra? Siapa nak jaga nasib mereka? MIC bagi kaum India? MCA bagi kaum cina? Tak mungkin. Sebab hanya Presiden UMNO saja Akan dipilhi sebagai PM dan bukan dari kaum kaum lain. Dan Presiden UMNO pula otomatic menjadi PM kepada semua rakyat Malaysia. Setiap ahli UMNO harus mengambil kira kepentingan setiap rakyat Malaysia selain daripada menjaga kepentingan nasib orang Melayu. Ingat. Sumbangan terhadap GDP adalah daripada setiap rakyat Malaysia tak kira apa kaum.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s