Chegubard Dan Azharudin Kaki Kelentong.

image

image

Chegubard pun tidak tahu yang dia kena tipu atau sebenarnya dia dan Azharudin adalah kaki kelentong.

Sebelum ini Azharudin dan Chegubard ada membuat sidang media khas bahwa Azharudin adalah individu yang membekalkan senarai nama untuk didaftarkan dalam borang deklarasi rakyat dan Azharudin juga mengakui yang dia mengenali Ratu Naga.

Oleh kerana itu Ratu Naga telah membuat sidang media balas sekaligus mengangkat sumpah laknat bagi menafikan apa yang didakwa oleh Azharudin bersama Chegubard. Tapi sehingga hari ini tidak ada kenyataan balas dari mereka berdua.

Sehinggalah tersebar satu surat akaun bersumpah yang ditandatangani oleh Azharudin bahwa dia tidak terlibat sebagai pembekal nama juga tidak mengenali Ratu Naga. Ia bertentangan dengan dakwaannya sebelum ini. (Macam perangai budak budak)

image
Akaun sumpah yang didakwa palsu oleh Chegubard

Ekoran tersebarnya pengakuan bersumpah yang ditandatangani oleh Azharudin tapi kononnya didakwa palsu oleh Chegubard. Maka pada hari ini Chegubard dan Azharudin telah membuat sidang media buat kali yang kedua bagi menafikan surat sumpah berkenaan.

Pelik kan, mereka yang membuat surat pengakuan palsu, mereka sendiri yang menafikannya. Tapi jangan hairan, ada muslihat disebaliknya. Admin sedar dan tahu. Walaubagaimanapun apapun alasannya, dua individu ini adalah kaki penipu. Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tahulah siapa Chegubard ni.

Dikhabarkan pada sidang media yang dianjurkan oleh Chegubard dan Azharudin pada petang tadi telah dihadiri oleh Ratu Naga. Ratu Naga telah mencabar Azharudin secara terbuka supaya Azharudin membuat akuan sumpah laknat terhadap pengakuannya sebelum ini. Tapi Azharudin dan Chegubard tidak berani menyahut cabaran itu, mereka hanya mampu tersimpul malu.

Benarlah Chegubard memang kaki kelentong. Itu juga bererti borang deklarasi rakyat yang ditandatangani oleh penama adalah sah. Kalau adapun kesalahan ia hanyalah kesilapan biasa, maklum melibatkan jumlah yang berjuta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s