Ingatan Untuk Ikmal Hisham Jangan Biadab Pada TMJ.

image

KUALA LUMPUR – Seorang netizen menyifatkan kekayaan dan kemewahan menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai kurang matang.

Ikmal Hisham Mohd Hashim menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya kelmarin berkata, Tunku Ismail tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang mencabar pengkritik untuk mengemukakan usul yang memisahkan Johor dari Malaysia.

“Jangan sedap mulut jer cabar suruh Johor keluar Tuanku. Tuanku masih Muda, kekayaan dan kemewahan melimpah rumah menjadikan Tuanku kurang matang.

“Tuanku kena ingat tanpa kerajaan sekarang yang meletakan institusi kesultanan Melayu di tahap tertinggi dalam perlembagaan, Ayahanda Tuanku tidak mungkin masih dapat menjadi Sultan,”tulisnya.

Apa yang ditulis oleh Ikmal Hisham Mohd Hisham pasal TMJ tu. Macam meroyan, macam tidak tahu sejarah dan politik itu sendiri.

Dianggapnya TMJ itu tidak ada akal, tidak matang dan tidak pandai bersyukur.

Memang keterlaluan kurang ajar. Walhal dia a sendiri yang tidak matang lagi kurang ajar.

Sebelum ini TMJ ada mengeluarkan kenyataan kalau tidak berkenan dengan negeri Johor di persilakan pemuka politik mengadu pada PM Najib Razak, agar negeri Johor dikeluarkan dari Malaysia. Salah kah.?

(TMJ kata dipersilakan berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Tidak pun TMJ mengaitkannya dengan organisasi UMNO)

Senang cerita. Gesaan TMJ itu bersifat peribadi khusus terhadap totok UMNO agar mereka sampaikan pada Perdana Menteri Malaysia.

Perlu diketahui, kenapa TMJ membuat cabaran sedemikian, ini kerana totok totok itu tidak henti henti mengkritik kesultanan Johor. Jadi salahkan, kalau TMJ mempertahankan kedaulatannya.?

Hello Ikmal, Johor bukan seperti mana mana negeri selain Sabah, Sarawak dan Johor itu sendiri. Tiga negeri ini adalah entiti yang membentuk Malaysia. Jadi jangan buat bodoh, jangan merendahkan kemampuan TMJ. Hakikatnya sampai kiamat tiga negeri ini ada hak keatas pembentukan Malaysia. Bila bila masa mereka boleh persoalkan, kedudukan mereka di dalam Malaysia.

Selain itu, tiga negeri ini juga amat menyumbang kepada pembangunan negara. Tanpanya Malaysia bukan seperti yang ada sekarang. Jangan pula ingat UMNO itu sumber alam yang boleh menjana wang ringgit. Alahai

Yang menghairankan admin, kenapa pula si Ikmal berlagak marah tu. Mengaitkan kesultanan Johor dengan kerja UMNO dan bangsa Cina. Adakah dia berpendapat, perlembagaan dan menjaga kedaulatan Sultan hanya boleh dibuat oleh UMNO sebagai parti yang telah diberikan mandat.?

UMNO adalah parti yang diberikan mandat oleh rakyat untuk menjaga kedaulatan negara dan Institusi Raja. Bererti rakyat lah yang telah menjaga kedaulatan negara bukannya UMNO. Cerdik lah sikit, sikit sikit UMNO. Tanpa rakyat, apa yang boleh dilakukan oleh UMNO.?

Ingatan Untuk Ikmal Hisham Jangan Biadab Terhadap Sultan. Kalau biadab sangat, pergi duduk di luar negara lepas itu kutuklah sepuas hati. Ini Malaysia terbentuk kerana adanya Johor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s