Tatapan Buat Orang Sabah.

Rentetan pergolakan politik semasa negeri Sabah yang dicetuskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Nah kalau anda masyarakat Sabah tidak mengambil iktibar sekaligus belajar melawan, lambat laun kamu orang akan “mati” terhina di bumi sendiri.

Malah tidak hanya mematikan diri anda tapi generasi yang akan datang.

Pergolakan yang berlaku pada hari ini adalah kesempatan berharga pada masyarakat Sabah bagi mengubah iklim politik dan sosioekonomi masyarakat Sabah itu sendiri dan yang paling penting ia merupakan peluang keemasan bagi melahirkan pemimpin tulen sebagai wakil masyarakat Sabah ke peringkat nasional yang membawa agenda total masyarakat Sabah.

Kuasa mutlak dalam politik perlu kita cipta dan pastikan berada dalam genggaman kerna dengan kuasa segala perubahan yang kita inginkan akan mampu di realisasikan. Ingat itu 

Sebelum ini Datuk Seri Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO Malaysia telah digantung keahlian UMNOnya tanpa alasan dan proses penghukuman yang jelas. Ekoran itu beliau telah keluar daripada UMNO. 

UMNO lupa, antara individu utama yang bertanggungjawab membawa UMNO ke negeri  Sabah ialah Datuk Seri Shafie Apdal. Bukan hanya membawa tapi menyebar luaskan UMNO ke pelusuk negeri Sabah. Tapi apa yang berlaku pada hari ini, Datuk Seri Shafie Apdal dipinggirkan hanya kerana beliau menyuarakan kebenaran atau salahlaku Presiden  UMNO di dalam mengurus wang rakyat. 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s