Hanya Shafie dan Jaujan Layak Bercakap Pasal Masa Depan Ahli UMNO Semporna

image

Ada satu MP dan tiga Yb DUN di daerah Semporna tapi hanya dua dari mereka yang layak menentukan masa depan ahli UMNO Semporna sama ada kekal menyokong UMNO atau sebaliknya, mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal (MP) dan Datuk Jaujan (Yb DUN Sulabayan)

Untuk rekod, kemenangan calon BN di DUN Bugaya pada PRU13 yang lepas banyak dipengaruhi oleh kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal. Apa lagi Yb DUN Bugaya itu yakni Datuk Ramli tidak memegang sebarang jawatan di peringkat Bahagian UMNO Semporna. Jadi sifir mudahnya Datuk Ramli kurang layak bercakap pasal masa depan UMNO Semporna. Mengenai dakwaannya bahawa UMNO Semporna kekal utuh walaupun selepas tindakan Naib Ketua Bahagian UMNO yang keluar dari UMNO, hanya boleh didengar tapi perlu dipertimbangkan. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna yang juga Yb DUN Senallang.

Sama juga halnya dengan hala tuju politik, Timbalan, Naib, Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Semporna, ini kerana kemenangan atau pengaruh mereka betul betul datang dari pengaruh Ketua Bahagian yakni Datuk Seri Shafie Apdal. Buktinya semua calon yang menentang calon pilihan Datuk Seri Shafie Apdal kalah dalam pertandingan.

Bererti Datuk Seri Shafie Apdal secara total berkelayakan menentukan politik ahli UMNO dari konteks Bahagian UMNO Semporna.

Sebelum ini Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Jaujan telah membuat kenyataan rasmi bahwa dirinya dan Ketua Ketua Pergerakan Sayap kini tidak lagi bersama UMNO atau keluar dari UMNO. Kerana tidak berkenan dengan pentadbiran UMNO yang dilihat tidak lagi menyakinkan malah menyakitkan.

Kesimpulannya sebarang kenyataan yang menentang keputusan Naib Ketua Bahagian Semporna (wakil Ketua Bahagian) Datuk Jaujan Sambakong berhubung UMNO Semporna bolehlah diabaikan.

Umum kena faham, pergolakan yang berlaku sekarang adalah krisis diantara pemimpin dan parti politik bukannya dengan kerajaan.

Mohon pencerahan?.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s