Federal/UMNO Digesa Menghormati Perjanjian Malaysia.

image

Majlis Gereja Daerah Ranau, dalam mesej yang meluas sempena Pesta Kaamatan, menggesa Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak untuk mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Umum tahu tanpa perjanjian ini Malaysia tidak akan terbentuk, kerna waktu itu Sabah dan Sarawak berstatus negara. Rujuk sumber seperti diatas, dimana pihak British jelas menyatakan bahwa Sabah dan Sarawak adalah sebuah negara. Jadi siapa pihak yang berani berani menafikannya.?

Itu undang-undang negeri dan Federal yang sengaja digubal bagi meneutralkan perjanjian 1963 melalui persetujuan pemimpin tempatan Sabah pada ketika itu, harus dikaji semula. Jangankan pemimpin terdahulu sedang pemimpin tempatan Sabah yang ada sekarang belum tentu dipercaya oleh masyarakat Sabah. Ialah mana jadi, kalau pentadbiran BN Sabah hanya menguntungkan kumpulan tertentu sedangkan majoriti masyarakat Sabah yang bertanggungjawab memenangkan BN, kekal berada di takuk lama.

Oleh itu kalau ada pihak yang berlagak budiman dengan menafikan kandungan perjanjian 1963 dengan merujuk pada kerja berkebajikan sebelum ini, harus orang Sabah menolaknya mentah mentah. Kerna itu adalah kewajipan parti yang telah diberikan mandat adapun perjanjian tetap perjanjian yang wajib dipatuhi.

Jangan kamu ingat gesaan ini akan mencetuskan perpecahan atau mengganggu gugat keharmonian masyarakat. Tidaklah orang Sabah sebodoh itu sudahlah hidup susah, disibukkan lagi dengan perbalahan sesama.

Tapi seharusnya Federal atau BN mengucapkan ribuan terima kasih pada masyarakat Sabah, berdekad Sabah menjadi simpanan tetap UMNO/BN walaupun tidak setimpal dimana kemenangan BN hanya menguntungkan kumpulan tertentu. Malah pemimpin Sabah yang berkredibiliti seperti Shafie Apdal, pula dipinggirkan. Bikin hairan. Kalau tidak sanggup menerima kemampuan orang Sabah, iya bubarkan UMNO tu, negara ini milik semua rakyat Malaysia atau mana mana pemimpin yang diberikan mandat sama ada oleh masyarakat atau ahli parti.

Tapi tidak mengapa, kita yakin ada hikmah disebaliknya. Hikmahnya perjanjian 1963 yang sebelum ini tidak dihormati akan dipandang tinggi. Tapi dengan syarat, harus individu pemimpin yang mengangkatnya nanti bukan dari kalangan pemimpin atau pengikut yang sekarang mendiamkan atau menyokong 1MDB. Nah kalau tidak, kamu akan tetap dipimpin oleh orang yang sama, hanya mengambil kesempatan. Kerana mereka sinonim dengan politik memperbodoh, pelakon politik yang hebat. Politik playsafe dan banyak lagi. Pokoknya mereka akan terus merugikan masyarakat Sabah.

Orang Sabah, sudah tiba masanya bersikap bijaksana.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s