Kempen PRK Bukannya Milik Parti Tapi Pengundi

image
Gambar dari pengguna Facebook

Bila tiba musim pilihanraya atau PRK, maka masyarakat akan didendangkan dengan pembangunan atau kerja berkebajikan yang sudah menjadi tanggungjawab pemerintah. Walaupun masih belum memadai atau hanya sedikit yang dinikmati oleh masyarakat.

Menyebabkan masyarakat terlena lupa akan kelemahan pemerintah atau penguatkuasaan oleh beberapa agensi hingga membawa kesan yang negatif terhadap kehidupan masyarakat, kehidupan semakin hari semakin terhimpit. Kenapa masyarakat tidak mempersoalkannya.?

Kempen politik bukannya milik parti yang bertanding tapi merupakan milik dan kesempatan pada masyarakat dalam meluahkan apa yang difikirkan perlu demi kebaikan diri dan komuniti.

Jangan rakyat atau masyarakat kekal berlagak budiman, pemerintahan yang baik dan berkesan datang dari desakan rakyatnya atau datang dari pentadbiran yang seimbang. Kalau rakyatnya tolol, maka pemerintah juga akan bersikap atau sengaja bersikap tolol terhadap diri anda atau akan terus tidak menyedari ketololan mereka. Ertinya kenyataan atau kempen yang mempersoal politik BN harus masyarakat ambil kira jangan tolak mentah mentah. Faham!

Apa yang mereka kata pasal Dr M hanya kerana seiring dengan beberapa pemimpin pembangkang, sebenarnya tidak berapa tepat ia hanyalah propaganda politik semata-mata. Dr M bercakap atas kapasitinya sebagai rakyat Malaysia, bukan mewakili mana mana parti yang bertanding.

Begitu juga tuduhan pembangkang terhadap BN tidak semuanya betul, ada kalanya sengaja dibesar besarkan.

Pokoknya era ini pendekatan berpolitik itu harus diubah. Parti adalah wadah yang bertanggungjawab menunaikan kehendak rakyat bukan sebaliknya menjadi pengemis pada pemimpin pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s