Salleh Said Cabar Dr M – PRK (1MDB)

image

Salleh Said mencabar, agar Dr M mengulangi dakwaannya yang mengaitkan 1MDB dengan PM Najib Razak. Semasa berceramah di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Macam ada yang tidak kena, seolah olah skandal 1MDB telah selesai. Sedangkan WSJ masih menunggu tindakan dari pihak 1MDB.

Apa sebenarnya yang cuba dibogelkan oleh Salleh Said ni, ingin menunjukkan pada mata dunia betapa rakyat Malaysia ini begitu tamak kah.? Sebab, walaupun pentadbiran pemerintah di himpit oleh skandal penyalahgunaan kuasa tapi rakyatnya tidak kisah dan BN akan tetap merai kemenangan.

Salleh Said, bukan begitu sikap seorang pemimpin yang boleh membangun akal fikir masyarakat. Pembangunan yang berbentuk prasarana semata-mata, tidak akan mampu melahirkan masyarakat yang berkualiti. Apa yang mustahak ialah prinsip di dalam politik dalam menentang kebatilan sebelum terus memberikan sokongan.

Bagaimana pula dengan kemiskinan masyarakat Sabah dan Sarawak, walaupun telah lama menjadi pengikut BN tapi kehidupan mereka kekal di takuk lama. Malah sehingga kini ada banyak perkara remeh yang tidak mampu diselesaikan oleh pemerintah, yang memiliki segala galanya. Tidak terkecuali birokrasi tolol yang banyak menyusahkan masyarakat setempat. Tapi masyarakat Sabah tetap memihak BN, menjadikan Sabah simpanan tetap BN. Kita mahu kaitkan ini dengan apa pula. Ketololan masyarakat Sabah yang sangat bodoh kah.?

Ini rakyat Malaysia lah, bukannya rakyat seperti negara negara jiran atau negara negara maju yang prihatin dengan kegiatan yang tidak bermoral. Dimana skandal yang memalitkan pemimpin pemerintah, boleh dijadikan kayu ukur kepada tahap kepimpinan mereka.

Menurutnya lagi, WSJ sendiri tidak boleh membuktikan adanya salah laku pemimpin UMNO dalam skandal 1MDB. Hanya Dr M yang terlebih lebih benarkah.? Tapi kenapa writ saman Dr M terhadap PM Najib Razak berkaitan salahlaku 1MDB cuba diketepikan.?

Begitu juga dengan dakwaan kononnya Dr M mengelak dari menjawab soalan berhubung tandatangan palsu di borang deklarasi rakyat. Bukankah Dr M telah mengakuinya, tapi tidak bererti ada penipuan yang melibatkan jumlah yang besar. Hanya menurut Dr M ada yang mencurigakan, jadi perlu kepada penyiasatan yang lebih lanjut.

Jangan jangan diri sendiri yang terbogel. 😎

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s