Annuar Musa, Mengata Shafie Dia Sendiri Petualang Negara. 

Annuar Musa kata, Shafie Apdal ibarat duri yang tercabut selepas diri Shafie Apdal keluar dari UMNO membuktikan Shafie Apdal menyedari akan kesalahan yang dia lakukan. Dengan demikian tindakan Shafie Apdal keluar dari UMNO  telah melegakan UMNO dengan itu juga UMNO bolehlah kononnya menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat.

Itu kenyataan yang karut, berdekad UMNO menjadi tulang belakang BN, tapi apa kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat Sabah berbanding masyarakat di Semenanjung?. 

Kalau tidak kerana inisiatif Shafie Apdal ketika menyandang jawatan KKLW dengan menyalurkan banyak peruntukan ke negeri Sabah, tidak masyarakat luar bandar seperti yang ada sekarang. Tapi itupun, siap bertekak sebelum ada kata putus, walhal tanpa undi masyarakat Sabah, sudah lama UMNO menjadi pembangkang.

Beginilah kejahilan politik UMNO, mereka tidak boleh lagi membezakan antara yang benar dan salah.

Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz mereka dipihak yang benar kerana jelas mempersoalkan kredibiliti PM Najib Razak dari konteks 1MDB. Dimana sehingga kini persoalan persoalan yang mereka timbulkan tidak mampu dijawab dengan baik. Tidak menjawab dengan baik pada masa yang sama memecat atau menggantung keahlian tiga pemimpin disebut diatas sudah cukup menunjukkan siapa sebenarnya yang bersalah sekaligus wajib ditolak di PRU akan datang.

Kesimpulannya Annuar Musa tidak layak mempersoal kepimpinan Shafie Apdal, sebab terbukti selama ini dia tidak mampu mengUMNOkan Kelantan dan Annuar Musa sendiri tidak berani bercakap benar mengenai skandal 1MDB. Walaupun 1MDB telah menjadi bualan masyarakat dunia.

Admin yakin kenyataan Annuar Musa diatas ditujukan khususnya pada penyokong totok UMNO dan bukannya pada  rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Sabah yang jauh cerdik dari mereka. Annuar Musa ni pandai mengata Shafie Apdal dia sendiri petualang negara atas atas nama UMNO dengan menyokong kebatilan. 😝

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s