Totok UMNO Marah Pada Fakkah Fuzz. Hemmm

Blog tolol pro UMNO aka Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin menggesa agar kerajaan menyenaraihitamkan pelawak terkenal Singapura, Fakkah Fuzz daripada memasuki negara ini.

Kerna sebelum ini, Fakkah Fuzz menerusi adegan lawaknya menggambarkan kelakuan PM Najib Razak dari konteks 1MDB, sebagai pemimpin yang tidak berkredibiliti (pencuri).

Selama ini, banyak pihak yang mendesak supaya PM Najib Razak menyatakan kedudukan sebenar wang rakyat yang disalurkan kepada 1MDB tapi tidak mendapat peduli, seolah olah rakyat Malaysia tidak tahu apa yang berlaku.

Bila persoalan yang menjadi bualan masyarakat tidak dijelaskan dengan sebaiknya, maka kita sebagai rakyat berhak membuat spekulasi mengikut kefahaman masing masing. Apa lagi pada seorang pelawak, seperti mana Fakkah Fuzz lalu memarahinya. Hemmm 

Matang lah sikit. Sampai bila totok UMNO marah pada pihak yang berkata benar, sedangkan pada masa yang sama tidak berani berhadapan dengan hakikat kebenaran. Mampu kah jentera UMNO mengekalkan ketololan rakyat Malaysia, supaya rakyat ini terus mendiamkan 1MDB?.

Selepas admin memuat naik adegan lawak Fakkah Fuzz dalam Blog admin yang menjadikannya viral. Pelawak Fakkah Fuzz telah menghantar mesej permohonan maaf pada masa yang sama meminta jasa baik admin agar rakaman berkenaan dikeluarkan bagi menjaga hubungan baik di antara dua negara, Singapura dan Malaysia. Dalam masej itu juga beliau menyatakan bahawa beliau tidak berniat memalukan Perdana Menteri Malaysia. Ia hanyalah sekadar lawak biasa, tapi malangnya tidak boleh diterima oleh admin (rakyat Malaysia)

Di Singapura Thief Dipanggil Pencuri Di Malaysia Dipanggil Perdana Menteri 

Ini kerana pada tulisan itu, admin dengan sinis menggesa pada kerajaan Malaysia agar Fakkah Fuzz dikenakan tindakan. Tapi bukan pula bersungguh sungguh supaya Fakkah Fuzz dikenakan tindakan ;). Tujuan admin supaya pihak 1MDB membuat pencerahan yang lebih lanjut, tidak malah menyalahkan Fakkah Fuzz semata-mata.

Pada mulanya admin mempertimbangkan permintaan Fakkah Fuzz tapi admin mengubah fikiran, kerana pada pendapat admin, walaupun admin berbuat demikian tapi rakaman berkenaan telah viral, jadi sudah terlambat. Lebih baik admin edit artikel asal supaya beliau tidak dipersalahkan oleh terutamanya totok totok UMNO. 😝

Admin mahu tahu, negara Malaysia ini sebenarnya milik siapa, milik penjilat UMNO kah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s