Rakyat Philipine Digalakkan Membunuh Pengedar Dadah.

image

Berita Harian. Presiden Filipina yang dipilih menggalakkan orang awam membantunya memerangi jenayah dan menggesa rakyat yang memiliki senjata api untuk menembak dan membunuh pengedar dadah yang menentang tangkapan polis di kejiranan mereka.

Rodrigo Duterte memberitahu penyokongnya ketika meraikan kemenangan beliau lewat semalam di selatan bandar Davao bahawa rakyat Filipina yang membantunya dalam usaha memerangi jenayah akan diberi ganjaran. “Sila hubungi kami, pihak polis, atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api, saya menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

Beliau turut memberi amaran mengenai pembabitan polis dalam perdagangan dadah yang meluas di negara itu.

Kamu tengok sekarang negara jiran Philipine, semakin hari semakin cemerlang. Presiden negara itu mengesa agar rakyatnya berkerjasama dengan mereka bagi menghapuskan kegiatan jenayah.

Bukan macam kita di Malaysia ni ditadbir oleh pelakon dan usahawan bukannya pemimpin. Tidak kira dimana mereka berada, baik sebagai pemimpin atau saja kakitangan awam (tidak semua tapi sangat ada)

Kini rakyat Philipine dipimpin oleh seorang individu yang berjiwa pemimpin. Berani menghapuskan kebatilan. Bukan senang tu, pastinya akan mengorbankan jiwa. Tidak apalah, akhirnya nanti Philipine akan lebih makmur dari Malaysia. Apa lagi sikap orang Malaysia itu sendiri, cari dulu kedudukan barulah bercakap soal masyarakat. Macan bukan orang Islam, tapi macam puak yang di laknat.

Polemik kedaulatan negara Malaysia hanya diangkat bila difikirkan akan menjejaskan pengaruh politik. Tapi kalau melibatkan kesulitan rakyat, malah diminta masyarakat itu supaya bersyukur. Malah kata mereka, penguatkuasaan itu harus seiring dengan budaya orang timur, barulah nampak budiman. Alahai. Bukan namanya orang Malaysia kalau berkerja bukan untuk mengharapkan pujian.

Walhal dunia tahu, rakyat yang paling takut pada pemerintah ialah rakyat Malaysia. Bermaksud apapun penguatkuasaan boleh dilaksanakan dan berkesan, bergantung pada pemerintah. Tapi sayang pemerintah ini tidak memiliki kesungguhan. Hemmm

Mereka totok politik yang buta politik tapi berlagak ahli politik atau pemimpin, ada pencerahan. Siapa tahu admin ini jauh tersasar atau memfitnah.? Mohon pencerahan. Hemmm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s