Bukan 300 Cawangan Tapi Lebih 350 Cawangan Yang Bersetuju Agar Bahagian UMNO Semporna Dibubarkan.

image

Ada pula individu dari serpihan UMNO Semporna yang berlagak hero mempersoal tindakan Naib Ketua Bahagian sebab bertindak membubarkan Bahagian UMNO Semporna. Ekoran tindakan UMNO pusat yang menggantung keahlian UMNO Ketua Bahagian UMNO yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Shafie Apdal. Selepas tegas mempersoal penyelewengan dana rakyat yang disalurkan melalui 1MDB.

Tapi pada masa yang sama mereka tidak mempersoal keputusan UMNO pusat yang menggantung keahlian UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, walaupun tidak melalui peraturan yang benar.

Untuk itu mereka yang mempersoal tindakan Bahagian UMNO Semporna yang membubarkan UMNO Bahagian, bukan hanya meroyan tapi sebenarnya “gila” 😎

Kurang itu, membuat pula dakwaan yang tidak ada usul periksa, hanya berdasarkan gambar majlis yang belum atau sudah berakhir. Berdasarkan gambar itu perhimpunan didakwa hambar dari ahli UMNO,  sebab itulah perhimpunan itu tidak sah atau tidak mewakili ahli UMNO di daerah Semporna.

Hanya kerana gambar?. Cetek

Sedangkan pada ketika itu, admin berada di sana, menjadi saksi keadaan, sementara menunggu kedatangan Datuk Jaujan bagi menjelaskan kedudukan sebenar UMNO di Bahagian UMNO Semporna dan terbukti ramai yang hadir, 80% daripadanya terdiri dari Ketua Ketua Cawangan yang bersetuju agar UMNO Bahagian Semporna dibubarkan.

Disini ingin admin membuat pembetulan, jumlah sebenar Ketua Cawangan yang dibubarkan atau keluar dari UMNO bukannya 300 Cawangan seperti yang diketahui umum  tapi 350 Cawangan dari 481 Cawangan yang aktif di daerah Semporna.

image

image

Pada perhimpunan itu, Naib Ketua Bahagian, Datuk Jaujan, Yb DUN Sulabayan dan Ketua Wanita, serta Pemuda dan Puteri Semporna dengan tegas mereka keluar UMNO dengan melepaskan jawatan di dalam parti.

Kesimpulannya dakwaan sumbang kononnya pembubaran itu tidak mendapat sambutan terutamanya dari kalangan Ketua Cawangan, adalah tidak benar. Fitnah semata-mata.

Admin juga dimaklumkan, rupa rupanya individu yang sibuk mempersoal tindakan Bahagian UMNO Semporna itu, dia sendiri pernah diberikan amaran akan dikeluarkan dari Cawangan UMNOnya. Kerna sering mendatangkan masalah aka tidak disukai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s