Ketegasan UMNO dan Perjuangan STAR Serta SAPP Adalah Palsu. 

Gambar yang membawa seribu makna pada politik UMNO yang sebelum ini banyak bertegas soal kesetiaan pada parti, jika tidak mereka akan dituduh sebagai penderhaka UMNO.

Lihat apa yang menimpa Datuk Seri Shafie Apdal, mantan Naib Presiden UMNO Malaysia. Di dakwa bersekongkol dengan pembangkang hanya kerana beliau tidak lagi sehaluan dengan Presiden UMNO Malaysia, Najib Razak yang terpalit dengan banyak skandal penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi?.

Dek kerana itu, satu demi satu pengaruh Datuk Seri Shafie Apdal di dalam UMNO cuba dihapuskan sehinggalah Datuk Seri Shafie mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO selepas keahlian UMNOnya digantung. Tanpa melalui proses keadilan yang tertulis dalam perlembagaan UMNO.

Tapi bagaimana pula dengan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman seperti mana gambar. Jelas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang STAR, Dr Jeffrey Kitingan bagi membincangkan kononnya 20 perkara yang mendapat sokongan daripada  SAPP, Yong Teck Lee. 

Tidakkah perbuatan itu mampu memperkasakan politik pembangkang dimana mereka mendapat kekebalan dari tindakan undang undang, pada masa yang sama akan menjejaskan kekuatan BN di negeri Sabah. Dan yang paling penting adakah perkembangan ini tidak menyalahi prinsip UMNO aka BN, kenapa Anifah Aman tidak dikenakan tindakan disiplin?.

Selain apa yang kita polemikkan diatas, disini juga kita telah jelas rupa rupanya agenda STAR dan SAPP yang kononnya berusaha menumbangkan BN hanyalah lakonan semata mata malah  bersekongkol dengan BN. Mereka tidak boleh dipercayai, hemmm. 

Tidak bermakna dengan ini admin menolak agenda yang disenangi oleh masyarakat Sabah tapi apa yang admin cuba tekankan ialah retorik UMNO yang tampak mengutamakan kesetiaan pada parti tapi rupanya palsu, hanya laku pada kumpulan tertentu yang terdiri dari pemimpin pemimpin atau ahli UMNO. Nampak jelek ini politik UMNO kan, jelek sangat sangat begitu juga dengan STAR dan SAPP, depan cakap lain, belakang cakap lain.

Mohon pencerahan?. 😎

Advertisements

4 thoughts on “Ketegasan UMNO dan Perjuangan STAR Serta SAPP Adalah Palsu. 

  1. Siapa lagi party local Sabah yng kita percaya untk memperjuangkn M63 dan perkara 20?..klu ni STAR dan SAPP sudh bersekongkol dengan umbo.

    Like

  2. Pencerahannya sama seperti PKR dan DAP. Lihata sahaja DS Anwar sekarang merangkuk dalam penjara dan Dr. Mahathir yang diagung-agungkan.
    Apa pula yang terjadi di PRN Sarawak 2016? Pertembungan antara parti Harapan Rakyat yang dikatakan mahu menggulingkan BN. DAP & PKR bersaing sesama sendiri.
    STAR yang diwakili oleh Dr. Jeff menuntut PM1963 dihormati dan kuasa autonomi yang termaktub dalam 20 Perkara dipenuhi. Salahkah? Apa punya pencerahan yang anda inginkan kalau berniat ada udang disebalik mee?
    *ps. Inipun kalau admin berani post.

    Like

  3. What Shafie do is fighting the UMNO leadership and supporting the removal of President UMNO of which has been categorized as traitor. What Hanifah is doing is engaging NGO and Opposition group to have solid collaboration to fight for Sabah Right’s Restoration. Kicking Hanifah Aman out will only give bigger bullet for opposition to fire back at federal. Both situation has different consequences and has been deal differently.

    Like

  4. Reblogged this on Neo Kihampau Tohoh and commented:

    Entri asal ini bertarikh 08hb July 2016 . Tapi entry ini mampu menjawab kenyataan terbaru Anifah Aman yang mempertahankan kerjasamanya dengan pemimpin pemimpin pembangkang, berhubung tuntutan perjanjian Malaysia, 1963. Dimana dalam masa yang sama Datuk Shafie Apdal merujuk pada tindakan yang dikenakan oleh UMNO ke atas Muhyiddin Yassin selepas duduk semeja dengan pemimpin pembangkang sewaktu menandatangani deklarasi rakyat. Berbanding Anifah Aman walaupun jelas duduk satu meja dengan pembangkang.

    Anifah Aman pada kenyataan terbarunya berpolemik, kononnya kerjasama itu untuk kepentingan masyarakat Sabah. Tapi kalau benar itu untuk kepentingan masyarakat Sabah kenapa tidak diusulkan di sidang DUN bagi mendapatkan restu? Baik kita lupakan saja persoalan ini, terlalu retorik.

    Anifah Aman kena faham, persoalannya sekarang ialah bukan lagi soal matlamat atau tujuan tapi kerjasama dengan pembangkang itu sendiri, yang sebelum ini amat ditegah oleh UMNO. Tapi membisu bila dirinya yang melakukannya, kenapa?

    Mengenai penafian Datuk Anifah Aman, kononnya Datuk Shafie Apdal telah menghina masyarakat Kimanis khususnya dan umumnya Sabah. Sebab hanya mengemukakan permohonan projek sebanyak RM 500 ribu, ini nanti kita ulas tapi itupun kita tengok keadaan. 😉

    #politikbolos #sabahubah

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s